1 penyumbang pandangan

cik sue nak berpantun nie~

hahhahhaha ewahhhh~~
mari2 join cik sue mari...
sempena ramadan nak muncul nie..
moh tonjol siket bakat pantun menantun..

Dalam rumah bersorak gembira,
anak bulan dah kunjung tiba, 
wahai teman yang jauh di sana,
den nak ucap selamat berpuasa..

Anak bulan jauh kelihatan,
petanda ramadan sudah menjelma,
marilah kita panjatkan kesyukuran,
kerna berpeluang sambut ramadan bersama.

Memohon maaf sesama kita,
disempena ramadan yang kunjung tiba,
terkenang insan yang jauh dimata,
semoga ukhwah berkekalan akhirnya..

Menginsafi akan kelemahan diri,
salah silap harap dimaafi,
sempena ramadan yang suci ini,
semoga kita lebih diberkati...

Di bulan ramadan perbaiki diri,
amalan ditingkat iman ditambah,
mari kita bersihkan hati,
fitnah dan umpat perlu ditegah.

Ahlan wa sahlan Ya ramadan,
bulan untuk menggandakan iman,
tapi jadi pelik bertambah hairan,
kerna banyak gastrik datang hanya di bulan ramadan.

Yang jauh mahupun yang dekat dimata,
yang miskin mahupun yang kaya,
ramadan baru je nak mula,
jangan sibuk dek nak raya..

Hampir penghujung bulan syaaban,
kini tiba bulan ramadan,
perbanyakan amalan zikir dan membaca al-quran,
jadikan Nabi sebagai teladan.

Bunga api mainan budak,
mercun baru tahap kami,
salam ramadan si cantik dan si kacak,
ucapan ikhlas dari hati.


*p/s : pengkarya --> nur suana ( aqu x kesah klu korg nk ambik tp mintak izin dulu kt tuan rumah okeh, sekian ^.^)






ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
1 Comments

1 00 rajin nak comment:

Ahmad Yasir said...

berpantun ni xla pandai..
tapi saya cube..

semalam makan biskut cicah mentega,
hari ini manis senyumannya,
Salam Ramadhan buat cik suana,
Jangan dilupa Niat puasanya ya...
hehe