0 penyumbang pandangan

kau dekat!!!! aqu tembak...

Aqu nie bukan la skuad komunis ke askar2 wataniah ke polis ke...nie aqu bercerita pasal L.I.P.A.S!..Pe kena mengena lipas dengan aqu, ha tu la salah satu haiwan yang aqu pantang tengok dia lalu ke menapak ke apatah lagi nak beramah tamah dengan aqu, memang aqu tak hingin langsung!


Aqu pun tak taw tang mana yang buat aqu jadi terlebih2 geli sangat dengan lipas nie. Nak kata kaum keturunan dia pernah usik aqu, tak la jugak..agak2 nya kalau la lipas tu pandai bercakap, dia dah kata dah aqu nie minah perasan. Mana tak nya, pantang dia lalu dekat 1 meter dengan aqu pun, aqu dah mula bukak langkah nak melompat2 cam katak..haishh kalau cikgu sekolah aqu guna taktik kotor camnie la, mungkin aqu boleh kot jadi juara sukan lompat kijang ke lompat jauh ker...

aiyakkk tgk gambar pun aqu dah terase dia mrayap2 kat aqu nie

haaa nampak2....tgk gambar pun sudah geli pe lagi nak dekat dengan haiwan "terchenta" tu~ (sebab tu kecik je gambar.hihi). Kalau nak cerita kisah pengalaman aqu dengan lipas nie, memang banyak dahhh kalau tulis novel dah ade la dekat berpuluh-puluh page dah. Tapi pe yang aqu sangat pasti, tak ada satu pun kenangan tu manis bagi aqu! Aqu ulang lagi sekali, TAK ADA SATU pun! Jadi kaum kerabat lipas sekalian, tolong la aqu merayu pada tuan2 hamba semua jangan la dekat2 dengan aqu..kalau boleh, muncul depan aqu pun jangan ye....beta merayu.....


Tapi kisah yang paling tragis yang penah berlaku, kaki aqu sampai terseliuh sebab melompat tak tentu pasal..padahal lipas tu dengan gaya macho nye dia lalu depan aqu macam tak de pape berlaku...masa tu mulut aqu jangan cerita la, macam2 ayat keluar siap baca ayat kursi bagai...dah macam nak menghalau makhluk halus pulak..sempat la jugak aqu sumpah lipas tu jadi katak! Tapi pikir2 balik, kang kalau betul2 lipas tu jadi katak, tak pepasal aqu buat aksi olimpik kali ke dua pulak..


Kalau nak di ikut kan, lipas nie kan haiwan....kenapa la bukan lipas yang mengalami masalah kepupusan. Kalau betul lipas nie mengalami kepupusan, aqu orang petama yang memikirkan cara2 yang lebih drastik yang boleh buat dia jadi semakin pupus dengan cepat dan jayanya.hahhaha
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: