0 penyumbang pandangan

kerana dia.... ^.^

Hari nie,aqu nak cerita about my big bro..AMIRUL NIZAM BIN AZHAR. siapa dia??? abang sulung aqu la, kan dah mention big bro tadi..aiya~ Abang aqu nie,dulu normal..macam kita2,maksud aqu bukan la sekarang tak normal..sape berani cakap abang aqu camtu memang aqu kerat 18 badan dia. Dia nie, masa kecik2 tak la kecik sangat tapi lebih kurang aqu dah lahir and besar siket la,aqu pun dah lupe umur time tu, dia kena demam panas..so bermula la sejarah hitam dalam keluaga aqu,sebab dia dah jadi macam sindrom down. Kowang taw la kan sindrom down tu camner, so tak yah aqu penat2 nk jadi doktor tak bertauliah nak terang ye.


Tapi, walaupun abang aqu macam tu, dia still boleh uruskan diri, boleh berjalan boleh ketawa cuma dia tak dapat bersembang dan pemikiran dia lebih kepada budak yang berusia dalam 4 5 tahun . Tapi, satu je yang aqu harap and doa, harap2 dia sembuh satu hari nanti..dan kalau dia tak boleh sembuh sepenuhnya, aqu harap dia dapat bercakap. Dia tak bisu, dia boleh bersuara cuma dia tak bercakap. Dan aqu mintak sangat dia boleh bercakap walaupun siket2, sebab mudah tuk kitaorang faham pe yang dia nak.


Memang kadang2 kesabaran aqu tercabar, sebab aqu manusia biasa..tapi aqu sedar, segala ujian Allah nie tuk menjadikan aqu lebih sabar dan tabah dalam menempuh ujian hidup dan Allah tak kan menguji sesuatu yang hambanya tak mampu. Terima kasih Ya Allah..aqu syukur dengan ujian Mu. Aqu juga perlu sedar, masih ada manusia lain yang lebih berat ujian nya dari ape yang aqu dan keluaga dapat, jadi aqu tak boleh mengeluh dah tak akan!


Kekuatan dan kesabaran aqu selama nie, kebanyakan dari dia. Sebab tu aqu masih boleh tersenyum bila pelbagai ujian yang berlaku. Kadang2 aqu terfikir, kenape manusia yang baik macam along yang kena ujian nie, kenapa semua nie jadi pada along sebelum sempat merasa nikmat2 dunia remaja macam kita2 sume...dan akhir nya aqu dapat jawapan..."mungkin kerana Allah tak mahu membuka jalan tuk dia melakukan kejahatan,or mungkin Allah nak manusia2 yang "sihat" macam kita nie ambik iktibar dan belajar mensyukuri nikmat-NYA".
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: