0 penyumbang pandangan

mati?? jangan terlalu yakin...

Memang kematian itu sesuatu yang pasti, sangat pasti..tapi bila kematian itu yang kita belum pasti. Tapi aqu sangat heran pada manusia yang meminta kematian..yang dah memang ajal tu, mungkin ada hikmah nya..yang bunuh diri tu jangan cerita dah la itu aqu tak tau nak cakap pe,tu urusan dia dengan Allah. Tapi yang belum mati nie, nak meminta kematian..yang sangat pelik nya kematian tu hanya di minta bila berdepan dengan masalah, time korang bahagia ke happy ke tak pulak korang ingat mati..saudara dan saudari sekalian, cuba akal tu jangan lah di pendekan sangat sebab dah cantik Allah bagi akal fikiran tu kat korang..lembu pun kalau kita tengok, tak de nak menyerah mati senang2. Kita tak perlu meminta kematian, tapi bersedia untuk kematian tu..dua2 tu perkara yang sangat berbeza ok!


Jangan mudah sangat tuk berkata "Ya Allah, tarik la nyawa ku kerana aqu dah tak mampu menanggung ujian mu", " Ya Allah, biarlah aqu mati dari menanggung segala beban ini", "Ya Allah, jika tiada orang meyayangi aqu lebih baik aqu mati"...ingat, apa yang terkeluar dari mulut dan hati kita ibarat satu doa. Allah tak kan menguji hambanya di luar kemampuan hamba2 nya..Ye memang kadang2 kita jatuh dan sangat lemah, tapi tak bermakna mati jalan penyelesaian nya...ok korang nak kata "ko cakap senang la, sebab ko tak rasa???"..ye betul, memang betul senang tuk bercakap kalau kita tak merasa..tapi aqu sekadar cuba untuk saling ingat mengigati..kita hidup bukan setakat didunia, tapi kita hidup di dunia untuk mencari bekal di akhirat kelak..
Ok la,still tak nak terima??? ok tak pe terpulang, aqu tak paksa. Cuma bila korang dah yakin sangat yang korang betul tu kan, aqu nak tanya siket soalan la...nak tengok betapa ready nya korang untuk mati nie..


i) dah lengkap rukun islam?
ii) al-quran yang dibaca tu dah faham?
iii) dah dapat kemaafan semua orang?
iv) dah cukup amalan kebaikan untuk menampung kejahatan?
v) dah bahagiakan parents?


Kalau 5 perkara nie pun kita masih ragu2, baik jangan asyik nak meminta kematian tu...cuba selesaikan semua nie dulu sebelum ajal kita sampai k..tak guna kalau kita hanya lancar mengucap diatas dunia nie sahaja, kalau kita tak selami maksud nya..semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan hidayah-NYA. Amin..
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: