0 penyumbang pandangan

hanya pada nama semata2!

Assalamualaikum...

sebelum tu aqu nak ucapkan thanks kat satu bloger nie sebab lepas aqu terbaca post dia je, aqu jadi terdiam dan mula terfikir.."setiap umat islam itu adalah khalifah di bumi Allah ini, tapi benarkah mereka betul2 menjadi khalifah atau hanya title semata2"...

Bila kita di kata, "islam hanya pada nama, kerana keturunan", sekeras-kerasnya kita menyangkal...kita kata kita solat, kita puasa, kita mengucap...tapi cukupkah itu dipanggil islam?? Islam itu luas, seluas- luasnya..dan kita jangan lupa selain amalan harian kita, tugas kita juga adalah sebagai khalifah di bumi ini...kita perlu berjihad dan menyebarkan islam. Tak perlu menyebarkan islam dengan berperang or yang membebankan, sekali lagi, islam itu luas..pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk menyebarkan nya..(*dengan facebook, blog)

aqu terbaca ayat nie yang diucap oleh seorang mualaf dalam blog tadi "Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku"...so sekarang aqu sedar, sedar, tanggungjawab sebagai khalifah itu belum aqu laksanakan sepenuhnya..betul katanya, jangan kata kan kita sudah cukup bersyukur pada Allah jika kita belum berdakwah dengan agama Allah!




ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: