1 penyumbang pandangan

kalimah di salah guna..

Assalamualakum..


ok! pelik dengan tajuk aqu nie??? mungkin korang pun termasuk dalam ketegori nie...so moh2 hayati elok2. Di sebabkan aqu tak dapat nak tegur sorang2 secara live, so terpaksa la aqu tulis kat blog, sekurang2 yang tak nak taw pun tertaw jugak kan... =)


1. ucapan Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un...
aqu banyak dah terdengar orang kata ucapan kalimah nie semata2 bila kita mendengar kematian..sampaikan ada satu hari dulu, kawan aqu nie exciden..dan kalimah tu terkeluar dari mulut aqu ne..dengan tiba2 aqu di sergah "Weh, dia belum mati la".. aik??? bila aqu sebut dia mati??? ok aqu bagitau korang la ye, maksud kalimah tu "Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepada Nya nanti kita akan kembali"..ucapan kalimah nie kita ucapkan bila sesuatu musibah yang berlaku bukan takat kematian tapi cam banjir, kemalangan ke kecurian ke...


2. ucapan Masya Allah...
ok, yang nie banyak sangat orang salah faham...masyarakat kita sekarang nie biasanya menyebut kalimah nie bila melihat sesuatu yang teruk, contohnya pergaduhan or pembunuhan... haishhh maksud kalimah nie "Allah yang maha agung". So kalimah nie sebaik-baiknya di ucapkan berkenaan sesuatu yang indah, cantik, or baik...contohnya bila kita menghayati keindahan ciptaan Tuhan...or kita melihat kepandaian or kebijaksanaan seseorang. So bila kita mengucapkan kalimah nie, bermakna kita kagum terhadap sesuatu dan segalanya datang dari Allah..


3. ucapan Alhamdulillah..
Nie kalimah yang selalu sangat orang salah guna, mungkin diaorang faham maksud nya tapi salah dalam penggunaan nya...aqu yakin 99.9% dari korang faham maksud kalimah nie, iaitu menunjukan yang kita bersyukur terhadap sesuatu kurniaan Allah. Tapi silapnya orang sekarang nie, menggunakan kalimah nie sebagai satu tradisi or kata lain nya bahasa bunga untuk sesebuah ucapan..korang sepatutnya faham, kalimah ini menunjukan kita bersyukur tentang sesuatu yang elok. aqu bagi korang contoh nya, satu majlis yang bebas pergaulan lelaki dan perempuan nya, contohnya konsert, dan korang mengucapkan "Alhamdulillah, dapat jugak kita masuk/sampai sini".. eh?? kenapa Alhamdulillah?? sepatunya korang mengelak berada di tempat2 camtu...kalau semua orang menguna ini sebagai tradisi, tak pelik jika nanti kita dengar seorang pencuri pun mengucapkan "Alhamdulillah, berjaya jugak mencuri" -.-


4. ucapan lailahaillallah..
sekalian mesti taw la maksud kalimah nie, "tiada tuhan di sembah melainkan Allah"..sape tak taw??? erk..baik korang ingat betul2, ye ke korang tak taw...nie kan sebahagian dari kalimah syahadah, kalau dah yakin betul2 tak taw, baik korang pi bukak balik buku "Pafa" ye.. tentang ucapan nie, selalu sangat aqu dengar orang hanya ucap separuh, terutamanya bila yang tengah2 marah..contohnya "lailah", korang sedar tak yang ucapan korang tu telah melarikan maksud nya...memang korang tak bermaksud, tapi bila ucapan itu bermakna lain di sebaliknya..


so, masyarakat kita sekarang nie selalu sangat mengikut sesuatu tindakan tanpa berfikir hujung pangkalnya... walaupun perkara2 nie korang anggap remeh, tapi korang kena taw, jangan sampai sesuatu yang korang ucapkan tu seperti mempersendakan kalimah2 Allah.. wallahu a'lam...   
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
1 Comments

1 00 rajin nak comment:

Man Suboh said...

Lailah tu bermaksud 'tiada tuhan' kan.selalu jugak terdengar org sebut tak habis.dah jadi lain pulak maksudnya.hmm