0 penyumbang pandangan

kerinduan si mati...

erkk sape pulak mati nie?? alahai...time2 orang nak raye nie la aqu nak cite pasal mati2 pulak dah... aqu nie kan..potong mood tul!hahha okeh2 raya2 jugak ye..tapi ingat, kematian tak pernah menanti kita.. =) 
*pesanan penaja --> berhati2 di tengah tepi kanan kiri depan belakang lebuhraye okeh.. ingat orang terchinta walaupun kematian telah ditetapkan tapi kemalangan dapat di elak kan.. (hahha sempat lagi~ -.-) 

Btw post nie khas buat kaum kerabat keluarga, sepupu sepapat, rakan sejawat yang jauh mahupun yang dekat and tuk semua umat manusia yang sering alpa and leka di duni fana nie*termasuk la aqu!
okeh2 back to topic la, merepek je aqu nie -.-. pe maksud tajuk post aqu tu??? tu la tajuk tazkirah yang nak saya kongsi dengan anda jap lagi nie.. opsss tazkirah?? erkk tak2 ilmu, kang ade pulak orang kata ustazah tak bertauliah kang.. ;P kerinduan?? rindu kat kekasih yang di tinggal kan ker??? ohhh TIDAK sama sekali~  haishhh ok2,dah serius2.. ehem2 ilmu penting nie.. kita nie sebagai manusia sering terlupa, leka, lalai... kerana tu perlunya kita saling ingat mengigati. 

Disebabkan kita masih berpeluang hidup dan bernafas di bumi Tuhan ini, kita tak pernah sedar yang setiap saat itu amat berharga buat kita, kerana setiap amal kebaikan walaupun sesikit mana, sekecik mana, sesingkat mana semuanya dinilai oleh Allah. Tapi kenapa kita terleka?? kerana kita terpaksa membahagikan waktu kita mengejar hal dunia dan akhirat..

Tapi bayangkan, 10min lagi umur kita kan ditarik oleh malaikat maut.. pasti 10min itu amat bermakna tuk kita..10min yang ingin kita gunakan untuk menjadi benar2 khusyuk benar2 tawaduk benar2 ikhlas untuk memuji, sujud dan memohon keampunan kepada Allah. itu lah bezanya kematian dan kehidupan... 

Jadi apa yang menjadi kerinduan si mati?? yang menjadi kerinduan si mati ialah untuk beramal di dunia.. kerana sesudah sampainya ajal seseorang manusia, rohnya akan di tarik keluar dan roh nya akan diperlihatkan setiap amal manusia lain dalam menguruskan jenazahnya.. rindunya si mati untuk bersolat, ketika manusia2 lain sembahyangkan jenazahnya.. rindunya si mati pada amal zikir, ketika mendengar tahlil dari manusia2 lain untuknya.. rindunya si mati pada amalan membaca al-quran, ketika dia mendengar manusia2 lain membacakan yassin untuk dirinya..

memang kita manusia lalai.. cuma tersedar bila ajal itu memanggil.. cuma tersedar bila diuji kesusahan.. cuma tersedar bila di uji kesakitan.. itu lah manusia..

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: