0 penyumbang pandangan

rapatkan, bukan jarakan!

Assalamualaikum...


aqu terasa nak tulis pasal topik nie sebab banyak kali dah aqu tengok kat masjid/surau bila solat jemaah je (*muslimah) mesti saf tu tak lurus...tu satu hal, kalau pasal rapatkan saf lagi la,payah benor... pe salah nya kalau nak rapatkan saf??? bukan nya masing2 bawak cas elektrik pun sampai tak boleh nak rapat... korang taw tak Rasulullah SAW penah bersabda bermaksud :Luruskan saf kamu, kerana saf yang lurus termasuk solat yang sempurna.”

Aqu tak paham tul la...(emo nie!) bila aqu cakap je suh rapat and lurus kan saf, boleh pulak ada yang pandang sinis... helo!!!! aqu cakap baik2 la, lagi pun aqu suh korang buat benda betul..bukan nya aqu tengking ke tinggi suara ke, aqu cakap sambil senyum pun kan???? lagi pun tak dengar ke imam pun cakap benda yang sama??? tak paham betul la aqu! ada makcik sorang nie pulak boleh buat muka tak heran je aqu cakap, wahai makcik sayang, saya taw la makcik tu lagi banyak makan garam dalam kehidupan atas bumi Allah nie tapi tak bermakna saya yang muda nie tak boleh menegur pekara yang betul.. tu la susah bila wujud manusia sombong! pantang ditegur!


rapat kan saf tu bukan bermakna sampai korang tersepit2 tak boleh nak solat... rapat kan saf tu bermakna bersentuhan bahu antara saf kanan dan kiri.. payah ke??? geli ke nak rapat kan saf?? kita nie kan saudara... saudara seislam... jadi kenapa nak merapatkan saf pun terasa ragu2?? nie tadi, aqu pulak yang kalut nak rapat ke kanan ke ke kiri ke dah macam nak kena suai padan pulak aqu sorang2 kat situ, boleh manusia yang tepi2 and belakang aqu boleh pandang je and terus solat..adehhhh aqu suh masuk saf diaorang boleh buat tak taw jer.. sedih betul la :'(  korang tak de alasan la tak dapat nak rapat kan saf... nak kata imam dah start solat?? takut terlepas?? helo! korang solat kan?? bukan jadi tiang... jadi dalam solat kita dibenarkan bergerak beberapa tapak untuk merapatkan /meluruskan saf la......... huh


*minta maaf kalau ade sesiapa yang terasa kalau aqu menegur, tapi seingat aqu seumur hidup aqu bila aqu menegur orang aqu tetap tersenyum dan tak bermaksud nak tunjuk pandai or pape just nak berkongsi ilmu dan mengamalkan nya...
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: