0 penyumbang pandangan

shhh...hanya untuk kaum wanita...

Erm kita selalu dengar kan, susah nak jadi wanita.. macam2 larangan..aurat la, pe la..tapi kenapa kaum lelaki semua tak sama pun berat/susah larangan or peraturan nya.. bila kaum wanita dah fikirkan tentang ke adilan hukum Allah, maka terkeluar soalan2 nie...
1. “Ish susah la... situ nak tutup, sini nak tutup. Apasal laki tu mudah je, aurat takat pusat sampai bawah lutut jer.. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
“Ini kerana islam mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang?? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, aurat nya hanyalah bawah pusat ke lutut, tapi tak mungkin akan terangsang nafsu seorang wanita bila melihat lelaki berseluar pendek ke lutut? sedangkan lelaki, jangankan golongan biasa, malah tok imam yang kuat imannya juga akan tercabut serbannya jika tengok wanita hanya pakai seluar pendek!”    
2. “Kenapa la para isteri bila nak keluar je kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana tak bagitau kita takpe pulak”
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun di sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami lah yang bertanggungjawab terhadap dosa yang isterinya lakukan!”
3. “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kaum wanita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Tak perlu berkongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tapi lelaki, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalo isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
4. “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja?”
“Tahniah la sebab kita dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya wanita! Andaikan wanita meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”
5. “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
“Akhirat nanti, lelaki akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri, ibu, anak perempuan dan adik perempuan. Tahu maksudnya? wanita nanti di akhirat akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki nya!”
6. “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, sebagai wanita kita boleh masuk sebarang pintu syurga yang kita sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami. Itu saja asasnya!”
7. “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”
“sebagai seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. dan sebagai seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka wanita itu akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Lihat...betapa sayangnya Allah terhadap kaum wanita... sudah lah menjadikan wanita secantik2 perhiasan di dunia ini, malah Allah turut menjangkat darjat kita sebagai seorang wanita.. tak cukup kah dengan itu?? perlukah kita persoalan kan lagi peraturan Allah??

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: