0 penyumbang pandangan

tak macho la wehh! tolong la~

assalamualaikum

nampak2 tulisan dah bertukar merah nie...ha tu tandanya tengah geram!!

ok aqu nak cerita pasal perangai2 remaja time2 bulan ramadan nie..maklum la sempena ramadan nie, memang banyak perangai pelik jadi! tapi kalau ke arah kebaikan, ok la jugak boleh la kitaorg sekeliling nie tolong doa agar berkekalan perangai tu..masalah nya perangai yang tak taw aqu nak hurai macam mana, malas nak mengata bazir pahala aqu jer pulak nanti...yang penting sape yang bace entry aqu nie and terasa, mintak2 la korang sedar sikit!


perangai yang dok aqu cerita dari tadi nie pasal dok melepak.. memang la suka hati korang kan nak melepak, polis pun tak keluar waran pun kalau korang melepak kan... lagipun memang tak wajib pergi surau tu, aqu paham, kat umah kang korang solat la kan... tapi pikir2 la siket bro, tempat yang korang melepak tu, kawasan rumah Allah plus pulak orang lain tengah kerjakan solat...yang korang dok tergelak2 punye la kuat dah macam kat panggung tu kenape!!!! korang taw tak, menganggu orang lain nak beribadah ok!


yang heran nya, bila masa pulak port korang melepak berubah kat situ???? selama nie tak penah pulak la ada kan, tang ramadan pulak nak ada, dah tu pe hal nya pulak nak dok melepak kat bahagian tepi tangga tempat muslimah??? motif??? nak tunjuk muka korang yang hensem tu??? adoiiii nak publisiti ke bang oiii! aqu rasa kalau korang buat perangai camtu, jangan kata awek nak dekat..kucing pun belum tentu nak kawan dengan korang taw! malu la siket weh. korang lepak2 situ bukan takat yang muda nie pandang serong kat korang, tapi makcik2 yang lain tu sekali..tolong la korang hormat siket...diaorang nak lalu kat tangga tu, korang boleh buat muka cover macho korang tu pulak, pe la yang korang nie tak taw malu sangat kan!


satu lagi hal, macam la kat taman nie korang je kan ada motor! weh ayah aqu, pak sedara aqu, tok cik tok man aqu sume ada moto jugak la, tapi tak de la asyik nak press2 moto tu...bising wehhh! so tak payah dok mengalun kan muzik moto korang yang bingit tu, suara pak imam tu dah cukup sedap nak mengimamkan semua jemaah la, tak payah tambah lagi muzik lain!


tolong la weh...memang betul kita kena mengimarahkan masjid, tapi bukan dengan cara korang buat pesta kat tepi masjid tu wehhhh! salah ajaran tu! and lagi satu, tak payah la korang nak menunjukan perangai camtu kat budak2 kecik yang lain, korang tu dah besar la patut budak2 nie respect kat korang bukan nya buat diaorang tertanya " mak, abang2 tu tak solat sekali ke?"! 


k la benda nie bukan aqu sorang je yang rasa nak luahkan, tapi makcik2 tadi sepanjang jalan tu asyik dok bercakap pasal perangai korang tu. so aqu rase ada baik nya aqu sebarkan tuk jadikan pengajaran kat korang, sebab harap2 jangan la benda camnie berlaku kat mana2 surau or masjid lagi..memalukan agama, plus nama mak pak korang sekali..


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: