0 penyumbang pandangan

fatwa sendiri????!

Kalau nak di cakap petanda akhir2 zaman nie (tiada kaitan langsung dengan zaman kegemilangan erra fazira atau siti nurhaliza ok!), memang banyak dah... bersepah2, antara perasan or tak jer.. dan yang perasan tu pulak, antara ambik kisah or tak je.. mungkin ramai yang ambik kisah bila di sebut kita nie dah di akhir zaman, tapi tu la.. mungkin di sebab orang2 sekeliling tak ambik kisah jadi secara automatik nya kurang ambik kisah. Tapi bile dok buat tanggapan tarikh kiamat tu, ha yang tu sibuk beno la manusia nie nak ambik kisah.. buat pe la kita sibuk nak pikir tarikh kiamat.. sebab dah konfem2 kita tak tahu bila kiamat melainkan yang kita tahu kiamat itu hari jumaat (ajal ko pun ko tak tau bila), hanya Allah je yang tahu bila tarikh kiamat so yang kita nie sebagai manusia persiapkan diri dengan bekalan tuk ke "sana".. jangan la dok sibuk benda yang di luar bidang kuasa kita, yang dalam bidang kuasa kita pun kita tak tertanggung sepenuhnya lagi.. sorang lelaki pernah tanya Nabi "Ya rasulullah bilakah berlaku kiamat", maka nabi berpaling dan berkata "adakah kamu dah bersiap yang kamu bertanyakan bilakah kiamat itu berlaku"

So aqu tak nak sentuh pape langsung tentang kejadian alam macam gempar bumi ke, sunami ke ape segala bagai tu.. sebab benda tu di luar bidang kuasa manusia.. dengan kata lain, andai kejadian alam tu semua adalah hukuman Tuhan, sedar lah kita jangan sampai Tuhan menjadi murka sehingga di binasakan kita seperti mana dibinasakan kaum2 sebelum nya.. dan andai semua tu satu pertanda dari Allah sebagai pengakhir zaman, maka saling beringatlah antara kita agar taubat dan beramal kepada Nya..

Sekarang nie aqu nak cerita tentang "hukum2" yang di buat manusia yang kurang bertauliah.. ha nie lagi berat kes dari jadi ustaz/ustazah tak bertauliah.. sebab sekurang2 nya bila kita menjadi ustazah/ustaz tak bertauliah tapi tidak mengubah apa yang di ajar agama adalah lebih baik kerana setiap manusia itu khalifah jadi wajib menyampaikan ilmu2/agama Allah. Tapi bila menjadi manusia2 yang tak bertauliah, tu susah.. sebab ikut kepala otak dia sendiri jer nak tetap kan hukum2 guna kelogikan akal dia. oitttt!!! tak semestinya logik di akal kita, bermakna apa yang kita pikir tu betul.. tolong la jangan jadi manusia bodoh sombong camtu.. bak kata ustaz Azhar, kalau bodo duk diam2 tak pun bertanye..paham!

meh aqu bagi contoh2 siket lor...
  • pakaian --> sekarang memang trend la pakai baju2 t-shirt ke baju2 blaus ke.. haaa cop aqu tak kata salah pakai baju2 tu.. tak de pun mane2 hadis kata yang pakai suar ke blaus ke salah dalam islam nie.. so tak de masalah la nak pakai.. suar jean?? lor pakai jer la.. suar jean tu bukan buat dari kulit anjing ke khinzir ke.. kalau buat dari kulit harimau ke ular ke biawak ke pakai je la asalkan dah samak kulit2 tu.. tapi yang salah nye, bile orang2 kita nie buat fatwa sendiri yang pakai pakaian ketat ke jarang ke singkat tak salah! Ade sorang minah nie cakap "aqu tutup aurat la nie, pakai tudung dah".. nie la silap nya orang kita, agama islam tak kata pun pakai tudung tu wajib! tengok betul2 ok.. TAK WAJIB! yang wajib nya, menutup aurat and menjaga aurat.. tak kesah la ang nak pakai tudung ke tikar ke tilam ke janji tutup aurat.. dan menjaga aurat, tak semestinya ang pakai baju lengkap sume tu dah menjaga aurat.. kalau dah ang pakai sendat ketat, tang mane yang di kata menjaga aurat tu?? 
  • pergaulan --> yang nie tak payah nak cakap la, memang merata ada.. lagi2 tang yang couple2 tu, dah macam magnet je aqu tengok tak boleh nak berjarak siket.. so bile dah benda2 camni di anggap perkara biasa, maka kuar la fatwa dari golongan2 nie yang "berpeluk2 ke berpegang2 tangan dalam lakonan tak salah.. sekadar lakonan". Wah2 ajaran mane ang ikut??? weh kalau nak selamatkan nyawa orang ke tolong orang pun tetap ade batas nya, nie kan pulak sekadar lakonan! memang la tak salah pun berpeluk2 or pegang2 tangan dalam lakonan tu, tapi dengan syarat korang tu mahram! Kalau dah rase lakonan sangat, yang tang tertembak ke tertikam ke pe benda ke buat la betul2 jugak, awat yang tu tak nak buat??? tu la manusia, bila orang pegang babi sibuk nak kecoh sana sini, padahal tu boleh dicuci pun.. tapi yang dok pegang tangan yang sah2 haram tu camne lak???
  • suara --> Kalau dah kata suara waanita tu aurat, aurat la.. tak payah la nak berbalah2 lagi kenapa suara wanita tu aurat.. ada sebab kenapa Allah buat larangan tu, ingat Allah sentiasa mengangkat darjat kaum wanita. So kalau dah memang perempuan tu tak boleh menyanyi, ikut je la.. bukan nya tak boleh menyanyi langsung.. tapi tak boleh suara nya didengari oleh bukan mahram nya, tu jer.. so tak payah la menyalah kan ustaz2 yang cakap wanita haram menjadi penyanyi, sebab diaorang cuma menyampaikan bukan nya diaorang cipta dalil sendiri.

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: