0 penyumbang pandangan

Andai Syurga & Neraka Tidak Ada

  
Mase aqu pi jejalan semalam aqu terjumpa satu buku, tajuk nya "Andai Syurga & Neraka Tidak Ada".. memang aqu tertarik sangat2.. and aqu tabik kat pengarang sebab dia wat warna kulit buku tu macam tu (dari jauh tengok terus nampak -.-). Tapi bile aqu dah dekat terus aqu tersentap tengok tajuk buku tu, serius memang sangat terkejut.. tapi... mase tu dompet aqu tinggal......... huwaaa!!!!! tak dapat aqu beli, tapi akan ku usahakan hari nie =) Masa aqu tengah khusyuk belek2 buku tu, akak kedai tu cakap buku keluaran lama taun lepas punyer and dia boleh bagi diskaun kalau aqu nak (agak nya muke aqu tenung buku tu terlebih khusyuk kot) so aqu senyum sampai ke telinga.. di sebab duit tak mencukupi dalam poket aqu, aqu suruh dia tolong simpankan siap bagi no phon lagi.. akak tu kata aqu terlebih exited~
aqu ciplak gambar dari Mr.google


Erm bile di fikir2 tajuk buku tu, aqu teringat kat satu hadis dalam surah Al-Mukminun ayat 1 hingga 11, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. (Iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kehormatannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanahnya (yang dipikulnya) dan janjinya. dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya."


Sebenarnya banyak lagi sebenar nya hadis2 yang menceritakan tentang syurga dan neraka sebagai ganjaran/balasan atas setiap amalan perbuatan kita..Nabi S.A.W sendiri pun ada menceritakan tentang keindahan syurga dan keperitan neraka.. so konfem! neraka dan syurga itu wujud.. wujud sebelum manusia itu sendiri dijadikan,sebelum nabi Adam diciptakan.. 


Tapi bile kita renung2 kan...adakah setiap perkara yang kita lakukan di dunia ini kerana inginkan syurga dan takutkan neraka?? Ye, kita ingin kan syurga..terlalu nak! dan kita tak mahu neraka, seboleh2 nya tak ingin melihatnya sekalipun! So bermakna tiap apa yang kita lakukan hanya kerana ingin kan syurga dan mengelak dari neraka?? Bukan kerana Allah?? cuma kerana ganjaran/balasan nya?? cuba kita renungkan kata2 dari Rabiah Al-Adawiyah(ketua waliyullah golongan sayap kiri pejuang agama Islam) : "Ya Allah, sekiranya aku menyembahMu kerana takut kepada Neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembahMu kerana mengharapkan Syurga, campakkanlah aku jauh dari Syurga. Namun sekiranya aku menyembahMu semata-mata demiMu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan WajahMu yang abadi kepadaku." 


Jadi kita perlu sedar... sesuatu yang kita lakukan adalah kerana Allah dan cinta kepada Nya bukan kerana syurga atau neraka Nya.. kerana itu wujudnya "Bismillahirrahmanirrahim" yang bermaksud dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.. so dah terang "dengan nama Allah" bermakna segalanya biarlah kerana Allah..syurga dan neraka semua hanya balasan Allah kepada kita, dan Allah mampu menyediakan sesuatu yang lebih baik dari itu andainya tiada syurga atau neraka..renung2 kan..


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: