0 penyumbang pandangan

asal usul API

   Ok adik2..adik2?? Tak kisah la.. ari nie kak suana nak bercerita tentang asal usul kewujudan api ok. Ye akak taw ramai yang dah taw api tu asalnya dari neraka kan.. tapi sepanas mana api tu?? ha tu kisah yang ramai yang masih blur2 kan, so meh akak cite ye.. (pe hal aqu skema tahap biawak parsi nie -.-). Dah2 jom mulakan cerita..


Suatu ketika dahulu selepas Nabi Adam di turunkan ke bumi, maka Allah telah memerintahkan malaikat Jibril bertemu malaikat Malik tuk mengambil api dan membawa api ke bumi bagi kegunaan Nabi Adam.. Taw malaikat Malik tu siapa pulak?? Malaikat Malik tu lah ketua bagi malaikat yang telah di perintah Allah tuk menjaga neraka. 


So dipendekan cerita, malaikat Jibril pun pergi la berjumpa malaikat Malik tuk mengambil api. Maka terjadilah dialog antara malaikat Jibril dengan malaikat Malik..
Malaikat Jibril : "wahai Malik, aqu diutuskan Allah supaya mengambil api neraka untuk kegunaan Nabi Adam"
Malaikat Malik : " wahai Jibril, berapa banyak kah yang kamu mahu??
Malaikat Jibril : "sebesar sebiji buah tamar"
Malaikat Malik : "tahukah kamu wahai Jibril, kalau aqu memberi kepada kamu api neraka sebesar buah tamar maka hancur leburlah tujuh petala langit dan bumi disebab kepanasan nya"
Malaikat Jibril : "kalau begitu berilah aqu api tersebut separuh biji buah tamar"
Malaikat Malik : "kalau aqu berikan kepada mu api neraka seperti yang kamu minta, ketahuilah bahawa langit tidak dapat menurunkan setitik air pun ke bumi dan ini akan menyebabkan tiada tumbuh sebarang tanaman"


Mendengar kata2 malaikat Malik, maka malaikat Jibril berdoa kepada Allah.. "Ya Allah,beritahulah kepadaku sebanyak manakah yang harus aqu ambil api neraka ini"


Lalu Allah berfirman yang bermaksud "ambil lah api itu sebesar biji sawi"


Setelah mendengar firman Allah, maka malaikat Jibril pun mengambil api neraka sebesar biji sawi lalu membasuhnya di 70 buah air sungai di syurga..setelah itu malaikat Jibril bertemu Nabi Adam dan meletak kan api tersebut di gunung yang tertinggi. Sebaik sahaja malaikat Jibril meletak kan api tersebut maka larutlah gunung tersebut. 


So ketahuilah kita api neraka itu tak terjangkau di fikiran kita betapa panasnya ia.. tidak takut kah kita jika di sana nanti kita akan di tempatkan?? 
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: