0 penyumbang pandangan

cara Allah rindu dan cemburu..

ha'ah pelik dengan tajuk entry nie?? toksah pelik... tu hakikat. Allah cemburu?? ye, Allah cemburu... cemburu kerana kita sering melupa kan Nya.. cemburu kerana kita mengangkat manusia dan harta berada tempat yang pertama dalam hati kita.. kerana apa?? kerana kita tak pernah sedar kasihnya Allah pada kita.. kita hanya tahu menggunakan nikmat2 Nya, tapi tak mahu bersyukur pada Nya. Jadi kerana rasa cemburu itu, kita sering di beri dugaan/ujian...


cuba pikir balik, kita selalu di uji??? ye selalu.. kadang2 hari2.. dan dalam sehari berkali2.. tang sehari tu la macam2 benda nak jadi kan, dompet hilang la keta kena langgar la pe la.. tapi perasan tak, setiap kali kita di uji, pasti ada kalanya kita mengeluh (opsss bukan ada kala, selalunya ;p).. mengeluh kerana kita terlalu penat nak memikirkan penyelesaian, kerana rasa tak mampu, rasa tu satu beban.. sampaikan kita fikir kenapa kita yang di uji macam tu (dalam hati berharap agar orang lain yang di uji semua tu..kan kan) tapi tanpa kita sedar, segala ujian yang Allah beri pada kita untuk meguji kesabaran kita.. keimanan kita.. kerana apa???  kerana Allah merindui kita untuk sujud pada Nya.. memohon pertolongan nya.. kerana apa?? kerana manusia hanya mengigati untuk sujud pada Nya bila dalam kesusahan.. kerana itu kita sering di uji.. itu tanda kasihnya Allah pada kita. kenapa itu tanda nya kasih??? kerana Allah tak mahu kita terus leka pada dunia.. Allah tak mahu kita menjadi hamba yang tak tahu bersyukur dan Allah tak mahu kita menjadi hamba yang lupa pada pencipta!


cuba bayangkan jika kita tak pernah di uji... segala apa yang kita kejar dapat, segala apa yang kita cari jumpa, segala apa yang kita minta peroleh.. segala nikmat di muka bumi ini kita nikmati dengan mudah... mampu ke kita terus menerus bersyukur?? mahukah kita terus menerus sujud pada Pencipta??ada masa kah kita terus menerus untuk berzikir dan memohon keredaan nya??


kita lihat contoh melalui kaum saba (zaman nabi sulaiman), betapa mereka di kurnia pelbagai nikmat dari segi teknologinya, kesuburan tanah nya, pembanggunan kota nya, kemajuaan perniagaan nya dan berbagai nikmat lagi.. tapi mengapa mereka tak pernah bersyukur walhal mereka dikurnia pelbagai nikmat yang sangat sempurna?? dan Allah membinasakan kaum tersebut.. contoh kedua, kita lihat melalui kisah firaun (zaman nabi musa). mengapa dia sanggup mengaku dirinya tuhan?? kerana dia berpendapat dia mempunyai segala2 nya.. sekalian penduduk patuh pada nya.. kerana itu dia menjadi manusia yang lupa diri, lupa Pencipta! dan akhirnya dia Allah membinasakan dia dan tentera2 nya di dasar lautan.


so, jika kita lihat pada zaman kita sekarang, tiada apa yang membezakan nya.. kita juga di kurniakan segala macam nikmat, dan kita sendiri tahu yang bumi berada di akhir zaman.. tambahan pula kita cuma mempunyai Al-quran dan sunnah sebagai pembimbing jalan kita.. sebab itu kita perlu sentiasa ingat mengigati antara satu sama lain.. macam apa yang aqu pernah terbaca ‎"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku lah yang terbaik dalam kalangan kamu.. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu.. kerna aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri.. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.. Maka akan jadi sikit lah orang yang memberi peringatan.."


so ingat lah, setiap dugaan di beri menunjukan tanda kasih dan sayang Allah pada kita.

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: