0 penyumbang pandangan

"dah jodoh" --> klise la weh!!!!

Em Em Em entry kali nie nak cite pasal jodoh siket la kan bab2 cintan cintun nie... sebab semalam tebace jugak kat suat kabar pasal kes2 artis nak kawen dengan "bekas laki" orang.. ehh salah ke kawen dengan bekas laki orang??! bile pulak aqu kata salah kan????!! huh -.- kalau kawen dengan laki orang pun aqu tak kata salah, sebab tu namanya poligami... kalau aqu kata poligami tu salah, maknanya aqu nie menentang hukum agama! Yang aqu maksudkan "bekas laki" tu, bukan lah laki yang dah jadi duda bertaun2 ke tapi nie kes sebelum tu laki tu hidup bahagia bertaun2 dengan family dia, tup2 cerai then tak sampai bape lama kawen dengan si buah hati yang dulu beria2 menafikan ade hubungan dengan laki orang! aik??? then, jawapan sama yang terkeluar    --> "dah di takdirkan, dah jodoh".. ohh ok! yang dah lepas tu biarkan lepas, dan kita sama2 doakan kebahagiaan mereka.. =) tutup!

Ok sekarang cite untuk teladan kita bersama. Tak salah untuk berkawan dengan laki orang, TAK PERNAH wujud pun undang2 yang haram berkawan dengan laki orang. Ye la, kang ade pulak yang main surat2 layang je antar arahan, semata2 nak jaga status "laki orang". Cuma berkawan yang macam mana??? itu persoalan nya... "ehhh tu hak masing2, ape hak ko nak campur urusan aqu, suke hati aqu la kan nak berkawan macam mana pun, nak bercinta ke nak hape ke dengan laki orang, tak de kacau hidup ko pun".. bagi aqu tu ayat orang yang tak de ilmu bercakap. senang~ kalau hidup tu tak reti/tak boleh langsung terima teguran pi berkawan dengan orang utan.. dah2 ade lagi tu yang nak mengata aqu..nak kata macam ko sorang bagus??? nak kata ko tu malaikat ke baik sangat?? aiyak~ pe punya olang la, itu nasihat la kalau talak mau dengar diam2 saja ma... ;p

ok, sebab pe aqu nasihat macam tu??? First cuba korang letak diri sendiri kat tempat isteri orang tu.. pe korang rasa kalau orang lain buat kat korang camtu?? wah2 tak kan sebelum kawen je korang nak guna motto "laki ko laki aqu", tapi lepas kawen tukar "laki aqu, laki aqu"... mane adil beb.. hidup nie kena adil... KAMI NAK KEADILAN!hhahahha (BN, PKR, DAP sume jangan masuk campur ye.. ;p )  So maknanya, lepas kawen nanti kalau ade pempuan lain yang guna motto "laki ko, laki aqu" jangan nak sentap2 pulak ye.. ;) 

Kedua, bab takdir.. ye, memang semuanya takdir.. jadi sebab tu la korang jawab "dah jodoh nak buat macam mana".. tu la orang kita, guna agama sebagai jawapan untuk menutup kes. Yup bile cite bab jodoh, ade sangkut pautnya dengan takdir, ketentuan.. kita sendiri pernah dengar jodoh, rezeki, ajal tu semuanya dah di tetapkan senjak azali.. tapi bukan bermakna segala apa yang telah di takdirkan itu tak boleh di ubah lagi. INGAT! Walaupun semua itu telah ditetapkan, tapi segalanya masih boleh berubah..kerana apa?? kerana tiada apa yang mustahil bagi Allah, dan Allah berkuasa terhadap sesuatu!  sama jugak seperti ajal, kenapa setiap kali beday kawan2 korang selalu ucap "semoga panjang umur", kerana semuanya di tangan Allah... dan hanya dengan keizinan Allah sesuatu itu akan berlaku.. Tinggalnya, kita perlu memohon pertolongan itu dari Allah.. pernah dengarkan doa "jika dirinya benar untuk ku, dekatkan hatinya dengan hatiku. jika dia bukan milik ku, damai kan lah hati ku dengan ketentuan mu". 

Mesti korang kata aqu nie dah macam anti poligami nie gayanya..hhahahha celah mana pulak aqu anti nyer~ cuma kebanyakan nya orang kita nie selalu silap, menggunakan alasan agama untuk diri sendiri..cuba kaji betul2 apa tu poligami dan syarat yang melayakan seseorang itu berpoligami.. kerana pada dasarnya poligami bukan sekadar cinta, tapi atas dasar pertolongan, kasih dan macam2 lagi... dan jangan kita ikutkan hati sampai meruntuhkan sebuah masjid..jangan kerana ingin membina masjid baru, masjid lama di runtuhkan..
wallahualam.. semoga kita sentiasa dilindungi dari ilmu yang tak bermanafaat, hati yang tak khusyuk, nafsu yang tak puas dan doa yang tak di makbulkan..Amin..

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: