0 penyumbang pandangan

hebatnya Abu bakar!

Abu bakar as-siddiq merupakan salah seorang dari sahabat rapat baginda, Nabi Muhammad S.A.W. Seperti yang kita ketahui, Abu bakar merupakan khalifah pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad. Beliau sering berjuang bersama2 Nabi Muhammad dalam perperangan anrata nya perang Uhud and perang Hunain. 


Dalam banyak2 peristiwa yang menunjukan kasih sayang dan cintanya Abu bakar terhadap Nabi Muhammad adalah ketika beliau bersama2 menemani baginda untuk berhiijrah ke Madinah. Ha...sebelum bace perenggan seterusnya, cepat2 fikir gua apa yang Nabi Muhammad and Abu bakar gunakan untuk bersembunyi??? Nie soalan darjah satu nie.. kalau korang tak boleh jawab memang budak darjah satu lagi hebat dari korang.. muktamad!


Jawapan nya Gua Saur.. gua nie antara gua yang sunyi sebab gua nie merupakan tempat persinggahan binatang2 liar and berbisa. So, memang tak de orang nak tinggal di sana. Apabila Abu bakar dan Rasulullah masih dalam perjalanan ke gua saur, Abu bakar sentiasa salam keadaan gelisah. Sebentar beliau di depan Rasulullah, sebentar di belakang, sebentar di kanan dan kiri. Jadi Rasulullah bersabda "Kenapa kamu ini wahai Abu bakar? saya tidak mengerti tingkah lakumu!"
jawab Abu bakar "Ya Rasulullah, saya rasa ada pengintip di depan anda maka saya berada di depan agar anda terlindung. Kemudian saya teringat kepada pemburu, maka saya berada di belakang anda. Sesekali saya berada di kiri dan kanan adalah untuk mengawal"


Apabila mereka tiba di gua saur, keadaan sudah gelap gelita.. maka Abu bakar nekad memasuki ke dalam gua untuk membersihkan tempat mereka akan duduk. Abu bakar memindahkan batu satu persatu dengan beliau mengoyakan secebis demi secebis pakaian nya untuk melapik tangan nya dari terkena bunatang berbisa. Dan apabila Abu bakar mengais seketul batu dengan kaki nya, tiba2 kakinya di patuk ular. Bayangkan betapa sakitnya bisa di patuk ular, tetapi Abu bakar tetap mendiam kan diri dan menahan.


Setelah selesai, Abu bakar mempersilakan Rasulullah duduk.. kerana sangat keletihan Rasulullah tertidur di pangkuan Abu bakar. Walaupun bisa patukan sangat menyakitkan, Abu bakar tetap tidak berani bergerak kerana bimbang Rasulullah akan terbangun. Beliau menahan sakit itu sehingga air matanya menitik di muka Rasulullah. 


Rasulullah berkata "Mengapa kamu menangis wahai Abu bakar?"
abu bakar menjawab "tadi saya di patuk ular wahai Rasulullah"
"mengapa kamu tidak kabarkan kepada saya" kata baginda
Abu bakar menjawab "saya takut mengejutkan kamu"


Apabila matahari sudah menaik maka Rasulullah terlihat pakaian Abnu bakar yang koytak rabak, lalu baginda bertanya. Maka setelah Abu bakar menceritakan segala yang dilakukan ketika memindahkan batu2 di dalam gua itu, Rasulullah berdoa kepada Allah "Ya Allah! Jadikanlah Abu bakar sedarjat denganku pada hari kiamat!"
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: