0 penyumbang pandangan

hipokrit tu harus!

 HIPOKRIT??? sape kata tak boleh?? aqu kata sangat boleh and sangat perlu!! (tengok time la -.-) Kadang2 kita nie tak sedar, pakat cakap je pe mulut nak cakap tapi tak nak gunakan akal.. dah tu akal tu nak guna time bile?? time nak jawab exam je?? ke time nak bina ayat balas bile orang nasihat?? ;p


Macam nie la, macam dalam semua perkara kita buat semua nya ada hukum2 tersendiri.. sama la macam hipokrit.. kadang2 hipokrit nie boleh menjadi harus dan kadang2 boleh menjadi wajib dan kadang2 boleh jadi haram. kenapa aqu cakap camtu?? fatwa mane kuar kan?? tak de la sampai ke fatwa2 ok, cuma benda nie memang betul. tak semesti nya betul pe aqu cakap?? aqu bukan ulama?? ok2 tak pe.. aqu bagi contoh..


  • wajib --> ok, bile hipokrit tu di kata wajib?? bile sesuatu tu di tuntut oleh syarak.. contoh pakai tudung/ tutup aurat. pernah dengar orang cakap "weh tak payah jadi hipokrit la tunjuk alim sangat la tutup litup bagai".. ha pasni kalau ade yang cakap kat korang camtu, bagi penampor siket.. biar dia faham siket yang dok bumi Allah nie tak payah nak sombong2 buat peraturan sendiri. Tau tak yang menutup aurat dalam keadaan terpaksa sekalipun menyebabkan dia terhindar dari dosa walaupun tak mendapat pahala.. yang ko tu dok tayang rambut sana sini sah2 dosa nya paham.. (bukan aqu nye hukum tapi dari AL-QURAN!)

  • harus (or sunat wallahualam) --> ok, bile pulak hipokrit tu di kira harus?? bile kita nak jaga hati orang (selagi tak bercanggah dengan agama). Contoh ek aqu bagi, korang pi rumah orang nie la nak beraya.. sekali tengok2 dia buat kan laksa je, korang nie pulak memang jenis tak suka sangat makan laksa (macam aqu je -.-).. so tuk menjaga hati, korang buat2 la suke makan dengan muka yang senyum2 nya konon2 nak tunjuk korang sangat2 menikmati laksa tu.. sebab nabi S.A.W sendiri pernah didatangi oleh seorang kafir yang membawa beberapa biji buah limau untuk baginda.. dan baginda memakan buah itu dengan tersenyum sedang kan limau itu terlalu masam.. dan nabi S.A.W menjelaskan yang bermaksud "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 

  • haram --> hipokrit itu akan menjadi haram apabila timbulnya sifat riak or bermegah2 or sakit hati or yang sama waktu dengan nya la.. contoh eh.. macam korang dapat jam, korang sebenar tak suke sangat warna hadiah tu.. tapi korang cerita kat kawan2  yang korang suke gile kat jam tu siap puji canggih la mahal la pe la orang lain tak kan dapat la semata2 nak menunjukan yang korang dapat hadiah mahal.. memang lebih kurang nak menjaga hati, tapi bile timbul dengan perasaan ingin menunjuk2 tu yang di kata kan sebagai haram! riak!
 So faham kan kenapa kadang2 hipokrit tu perlu... dan kadang2 jadi diri sendiri tu kurang perlu.. sebab kita hidup bukan hanya suka2 tapi perlu ada batas nya.. jadi tak salah sekiranya kita rendah kan ego kita bila ia berkait dengan agama..semoga kita sentiasa dilindungi dari ilmu yang tak bermanafaat, hati yang tak khusyuk, nafsu yang tak puas dan doa yang tak di makbulkan..Amin..

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: