0 penyumbang pandangan

kasih Nabi pada umatnya..

Ok di sebabkan nie pembukaan kisah2 anbia tuk blog aqu nie.. so aqu nak mulakan dengan HERO yang sangat kita cintai dan sayangi.. sape taw??? bukan superman la faizal tahir la ashraf muslim la.. bukan tu ok! -.-

Hero yang aqu maksudkan ialah Nabi S.A.W ataupun Rasulullah S.A.W.. sume kenal kan dengan baginda.. =) walaupun kita semua tak pernah bersua, tapi sedarlah kita bahawa kita semua adalah umat baginda.. umat yang akan di angkat darjatnya bila di hari kiamat kelak.. sehinggakan malaikat jibril berkata "Allah berfirman : Ku haramkan syurga bagi sesiapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya".. untung nya kita menjadi umat Nabi Muhammad.

Ok, aqu bukan nak cerita tentang biodata pribadi baginda, sebab dari kecik kita dah pernah belajar kan.. (sape yang tak tau pape pi bukak balik buku sirah darjah 1!) kita disuruh tuk mengikut sunnah baginda jadi sepatutnya dah ade dalam kepala perkara2 asas seperti nama baginda, tempat lahir, tahun lahir tempat wafat  kerana bila kita tak kenal maka tak cinta!..(jangan dok asyik ingat biodata bf/gf je). 

Aqu nak cerita tentang bagaimana kasih nya baginda pada umat nya.. ketika Malaikat Izrail menerima wahyu Allah : "Wahai Izrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik2 rupa dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendak lah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya, maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau di izinkan kamu masuk maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau dia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali kepada Ku".. 

Di luar pinti ketika malaikat Izrail meminta kebenaran untuk memasuki rumah. Maka Fatimah r.a berkata "Wahai hamba Allah, Rasulullah sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat", lalu pintu di tutup.. Kemudian malaikat Izrail bertanya lagi seperti permulaan, maka di dengari oleh Rasulullah dan baginda bertanya kepada Fatimah "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu".. Fatimah menjawab "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggilmu dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit". Kemudian Rasulullah berkata "wahai Fatimah tahukah kamu siapakah orang itu?".. jawab Fatimah "Tidak ayah".. Rasulullah menjelaskan " Dia adalah malaikat Izrail, dia lah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia"

Setelah malaikat Izrail di jemput masuk, maka Rasulullah berkata "Wahai Izrail engkau datang menzirahi aku atau untuk mencabut rohku?". Maka Izrail berkata "kedatangan saya adalah untuk menzirahimu dan mengambil rohmu, itupun jika kamu membenarkan, kalau tidak di izinkan maka aku akan kembali"

Raulullah bertanyakan "wahai Izrail di manakah Jibril?". Izrail berkata "saya tinggalkan Jibril di langit, semua malaikat sedang memuliakan dia". Tidak sampai beberapa saat kemudian Jibril turun dan duduk berdekatan kepala Rasulullah. 

Rasulullah : "wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat?"
Jibril : "ya, aku memang tahu"
Rasulullah : "wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang mengembirakan aqu di sisi Allah"
Jibril : "sesungguhnya semua pintu langit telah terbuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu di langit. Kemudian semua pintu syurga di buka dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran roh mu". 
Tapi ternyata tidak membuat Rasulullah lega, masih terlihat kerisauan di muka nya..
Jibril : "Engkau tidak senang mendengar kabar ini?"
Rasulullah : "kabarkan padaku apakah nasib umatku kelak"
Jibril : "jangan kuatir ya Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman : Ku haramkan syurga bagi sesiapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada di dalam nya"

Saat Izrail melakukan tugasnya, apabila roh itu sampai pada pusat maka Rasulullah berkata "wahai Jibril alangkah dahsyatnya rasa mati". Lalu Jibril memalingkan wajahnya, maka Rasulullah berkata "wahai jibril apakah kamu tidak suka melihat wajahku?". Kata Jibril : "siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah di kala dalam sakaratul maut". Maka Rasulullah berkata : "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakanlah saja siksa maut ini kepada ku jangan pada umatku".. 

Ali r.a berkata "sesungguhnya Rasulullah ketika menjelang saat2 terakhir, telah menggerak kan kedua bibir baginda sebanyak dua kali dan saya meletak kan telinga saya dekat Rasulullah, baginda berkata : Umatku, Umatku"

*kasihnya Rasulullah kepada kita.. tapi cuba kita tanya pada diri, layak kah kita menerima kasih sayang baginda andai kita sendiri tanpa segan silu terus melakukan dosa, dan tanpa malu mengabaikan sunnah2 nya??? semoga kita sentiasa memperbaiki diri...




ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: