0 penyumbang pandangan

lelaki menjelang 2020 *.*

   Hohohoho bile zaman dah maju teknologi dah maju, tak gunalah jika kehidupan kita masih di zaman paliolitik! (betul ke aqu eja tu??) So..gaya hidup pun mesti la berubah beb! Tapi tapi tapi tapi.. tidak lah ku maksudkan sampai melanggar hukum agama ye, ingat itu.. jangan jangan jangan jangan.. berdosa nanti~ *menggunakan perkataan gandaan 4 adalah kerana kesesuaian kepada kepala yang ting tong di pagi hari ini =) harap maklum.


Jadi jadi jadi jadi... pada pemikiran aqu yang ala2 50.5% setaraf dengan albert einstein (ye ke -.-) maka aqu dah buat kaji selidik berkenaan kerjaya golongan2 adam pada masa hadapan. Bukan lah merendahkan kaum adam, ohhh tidak sama sekali.. tapi tapi tapi tapi terjadinya keadaan itu adalah di sebab kan minat, trend or siket2 dunia ini di kuasai golongan hawa. (ye ke siket??? tak pe sekadar sedapkan hati kaum adam)


Apakah apakah apakah apakah kerjaya tuk kaum ada di kala zaman 2020 itu?? nie sebahagian idea yang telah aqu kaji. ( ceh! nada2 berlagak di situ ~ lalallala)
  • Chef --> ohhh tidak heran sudeh, memang sudah ramai kaum lelaki yang jadi chef zaman nie pun! Ha antaranya antaranya antaranya sape lagi chef no 1 negara.. taraaa Chef Wan! i suke dia u.. suke2.. Yang kedua yang kedua.. Chef Ismail! i like! dia nie pun best2.. kedai makan dia terbaik i cakap.. kenyang makan sana ;) Eh dah2 aqu bukan nak cite pasal sape chef2 di Malaysia nie.. so ye la ye la memang betul lelaki masak lagi sedap.. and bagi aqu sape2 pun yang nak masak tuk aqu memang aqu puji sedap punyer..hahahha so bile dah dunia chef2 nie di kuasai lelaki (tak kira di rumah atau luar), maka tempat wanita bukan lagi di dapur kan kan.. al maklum lah memang ramai jugak kaum hawa yang bukan tak taw tapi kurang taw masak..hihi 
  • Surirumah / stipendiary --> Sebelum tu.. ejaan surirumah jarak ke tak?? o.0 Ok surirumah dengan tukang masak berbeza ye.. meh2 di sebab aqu nie dah arif siket berkenaan kerja2 surirumah nie biar la aqu cerita siket tugas2 nya (al-maklum isteri solehah! hoho amin!). Kerja2 surirumah nie meliputi... kerja2 menyapu dari depan hingga ujung rumah dengan kata lain segala pelusuk rumah okeh + mop sekali ye, penting tuk kebersihan budak kicik2 + membasuh menyidai mengangkat melipat segala yang berkaitan dengan kain (nie paling buat aqu sakit pinggang! tolong la mane2 pakar ciptakan berus yang boleh bergerak sendiri.. sape yang pakat campak je baju dalam mesin tu, sila la pikir 4 5 kali sebab bukan sume boleh campak je dalam tu) + segala yang berkaitan pinggan mangkuk cawan + segala habuk2 yang dok bertapa di kelengkapan2 (vakum je la!) + siram pokok + basuh segala yang berkaitan bilik air. Tu pun dah cukup.. jadi aqu percaya suatu ari nanti lelaki boleh buat!
  • Babysitter --> Wahhhh comel2.. bakal ayah penyang! Korang penah pergi nursery?? ala bukan yang tempat tanam2 pokok tu.. nie yang tempat childcare tu.. ha lepas nie tempat2 tu di kuasai oleh lelaki! bukan pelajarnya, tapi gurunya. =) Korang jangan memain.. sekeras2 tangan lelaki, tapi masih ada anak2 yang lebih selesa dengan bapa mereka dari ibu mereka.. percaya tak?? tanye orang sekeliling korang.. ramai dah aqu tanye (namanya pun buat kajian.. ;p)
  • Mak andam --> Bab nie memang aqu no idea nak cakap! serius! Ye la yang nak makeup2 nya pempuan tapi tukang makeup nya lelaki.. padahal secara fitrahnya lelaki tak pakai makeup.. wow! serius aqu cakap aqu tabik la sama diaorang, sebab aqu sendiri pun bukan reti benda2 camtu (kureng berminat makeup2 nie, neutral beauty gitu.hhahha perasan tuk sekian kalinya!) Tak rimas ke pakai makeup tebal2 -.-
  • Pereka fesyen --> Ha nie masalah nya.. bilesss lelaki yang jadi pereka fesyen. Bukan tak boleh, of couse boleh! sangat boleh kalau mereka bijak dan sensitif pada kaum hawa. Pe kejadah aqu merepek nak sensitif2 bagai?? Ye la, bile lelaki yang buatkan baju tuk kaum hawa, bermakna bermakna bermakna mereka akan buat baju ikut keselesaan mata diaorang. sape setuju dengan aqu?? Alah sure la, kalau tanye mana2 kaum lelaki yang bukan pereka sekali pun, diaorang akan jawab "baju tu kalau ketat siket lagi cantik,baru fit ikut badan pastu yang kain tu tak payah labuh2 sakit mata!". betul tak?? :p

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: