0 penyumbang pandangan

malaysia negara celup ;)

  Opsss sory! aqu bukan mempertikai or merendah perjuang2 melayu yang mempertahan kan tanah air, bukan tu yang nak dibahaskan.. so aqu minta maaf tersangat sebab tajuk tu "panas" siket. Dan aqu bukan la penyokong mane2 parti politik -.- tak berminat! okeh..


Tapi ape yang aqu maksudkan celup??? ok! sebelum tu aqu tanye korang dulu la... NEGARA MALAYSIA NIE NEGARA ISLAM KE??? jujur la... bagi aqu, TAK! ye..memang aqu jawab NEGARA MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM! tak puas ati??? nak saman??? Hello!!!! nie fakta la... ok la kalau aqu salah, aqu nak tanye.. bukan ke nagara islam tu bermaksud negara yang mengamalkan undang2 sepenuhnya berpandukan Al-quran dan hadis??? ye memang negara Malaysia ada amal kan "sesetengah" perkara, tapi ingat.. sesetengah perkara masih tidak melayakan di panggil negara islam!

Aqu bagi contoh.. korang islam, tapi tak solat?? kira islam sepenuhnya ke?? tak kan.. masih dikata kufur kan?? so sama macam negara Malaysia nie.. undang2 kita bukan berdasar Al-quran dan hadis sepenuh nya, tapi berdasar suruhanjaya Reid yang telah di olah serba sedikit so makna nya dari penjajah! 


Ye memang tak di nafi... negara makin maju, makin moden.. jangan terlalu kuno! Tapi siapa kata undang2 islam tu kuno?? undang2 islam adalah undang2 yang kekal rasionalnya sepanjang zaman! (maka aqu tak faham kenapa dikata hukuman hudud tak boleh di laksana kerana negara nie berbilang bangsa..). Aqu tak pertikaikan sesiapa, tapi sebagai manusia aqu rasa kita ada hak bersuara asalkan ia rasional dan tak melanggar mane2 hukum agama.. Fikir la.. baru zaman nie ke wujudkan pelbagai kaum nie?? baru abad nie ke manusia ada pelbagai agama?? tak kan..dari dulu, jadi kenapa zaman Nabi2 dahulu tetap melakukan nya?? dan islam terus berkembang kan???


Pendapat aqu, sebenarnya tak de sebab untuk kita ragu2 atau takut untuk melaksanakan undang2 islam di negara Malaysia nie.. untuk apa kita takut?? takut islam dipandang serong??? untuk apa?? tak ingatkah kita bahawa Allah tetap akan menjaga agamanya?? Maka tak kan lupus islam di dunia nie kalau kita terus berpegang padanya.. sebenarnya pelaksanaan undang2 islam banyak baiknya.. setakat undang2 malaysia yang merompak di kena sebatan dan denda, maka aqu jamin akan tetap berulang pekara yang sama malah mungkin akan di lakukan oleh penjenayah yang sama.. Berbalik pada diri sendiri la kan, kalau kita sendiri tak yakin/percaya dengan apa yang telah di tetapkan jadi jangan harap orang lain akan tertarik.


So aqu boleh kata kan negara malaysia nie BUKAN NEGARA ISLAM tapi negara ORANG ISLAM.. kenapa?? sebab memang tak di nafi majoriti peratusan umat islam negara nie sangat la tinggi.. syabas Malaysia! tapi aqu tau kenapa majoriti tu jadi tinggi.. kerana korang perasan tak, undang2 mengatakan bahawa sesiapa melayu yang lahir dari kalangan keluaga islam maka automatik dia islam kan??? so sebab tu la makin banyak wujudnya islam hanya pada nama! 


*Cara yang paling mudah untuk menilai sesebuah negara itu islam atau tidak, lihat lah pada wanita2 di dalam nya.. kerana ia sudah cukup menggambarkan keadaan islam sesebuah negara.. kerana wanita itu lah permata dan wanita juga lah menjadi kepincangan terhadap sesuatu perkara.

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: