0 penyumbang pandangan

buang anak - manusia bodoh!

 Wahhhh tajuk entry mu.... sedikit kasar disitu.. Yup! memang kasar.. tapi camne lagi ayat yang sesuai erk tuk manusia yang tak de hati perut camtu??? Sampai tak sanggup aqu nak letak gambar² bayi tu.. bayang kan la buang kat tong sampah la, kat longkang la kat toilet la.. hey! tu anak manusia la.. bukan anak binatang! Kalau aqu kata manusia camtu macam binatang, nak cakap aqu kasar bagai... tapi dah tak de bahasa yang lagi sopan aqu nak gelar orang macam tu.. Memang.. memang bukan hak kita nak menghukum seseorang.. tapi sebagai manusia yang ade akal, ada perasaan kenapa sanggup buang anak yang dia sendiri kandungkan??? Hello kucing pun sayang anak.. Percaya la, cube kucing yang baru lahir tu korang try ambik anak dia and sorok kan.. confem dia akan cari sampai dapat.. tu belum kes ayam.. kalau ayam korang usik anak dia, dia akan kejar korang balik.. *serius, aqu ade pengalaman kena kejar tu -.- *


So.. ape alasan tuk buang anak tu??? Sebab anak tu anak haram??? Wahhhh yang korang buat keje haram tu tak pe pulak??? campak la diri korang tu kat tong sampah jugak! Anak haram??? Salah diaorang ke jadi anak haram??? Tak kan.. salah mak pak nya... so kenapa anak yang kena jadi mangsa?? Cukup la sekali korang terlanjur buat dosa yang sangat besar, jangan pulak di tambah dengan dosa membunuh bagai..

Aqu cakap nie bukan tuk mereka² yang dah pernah buang anak ke, or yang merancang nak buang anak ke.. tapi aqu cakap tuk sekalian yang bergelar wanita.. termasuk aqu sendiri.. *ye aqu wanita, walaupun kurang keayuannya -.-* Kita kena sedar.... kita nie wanita yang memang secara fitrah nya akan menjadi seorang ibu... menjadi seorang ibu itu anugerah.. Sebab tu Allah menjadikan wanita tu penuh dengan kasih sayang dan lembut hatinya, kerana sesuai fitrahnya tuk menjadi seorang ibu. Tak kira la anak tu halal ke haram ke ada cop sirim ke tak de ke yang pasti bila wujud nya janin tu dalam rahim seorang wanita maka bermulanya pahala yang sangat besar untuk nya.. Mengandung dan melahirkan merupakan sesuatu yang sangat mulia pada seorang wanita, sebab apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Nya. Dan apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Dan apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.. Tengok.. betapa sayang nya Allah pada wanita.. tak de pun dalam hadis or mana² dalil yang mengatakan wanita yang melahirkan anak luar nikah (kasar sangat anak haram) masuk ke neraka! Jadi... tak kan korang nak sia² kan pahala tu dengan membunuh bayi tu pulak..

Bagi aqu halal atau haram seseorang anak itu bukan ukuran nya, benda tu dah terjadi dan tak jijik langsung kat mata aqu kalau ada yang kata "aqu mengandungkan anak haram" asalkan mereka dah bertaubat dan mahu berubah , yang jijik nya bila lepas melahirkan mereka sanggup membuang dan membunuh anak tu tuk menutup kesilapan mereka.. Mungkin orang macam tu belum cukup sedar yang mengandung dan melahirkan itu satu anugerah, dan bila anugerah itu di tarik dari diri mereka mungkin masa tu baru sedar yang anak yang di lahirkan itu merupakan pemulaan rezeki baru pada mereka.

Anak itu rezeki??? Ye.. anak itu rezeki. Anak itu membawa rezeki??? Ahhh mane mungkin! Bukan nya masa lahirkan dia tu keluar sekali mutiara permata bagai.. Ok! Sape ade terfikir macam tu sila ketuk kepala sendiri sekali.. Senang je.. kita berbalik semula pada janji Allah, setiap manusia itu ada rezekinya yang tersendiri yang Allah dah tetapkan... So ape yang nak kita risaukan??? Maksud anak tu pembawa rezeki bukan la bermakna kita kena puja dia bagai, tapi mungkin rezeki yang Allah tetapkan untuknya nanti akan memberi kita sedikit kelapangan dan membantu.. Siapa taw, walaupun anak luar nikah namun tak mustahil dia boleh menjadi seorang doktor disanjungi atau seorang yang cukup membanggakan. Ada ke undang² yang menetapkan anak luar nikah tu tak boleh berjaya???


Ha??? Aqu nie macam setuju je anak luar nikah tu "wujud". Tak.. bukan aqu setuju dan langsung tak aqu seru kan tuk ramai² buat anak luar nikah! Jangan salah faham... Aqu cuma bagi kesedaran kepada yang dah terlanjur supaya sedar dan memilih jalan yang bertingkat² lebih baik dari membunuh/ buang anak tu... dan pada yang belum terlanjur, tak payah la kan nak buat² terlanjur.. sepak sekali nak???



*aqu cakap macam dah berpegalaman jadi seorang ibu pulak.hahhahah Pape pun, selembut² wanita itu Allah ciptakan Allah tetap memberi nya kekuatan tuk mengandung, melahirkan dan mempelihara anak² dan keluarganya..
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: