0 penyumbang pandangan

# episod kisah lucu 2

  Lalalalla mood memang nak tulis kisah yang lucu je.. lucu ke??? ahh tak kisah la lawak ke lucu ke tah hape2 ke.. tak pe la, nak gumbira kan hati sendiri yang tengah berduka lara nie  *tragis sedih! ='( dengan kata lain sedikit keciwa..wahh ;p


Nak merepek kisah pe malam nie?? ha aqu nak citer pasal.. taraaaa "jatuhnya Melaka di tangan Portugis" kita masuk bab sejarah siket ye.. sejarah aqu A taw time SPM =D 


Sebelum tu aqu nak tanye korang, bile tahun melaka di serang portugis??? Ha tak taw la tu.. ishhh! nie la orang melayu, camne nak maju kalau sejarah tanah melayu pun tak taw.. dah2 aqu malas nak bagitau korang bile tahun nya, pi bukak balik buku f4 tu.. *dah dapat pm aqu okeh.lallalalalla


Di suatu ketika, laksamana dari kerajaan Melaka datang mengangkat sembah untuk menyampaikan berita kepada sultan. 
"Silakan datuk laksmana" titah sultan
"Patik mendapat laporan daripada pasukan perisikan bahawa pihak musuh semakin hampir dengan pantai negeri kita"
"Benarkah begitu?" ada riak risau di wajah sultan
"Benar tuanku. Mereka sekarang sedang berkumpul di teluk di balik bukit di sebelah barat negeri"
"Panggil semua orang besar istana datang mengadap" titah sultan lagi
"Baik tuanku"


Ketika sidang mesyuarat diadakan (skema giles ayat! -.-)..
"Negeri kita sedang berada di hujung tanduk. Kita bakal di serang bila-bila masa sahaja. Bukan kita takut, tapi bala sentera kita sudah di hantar ke sempadan untuk berperang dengan negara jiran.. jadi apa pandangan datuk-datuk sekalian?" sultan memulakan bicara
"Kita mempunyai banyak tanah jajahan, inilah masa yang sesuai untuk kita mengerah mereka bagi menolong kita" cadang laksamana
"Ya, kami setuju!!" kuat benar sokongan dari para hidirin-hadirin yang hadir ;p
Setelah permuafakatan di buat (skema sekali lagi -.- ), akhirnya laksamana pergi menemui sultan Negeri Sembilan.


Sebaik sahaja laksamana menerangkan prihal kedatangan nya, maka sultan Negeri Sembilan pun bersetuju tapi dengan syarat.. "Panglima tentera beta yang akan mengetui peperangan itu. Semua tentera harus mengikut arahan panglima Negeri Sembilan"
"Baik lah jika itu syarat nya" laksamana terpaksa akur


"Arahkan para tentera mamak ke pantai. Suruh mereka cat badan mereka dengan warna putih berbentuk bulat di perut" Panglima N9 mula memberi arahan
"Pelik. Apakah tujuan arahan ini?" tanya tentera Melaka
"Ini untuk tujuan penyamaran bagi mengelirukan musuh. Kebanyakan tentera mamak adalah buncit perutnya maka apabila di warnakan dengan putih ia akan kelihatan seperti meriam dari jauh"
Hasil dari helah itu berjaya. Namun tidak lama kemudian, pihak Portugis menyedari akan hal itu kerana para tentera mamak sudah mula keletihan disebabkan terlalu lama berdiri di bawah panas matahari.


Akhirnya tentera Portugis mula menyerang. Setelah menyedari taktik mereka sudah dapat di kesan, maka panglima N9 mengarahkan para tentera supaya bersiap sedia menerima arahan. 
"Apabila hamba minta serang, barulah serang okeh" arah panglima N9
"Baiklah!!" laung para tentera
Apabila musuh semakin dekat, saat itulah dengan penuh semangat panglima Negeri Sembilan mengeluarkan arahan nya tanpa menyedari dia telah terguna dialek/loghat nya daerahnya "SORANG!!, SORANG!!" akibatnya, para tentera pun keluar berdepan dengan tentera  Portugis seorang demi seorang kerana mereka menyangka itu adalah taktik/helah dari panglima N9.. Maka di sebabkan itu Melaka kalah ditawan Portugis..


*terserlah penggunaan bahasa skema dari aqu.. sekian -.-

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: