0 penyumbang pandangan

# episod kisah lucu

   Ha kisah lucu kali nie tajuk nya " Hasanah & Hamidah". Do U know who are Hasanah and Hamidah??? Tak kenal?? Okeh2 la aqu ceritakan... Ehem2.. Kisah nya bermula dengan seorang lelaki yang sangat baik lagi bijak dan alim bernama Zali..


"Aqu kagum dengan kau zali" kata rakan sepejabatnya
"Apa yang kau kagum kan?"
"Buat-buat tak tahu pula, ye la dalam ramai kawan-kawan kita, kau sorang je yang mempunyai dua orang isteri.." jawab rakan nya sambil tersenyum nakal
"Ada-ada sahaja kau nie. Jika kau fikir berpoligami ini seronok sengat, kamu silap kawan. Berpoligami bermaksud kita terbeban dengan tanggungjawab yang lebih besar. Silap caranya..." Zali tidak mahu meneruskan kata-katanya


Hasanah merupakan isteri pertama Zali, manakala Hamidah merupakan isteri kedua Zali. Hari nie giliran Zali balik ke rumah isteri kedua nya.


"Abang.. malam nie kita berjemaah Maghrib dan Isyak boleh" tanya isterinya
"Insya Allah, kalau macam tu abang bersiap dulu" jawab Zali


Zali merupakan seorang yang kuat pegangan agamanya. Ketika menunggu masuknya waktu maghrib, sempat dia menghabiskan beberapa helai ayat-ayat suci Al-quran. Selesai solat dan berwirid, Zali melafazkan doa, Hamidah mengaminkan doa tersebut. Zali melafazkan doa demi doa dengan lancar dan penuh khusyuk, Hamidah tetap mengamin kan tiap butir doa tersebut walaupun tidak sepatah pun difahaminya kerana doa tersebut dalam bahasa arab.


Cumanya.. ketika Zali melafazkan doa berbunyi  : 
Tiba-tiba air muka Hamidah berubah. Zali tidak menyedari hal ini sehinggakan selesai doa dibaca. Ketika bersalaman, barulah Zali menyedari air muka isterinya yang sedikit muram.

"Kanapa nie?" tanya Zali
"Abanglah..." rengek Hamidah
"Apa abang buat?"
"Masa baca doa tadi..dua kali abang sebut nama kakak (madunya = Hasanah), nama saya sekali pun tiada" luah Hamidah
Hampir berderai ketawa Zali, namun di tahan kerana takut isterinya berkecik hati. "Jangan lah berkecil hati ye.. nanti waktu solat isyak Insya Allah abang akan sebut nama Hamidah pula"

Masuk waktu isyak, mereka pun solat berjemaah sekali lagi. Hamidah teringat-ingat janji suaminya sebentar tadi. Dia menantikan saat itu. Setelah mengangkat takbir, Zali membaca doa iftitah, al-fatihah, di ikuti satu surah lazim.. kemudian Zali rukuk. 

Di saat ingin iktidal iaitu berdiri tegak seketika sebelum sujud, Zali menekan sedikit suaranya ketika melafaz : 
Empat kali Zali mengeraskan sedikit bacaan sepanjang solat, iaitu melafaz ketika iktidal (solat isyak kan 4 rakaat ^.^). Selesai solat dan berdoa, Hamidah berkata kepada suaminya "Terima kasih abang.. Nama kak Hasanah hanya dua kali abang sebut, tapi nama saya empat kali. Abang jangan risau, saya tak kan bagitau kak Hasanah tentang hal nie" dalam hati Hamidah bersangka-sangka 'abang zali lebih sayangkan aqu berbanding Kak Hasanah'

Zali hanya tersenyum, sambil dalam hatinya berdoa kepada Allah agar di beri kekuatan untuk menanggung amanah ini.

*p/s --> untung dapat lelaki yang bijak agama camtu..jadi tu lah gunanya memahamkan tiap lafaz yang di ucap dalam solat.. jangan pakat hafal and redah je ^.^

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: