0 penyumbang pandangan

pokok, gunung dan unta~

   Terjadi pada suatu hari seorang pemuda bernama Uqa'il bin Abi Thalib berjalan bersama Nabi Muhammad S.A.W. Sepanjang perjalanan itu, Uqa'il telah melihat beberapa perkaja ajaib yang berlaku. 

Peristiwa pertama terjadi ketika Nabi Muhammad S.A.W ingin mendatangi hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka baginda berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "wahai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya bahawa sesungguhnya Rasulullah bermeminta agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi pelindung atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar". Maka  Uqa'il bin Abi Thalib pergi mendapatkan pohon-pohon itu namun sebelum dia sempat berkata ternyata pohon-pohon sudah tunduk dari akarnya  serta mengelilingi baginda selesai dari hajatnya. 

Peristiwa kedua terjadi apabila  Uqa'il bin Abi Thalib berasa tersangat haus dan setelah mencari air ke mana  jua tapi tidak ditemui. Maka baginda berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "wahai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salam ku kepadanya serta katakan, jika padamu ada air, berilah aku minum". Maka  Uqa'il bin Abi Thalib pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan baginda. Namun belum selesai Uqa'il berkata, gunung itu bersuara  "katakanlah kepada Rasulullah S.A.W bahawa sejak Allah menurunkan ayat yang bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu berserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)" maka aku menangis kerana takut kalau aku menjadi batu itu" 

Peristiwa yang ketiga ialah ketika sedang berjalan secara tiba-tiba ada seekor unta berlari ke arah baginda lalu unta itu berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu". Belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datang seorang arab kampung dengan membawa pedang. Maka Nabi Muhammad S.A.W berkata, "Hendak apakah kamu terhadap unta ini?". Jawab orang itu, "Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mau jinak, maka akan ku sembelih saja dan akan ku manfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan)".  Lalu baginda bertanya kepada unta itu, "Mengapa engkau menderhakai dia?". Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk. Kerana dia dan tetamunta, sama tidur meninggalkan solat Isyak. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isyak itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah menurunkan seksa Nya kepada mereka sedang aku berada di antara mereka". Akhirnya orang arab itu, berjanji tidak akan meninggalkan solat Isyak dan Baginda menyerahan unta itu kepadanya.

*makhluk ciptaan tuhan yang lain sangat takut kepada azab Allah, namun mengapa kita sebagai manusia yang mempunyai akal tidak mampu untuk memahami manakah larangan dan suruhan Nya!

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: