0 penyumbang pandangan

Rasulullah romentik =)

   Nak jugak! Nak jugak!!! Tak kire nak jugak!!! Cita2 menjadi penternak, aqu pun nak! (wahhh berpantun ^.^) *Erk... nak ape???? nak suami romentik... ;D (gatai!). Ala bukan aqu sorang nak suami romentik, tanya la mane2 pempuan semua mesti nak jugak punya... Jadi kalau tak dapat yang 50% ala2 romentik Rasulullah, dapat yang 30% pun okeh la... mood =mengharap!lallalala ;) *Romentik itu sangat la luas! Jangan sempitkan fikiran ke arah tertentu je. sekian! 


Banyak yang di ceritakan oleh Saidatina Aisyah (isteri Rasulullah) mengenai sikap Rasulullah yang sangat romantik terhadap isteri baginda.. Saidatina Aisyah menceritakan “Andai Nabi berada di rumah, baginda selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang”. Nak taw perbuatan2 lain baginda??? meh2 aqu huraikan serba siket yang aqu tahu..

  • Cara memanggil isteri
Baginda memanggil isterinya dengan pangilan yang comel.. Aisyah di panggil dengan panggilan humairah yang bermaksud putih kemerah-merahan.. ini adalah kerana pipi Aisyah yang kemerah-merahan kerana kulitnya yang putih. *Erm buat bakal suami ku, nanti panggil la saya ya jamilah ye.. sebab saya kan cantik! =)  Apa??? Nama kampung??? haiya tu gunanya belaja arab, perkataan arab banyak yang romentik tau~ =D
  • Membantu urusan di dapur
Di cerita kan apabila setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Namun pernah suatu ketika baginda pulang pada waktu pagi. Baginda teramat lapar waktu itu tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk dimakan mahupun yang mentah sekalipun tiada kerana Saidatina Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya humaira?" Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah". Lalu Rasulullah berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini " tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajah baginda.

  • Berpegangan tangan
Rasulullah pernah bersabda, "Apabila pasangan suami istri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Beliau sering memotong kuku istrinya, mandi janabat bersama, atau mengajak antara isterinya berjalan/melancong (ayat moden nya). 
  • Menaiki kenderaan
Imam Bukhari & Muslim meriwayatkan, “Bahawasanya Rasulullah duduk di sisi unta baginda kemudian Baginda meletakan lututnya, lalu istri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi saw hingga ia naik ke unta”. PErhh cer bayang seorang yang di angkat sebagai kekasih Allah tidak sedikit pun berasa jatuh maruah nya berbuat demikian.. kalau orang sekarang, time belum nikah je la di bukak kan pintu keta.. pas nikah kang ikut pandai ang la nak masuk ikut pintu ke atap ke bonet ke..
  • Memahami isteri
Rasulullah bersabda kepada Aisyah : "Sesungguhnya saya mengetahui jika kamu senang terhadap ku, dan jika kamu sedang marah kepada ku". Aisyah berkata: "Dari mana mengetahuinya?". Rasulullah menjawab: "Adapun jika engkau sedang senang terhadap ku, maka kamu akan mengatakan ‘tidak’ dan demi Tuhan(nya) Muhammad! Dan jika kamu sedang marah maka kamu akan mengatakan ‘tidak’ dan demi Tuhan(nya) Ibrahim as". Aku (Aisyah) berkata: "Ya, betul itu Rasulullah”. (HR. Aisyah)
  • Pangkuan isterinya
Adakalanya Nabi bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang diceritakan Aisyah dalam Sahih Bukhari dimana “Nabi membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid”. 
  • Bersukan
Satu riwayat yang menceritakan “Rasulullah berlumba-lumba denganku. Aku mendahului baginda. Ketika aku menjadi gemuk, Baginda berlumba-lumba denganku lagi, lalu Baginda telah mendahuluiku. Lalu baginda SAW berkata, ini sebagai balasan terhadap yang lalu” (HR. Aisyah). Dan dalam riwayat lain pula menceritakan "Baginda bersama para sahabat. ketika itu, Aisyah turut sama dalam permusafiran tersebut. Dalam perjalanan, Nabi SAW mengarah para sahabat agar mereka berjalan dahulu, meninggalkan Baginda dan Aisyah di belakang. Apabila para sahabat sudah berada jauh di hadapan, lalu Baginda mengajak Aisyah berlumba"
  • Membasuh pakaian
"Aku dan Rasulullah tidur atas satu hamparan, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid. Darah haidku menitis terkena pada hamparan itu, didapati nabi SAW membasuh tempat titisan tersebut, dan tidak mengalihkan tempat itu, kemudian baginda menunaikan solat di situ. Apabila darahku menitis terkena pakaian baginda, Baginda SAW sendiri membasuh tempat yang kena titisan darah itu, dengan tidak mengalihkan tempat lain, kemudian menunaikan solat dengan pakaian itu" (HR. Aisyah). Tengok.. Nabi sendiri membasuhnya dan tidak marah terhadap Aisyah di atas kesilapan Aisyah itu.
  • Lebihan isteri
"Aku minum air daripada satu bekas, ketika itu aku sedang berhaid, lalu Nabi SAW mengambil bekas minumanku itu dan meletakkan mulut baginda pada tempat aku meletakkan mulut pada bekas tersebut" (HR. Aisyah)
  • Meredakan kemarahan isteri
Satu hadis yang bermaksud “Apabila Aisyah sedang marah, Nabi SAW memicit hidungnya seraya berkata : wahai A’yish, katakanlah, Ya Allah tuhan Muhammad, ampunilah dosaku. Dan hilangkan kekerasan hatiku, dan lindungi aku dari fitnah yang menyesatkan". Jelas menunjukan sifat Nabi yang memujuk isterinya dengan perbuatan manja agar lembut hatinya.
  • Mencium isteri
“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda sedang berpuasa" dan satu riwayat lain yang bermaksud “Seorang lelaki datang berjumpa dengan Rasulullah SAW, berkata: “bolehkah aku cium isteriku pada bulan Ramadhan?” Nabi berkata : “boleh”. Datang pula lelaki lain bertanya; “bolehkah aku cium isteriku pada bulan Ramadhan?” nabi berkata : “tidak boleh”. Aisyah berkata: "Wahai Nabi Allah, kamu izinkan yang ini, dan kamu mencegah yang itu?" berkata Nabi : "Yang aku izinkan itu adalah seorang lelaki yang sudah tua. Pasti dia mampu menahan syahwatnya. Dan yang Aku cegah itu pula adalah adalah lelaki muda. Dia tidak mampu menahan syahwatnya, sebab itulah aku mencegahnya”. (HR. Aisyah)
  • Mengutamakan isteri
"Sesungguhnya Rasulullah mempunyai seorang jiran berbangsa farsi. Dia mempunyai kepandaian memasak lauk berkuah. Dia telah memasak untuk dihidangkan bersama Rasulullah. Kemudian dia menjemput Nabi. Nabi berkata : "Apakah Aisyah dijemput sama?" Dia menjawab: "tidak". Nabi berkata : "kalau begitu, aku pun tidak terima jemputan itu". Dia pun pulang dan datang kembali menjemput. Nabi SAW berkata : "apakah Aisyah dijemput sama?" dia
berkata : "tidak". Nabi SAW berkata : "kalau begitu, Aku tidak akan terima jemputan ini" Dia pulang dan datang kembali lagi menjemput. Nabi berkata : "apakah Aisyah dijemput?" Dia menjawab : "Ya"
pada kali ketiga. Nabi dan Aisyah pun bangun, dan sama-sama ke rumahnya"
(
Anas bin Malik)

Dapat di lihat bagaimana sayangnya Rasul terhadap isteri2 Baginda. Baginda juga tidak senang terhadap lelaki yang memukul isteri mereka. Diceritakan pada suatu ketika Baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia". Rasulullah menyahut "Aku tidak bertanya alasanmu, Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? " 


---> nie lagu best dari Amar (^.^ sini) .. suke dengar =))))) *malas nak upload panjang entry aqu jadi -.- 

*Segala yang di atas hanya di tuju khas untuk pasangan suami isteri! Tiada kena mengena langsung kepada golongan2 yang belum menikah sama ada dah berkahwin @ belum! (maksud tersirat~) Jadi korang jangan pandai2 nak pegang2 tangan la, dok bermanja2 la kalau belum nikah! sekian~


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: