0 penyumbang pandangan

#bab 1 --> inikah takdirnya...

Bab 1
Huh!.. aqu mengeluh dalam diam.. terasa bahang panas cuaca meresap dalam pakaian ku. Berpeluh-peluh badan ku di sirami peluh yang tak henti-henti mengalir. Panas nya cuaca dunia pun tak mampu aqu tahan, bagaimana agaknya azab neraka.. nauzubillah.. Aqu beristifar, hanya azab dunia.. aqu tak boleh merungut!

Perjalanan masih jauh, dalam hati sempat aqu mengutuk diri sendiri kerana terlupa membawa dompet pagi tadi.. Akibatnya aqu terpaksa berjalan pulang dari sekolah hampir setengah batu! Walid la ni suruh aqu cepat-cepat sudahnya dompet aku tertinggal..sempat aqu menyalahkan walid walaupun aqu sedar itu kesalahan ku sendiri kerana terlewat bangun.. haishhh sudah lah dari pagi tadi aqu terpaksa menahan lapar sampai ke tengah hari, balik pulak jalan kaki harap-harap umi masak sedap-sedap hari ni.. Aqu mula membayangkan masakan umi yang tiada tandingan nya.. Umi memang pandai masak! em patut lah walid tak suka makan luar, umi pandai ambik hati rupanya.. terukir senyuman ku dalam diam. Semoga jodoh walid dan umi berkekal hingga ke syurga..

TONNNN!!!
Ya Allah!! aqu terjerit kuat. Terpana aqu melihat lori yang hanya satu meter berada di hadapan ku. Ya Allah, syukur...syukur Ya Allah Kau menyelamatkan aku..aqu memanjatkan rasa kesyukuran pada Nya. 
"Hoi, nak mati pun sempat berangan lagi! Tak sayang nyawa ke?!"
"Erk..maaf bang"
"Maaf?? kalau aqu tak sempat break tadi berguna ke maaf kau tu?!"
Ego nya lelaki nie!marahku dalam hati
"Bang, kan saya dah minta maaf.. lagi pun saya ok.. tak de pape"
"Kalau dah tak de pape tu ketepi la! yang kau berdiri kat situ lagi buat pe.. kau ingat cantik sangat muka kau nak jadi model kat situ" marahnya sambil memukul steering

Cepat-cepat aqu berjalan ke bahu jalan sambil menundukan wajah. Bercampur baur perasaan dalam hati ku, marah, benci, menyampah, malu semua nya berhimpun menjadi satu.. 
"Lain kali jalan tu guna mata, jangan asyik berangan nak kahwin dengan putera raja je" sempat dia memerli ku sebelum beredar. Ego! jeritku kecil.. Macam tu punye orang pun ada dalam dunia nie, besar sangat ke salah aqu sampai nak tengking-tengking macam tu.. biadab! dayus! Pantang betul aqu bila lelaki menegking perampuan kerana kesalahan yang hanya sekecil itu. Muka je hensem tapi perangai macam sampah! masih berbaki rasa marah ku. Sudah la penat, ditambah lagi bahang api!

"Assalamualaikum umi" lemah ku memberi salam. 
"Waalaikumussalam...lambat anak umi balik, ada kelas tambahan ke hari nie?"
"Tak de..sofi balik jalan kaki la umi.." terangku.
"Eh kenapa sofi tak naik bus? sofi tak de duit ye? Kenapa tak mintak pada walid?" soal umi bertalu-talu
Aqu sekadar menjawab dengan senyuman. Sedaya upaya aqu memaniskan muka. "Umi masak apa hari nie? Sofi lapar la umi.."
"Sofi...kenapa ni sayang.. sofi ada marah apa-apa pada walid? cuba cerita kat umi.. Sofi ada masalah?" muka umi jelas mengambarkan kerisauan
"Erm.. apa kata sofi mandi dan solat dulu, lepas tu sofi nak makan nanti sofi cerita kat umi.. boleh umi?" soalku tersenyum
"Baik lah.." umi tersenyum manis
Aqu mencium pipi umi sebelum berlari naik ke atas.. "eiii busuk la anak umi nie..abis umi pun busuk sekali" berdekah ketawa ku. Memang aqu suka bergurau senda dengan umi. Aqu suka tengok umi tersenyum, manis.. hilang seluruh resah hatiku hanya pada senyuman umi. Umi segala-galanya untuk ku. Dialah ibu, teman dan kawan. Aqu cukup bahagia di kurnia umi yang cukup memahami.

Usai mengerjakan solat aqu berdoa.. "Ya Allah pemilik jiwa ini, aqu sentiasa serahkan diri dan keluargaku pada Mu.. aqu sangat bersyukur di kurnia keluarga yang begitu menyayangi dan memahamiku.. aqu pohon pada Mu kau lindungilah mereka dari azab Mu, Kau permudahkan lah urusan mereka dan sayangi lah mereka sebagaimana mereka mengasihiku dari aqu kecil dahulu" laju air mataku menitis ke pipi. Sungguh, aqu sayang keluarga ku! Janganlah aqu jadi anak yang derhaka. Aqu berjanji dalam diri untuk membahagiakan mereka selagi aqu terdaya. Aqu janji! 

"Walid belum balik umi" umi menoleh terkejut
"Terkejut umi.. Erm sekejap lagi walid sampai la tu.. agaknya tersangkut di jalan raya petang-petang nie" balas umi
"ohh.." aqu terus menyuapkan makan. Rasa laparku membataskan niat ku untuk bersembang panjang dengan umi. Alhamdulillah... Kau maha pemurah Ya Allah, dapat jugak aqu menjamah rezeki Mu hari ni. Sekali lagi aqu tidak lupa memanjatkan ke syukuran.. 
Umi asyik dengan kerja nya, dan aqu asyik menjamah makanan. 

Ring!! Ring!!
"Assalamualaikum..."
"Ya, waalaikumussalam.."
"Erm nie rumah En. Sharhan? Boleh saya bercakap dengan Puan Suri?"
"Ye, sekejap ye..." aqu meletak kan ganggang talifon, berlari ke dapur

"Umi, ade boyfriend call la..." ujar ku tersengeh
"Amboi-amboi anak umi nie... kalau walid dengar merajuk nanti, umi jugak yang kena pujuk taw" umi menjeling manja
"Tak pe la umi.. boleh rapatkan kasih sayang..hehhe" aqu makin galak menyakat
Umi hanya tersenyum...

Sedap betul la kek umi masak nie.. kenapa la bakat memasak umi nie tak turun sepenuhnya kat aqu.. ish, jeles betul la aqu dengan umi nie.. teringat aqu kata-kata umi "Perkara yang paling penting dalam rumahtangga ialah air tangan seorang isteri.. dari situ la bertambahnya kasih sayang suami". Aqu tersengeh, malu sendiri.

"Apa!!!!!" teriakan umi bergema
"Mustahil encik..mesti encik salah orang.. saya tak percaya! saya tak percaya!" sambung umi

Bergegas aqu berlari mendapatkan umi.. "kenapa, kenapa umi??.. apa dah jadi??"
"Umi cakap la... apa dah jadi??" soal ku lagi

"Walid sayang... walid kemalangan...walid kemalangan..." suara umi semakin lemah.. Badan umi terjelepok ke lantai.. umi terduduk. Diam. Aqu kematian kata-kata. Ya Allah, bangunkan aqu dari mimpi ngeri ini ya Allah.. beri aqu kekuatan ya Allah, beri aqu dan umi kekuatan!

"Helo encik..boleh saya tahu hospital mana?" aqu menyambung panggilan yang terhenti tadi
Umi masih diam membisu. "Baiklah, terima kasih". Aqu meletak kan ganggang talifon dan terus memeluk umi.

"Umi, jom kita tengok walid... Sofi nak jumpa walid.. Sofi rindu walid.." air mataku laju menuruni. Aqu bangun memapah umi.. Umi masih terdiam tanpa setitis air mata mengalir.. Tabahnya umi! hatiku berbisik.
bersambung...
by suana azhar

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: