0 penyumbang pandangan

#bab 2 --> inikah takdirnya...

Bab 2
"Jauhnya cik adik sofi kita nie termenung"
"Ehh lisa... tak perasan pun kau masuk. Kau nie kadang-kadang macam toyol la, masuk diam-diam je.hehehheh" balas ku slamba. Pertanyaan lisa mematikan imbauan kenangan ku.
"Amboi-amboi suke hati je kata aqu toyol ye. ..Toyol tu botak, aqu nie rambut panjang mengurai.. " ujar lisa sambil mengoyang kan sedikit kepalanya agar rambutnya beralun. Terburai ketawa aqu melihat aksi lisa yang seperti model iklan rambut tak berbayar tu.
"Kalau camtu hantu kak limah la kau nie ye.hahahhaha" ketawa ku makin kuat.
"Ish! malas aqu nak bertekak dengan kau nie.. alih-alih kang aqu jugak yang kalah.. kau tu kalau nak mengenakan aqu ade je idea berbakul-bakul" lisa seakan merajuk. Ketawa ku masih tersisa. 

Nur Lisa qistina, dia lah sahabatku senjak dari alam persekolahan. Selepas kami tamat persekolahan masing-masing mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke menara gading. Aqu dan lisa mempunyai cita-cita yang lebih kurang sama untuk menjadi seorang pereka fesyen. Tak kami sangka rupanya universiti yang ditawarkan kepada aqu dan lisa adalah universiti yang sama..malah course juga sama. Ya Allah, hanya Kau yang berkuasa mengaturkan sesuatu dan terbaik buat hamba-hamba Mu. Aqu berazam menjadi pereka fesyen yang mengetengahkan fesyen muslimah yang mengikut acuan syariat islam. Malu bila melihat ramai pereka-pereka fesyen untuk pakaian muslimah dimonopoli oleh kaum adam. Bukan aqu tidak suke, tapi kebanyakan fesyen yang di ketengahkan adalah dengan memperlihatkan tubuh badan wanita! Mereka seharusnya malu bila menggunakan wanita sebagai "aset" untuk mereka terus maju dalam industri fesyen!

"Berangan lagi ke cik sofi..." lisa memulakan bicara setelah melihat aqu kembali termenung
"Aah.. aqu tengah berangan nak dating dengan abang angkat kau yang hensem tu" aqu mengusik nya
"Kau ada hati dengan abang Im ke?" soal lisa seakan serius
Abang Im merupakan pelajar jurusan akhir bidang kejuruteraan. Tapi entah bila lisa mula rapat dengan nya aqu sendiri tak tahu. Cuma yang aqu tahu lisa suka bercerita tentang abang Im, maka secara tidak langsungnya banyak yang aqu tahu mengenai abang Im.. dari kegemaran nya hinggalah yang dia tidak suka. Baginya abg Im merupakan abang yang paling sempurna, mungkin sikap abang Im yang sangat prihatin dan mengambil berat membuatkan lisa sangat menyenanginya.

"Sofi.... aqu tanya nie.." ujar lisa setelah melihat aqu hanya mendiamkan diri
"Mane ada.. tak de nya aqu nak rebut abang kesayangan kau tu... ashraf muslim aqu lagi hensem" aqu menjawab acuh tak acuh
"Betul??" soal lisa meminta kepastian
"Ye la cik lisa oiiiii.... lagipun dia bukan nya layan aqu sangat, bercakap pun dua tiga patah je. Sebab tu aqu malas teman kau jumpa dia, mesti aqu jadi tiang lampu je.. " aqu sengaja menekan suara bila menyebut tiang lampu. Bukan sekali dua pengalaman aqu menjadi tiang lampu mereka, sudah berkali-kali.. sudahnya aqu yang bosan sendiri. Lisa gelak terkekeh.


"hhehhe.. sory la cik sofi.. kalau aqu pergi jumpa dia sesorang je, nanti tak pasal-pasal aqu kena dengar tazkirah kau tu dah la pedas.. cair taik telinga aqu dengar..." lisa masih dalam ketawa nya..
"Ye la lepas nie aqu tak cakap apa-apa lagi.. pandai-pandai la kau jaga diri. Kau kan dah besar..." ujar ku seakan merajuk.
"Ehhhh ustazah sofia binti sharhan merajuk ke??? Pandai pulak merajuk rupa nya.. ala aqu gurau la sofia.. kau la sahabat aqu dunia akhirat.. aqu mintak maaf okeh" lisa seakan memujuk. Aqu tahu, lisa tak bermaksud dengan apa yang di cakapkan olehnya sebentar tadi. Selama aqu megenali lisa, dia seorang yang mudah menerima teguran. Aqu menghadiahkan senyuman manis buatnya. 

"Sofi... ape yang kau fikirkan tadi? sampai aqu masuk pun kau tak perasan... serius je aqu tengok" lisa kembali serius.
"Erm... tak de apa.. cuma aqu teringatkan arwah walid dan umi. Aqu tak tahu macam mana aqu nak tempuh hidup nie kalau kau tak de dengan aqu dari dulu. Aqu rindu diaorang la lisa.." emosiku sedikit berbaur sedih. 


Senjak walid aqu meninggal 4 tahun lalu, lisa dan keluarganya lah yang banyak membantu aqu dan umi. Namun sebulan selepas walid pergi, umi turut pergi meninggalkan dunia fana ini. Cinta umi dan walid begitu utuh, umpama tali tersimpul rapi.. tak pernah aqu lihat umi dan walid berpisah dalam waktu yang lama, mungkin kerana itu juga ajal mereka tidak terlalu jauh terpisahnya. Allah lebih sayangkan mereka... mungkin Allah ingin aqu menjadi manusia yang tabah dan berdikari. 


"Sabar ye sofi... aqu faham." lisa memeluk ku erat. 
"Aqu tak sempat balas budi mereka... aqu tak sempat bahagiakan mereka.. aqu tak sempat hadiahkan kejayaan ku pada mereka.. aqu tak dapat beri mereka apa-apa" jawabku dalam esak tangis.
"
Sofi... sebagai anak, kau masih boleh berbakti untuk mereka.. Kau boleh sentiasa mendoakan mereka.. Kau pernah bagitahu aqu, ikatan seorang anak dan ibubapa tak kan pernah terputus walau ajal yang memisahkan nya. Kita doakan kesejahteraan mereka di sana ye.." lisa turut bersedih. Serta merta senda tawa sebentar tadi  hilang di bawa masa, kini hanya sedih yang menemani. Aqu mengangguk lemah.
bersambung...
by suana azhar

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: