0 penyumbang pandangan

#bab 3 --> inikah takdirnya...

Bab 3
"Sofi.... kau free tak ahad ni?
"Kenapa? Kau nak ke mana pulak ni..." soal ku
"Ala jalan-jalan tenangkan fikiran...lagi pun exam kan dua minggu lagi.."
"Ewah-ewah kau ingat dua minggu tu macam dua tahun ke cik lisa... aqu banyak lagi belum study nie.."
"Ah tak percaya aqu.. kau tu top student, kalau tak baca pun sure dapat score.."
Lisa memang pandai memujuk, tak pernah aqu tak termakan pujukan nya..acap kali pasti tewas! Aqu dan lisa seperti adik beradik, mana sahaja aqu pegi pasti lisa turut menemani, begitu juga lisa. Sehingga kami di gelar pasangan "couple". Bukan aqu dan lisa tidak boleh berdikari, tapi kami tak biasa ke keluar ke mana-mana seorang diri., lagi pun bukan kah berteman lebih selamat.

"Dengan abang Im?" aqu sekadar meneka
"Hehe aah... boleh la sofi.. abang Im ajak keluar jalan-jalan untuk kali terakhir sebelum dia habis belajar nie.. lepas nie tah senang lagi tak nak jumpa dia.. please..." Lisa seakan merayu
"Dia ajak kau la bukan aqu.." segaja aqu ingin memanjangkan cerita, walaupun pada hakikatnya aqu sudah bersetuju. 
"Ala... tapi kan aqu ajak kau nie.. kira ajak jugak la..." pujuk lisa
"Tak mahu la.. kang dia kata aqu ni muka tak tahu malu, asyik mengacau korang dating je" aqu membangunkan diri dari katil, sengaja aqu menyibuk kan diri dengan mengemas meja. Aqu menjeling sebentar pada Lisa. Berangan minah ni! 

"Ehem ehem... berangan putera "cooler" ke???" aqu mengusik pabila terlihat lisa senyum sendiri

Putera "cooler" merupakan gelaran untuk abang Im disebabkan dia langsung tak boleh tahan makan makanan pedas. Pernah suatu ketika, ketika kami bertiga bersiar-siar di taman KLCC tiba-tiba abang Im terus berlari mendapatkan water cooler yang berdekatan dengan muka yang merah padam dan mata nya berair. Cuak aqu dan Lisa dibuatnya, kami sangkakan dia alah terhadap karipap yang aqu buat, rupanya dia tidak tahan dengan kepedasan inti karipap itu. Senjak dari itu aqu mengelar abang Im sebagai putera cooler. Tapi gelaran itu cuma di gunakan ketika abang Im tidak bersama kami, kalau tidak pasti aqu akan di sekeh olehnya kerana memberi gelaran itu. Berkali-kal juga Lisa menegur ku kerana menggunakan gelaran itu, tapi akhirnya Lisa sendiri terikut-ikut menggunakan gelaran itu.

"Ishh mana ada... pandai-pandai je" Lisa cuba menutup malu.
"Ye la tak de, dah tu yang kau tersengeh sampai nampak segala gigi kuning kau tu pe hal" aqu seakan dapat membaca perasaan lisa terhadap abang Im. Ya, bukan sekadar abang angkat..aqu pasti lisa menyimpan perasaan lebih dari itu! 
"Bayak cerita la kau nie, kau nak teman ke tak nie sofi..." lisa mencapai cermin bedak compact ku di atas meja mencermin giginya. 
Aqu tergelak kecil. "Ye la sayang, aqu teman kan kau ya.. kalau tak teman kang sampai ke sudah kau buat muka tak laku kau tu
"heheh terima kasih sofi...aqu sayang kau" ujar lisa tersenyum puas
"Ye la time ni baru nak sayang. Tapi kan lisa.. kau belanja aqu la erk.. aqu tengah kering nie.. duit tak masuk-masuk lagi la... kalau kau belanja aqu, lagi aqu sayang kau" aqu memerli lisa. Lisa mencebik.
-----------------------------------------------------
"Hello, ha abang.. sekejap ye.. sofi ni lambat sangat la siap. Abang dah kat bawah ke?" lisa menjawab panggilan. Aqu menjeling lisa, pasti abang Im yang menalifon. "Dia yang terlebih semangat nak jumpa, salah kan aqu pulak.." bisik ku

"Sofi... cepat la.. abang Im dah tunggu kat bawah tu. Kau ni macam nenek la, lambat betul" marah lisa
"Ye la aqu dah siap la ni, kau boleh sabar tak.. sobaru minal iman faham.." kelam kabut aqu mencapai tas tangan dan memasukan semua yang perlu.
"Tu la, aqu suruh bangun tadi tak nak.. kan dah lambat" lisa merungut
"Hoi.. lambat 5 minit je la.. yang kau nie emo terlebih kenapa.. aqu dah siap ha" geram pulak aqu dengan sikap lisa yang tiba-tiba resah itu. "tau la nak jumpa buah hati, aqu pulak jadi mangsa dia lepas tension. sekeh jugak minah ni kang" rugut ku sendiri.
"Ok dah cik lisa sayang, jom la cepat.. kang cair pulak cik abg tu duduk lama-lama dalam kereta" aqu memerli. 
Lisa terus mencapai sepatunya di rak, "ok jom" lisa menarik tangan ku. Semangat nya lisa!

"Sory kami lambat, sofi ni.." lisa memuncungkan bibirnya ke arah ku yang duduk di seat belakang. Aqu sekadar membuat muka selamba. 
"Tak pe.. abang faham.. biasa la perempuan, macam-macam nak di dandan" abang Im tersenyum.
"Ha tu la abang, lisa ni je tak berapa nak perempuan tu yang cepat je dia siap" balas ku
"Sofi!!!!!" lisa menjerit geram. Aqu dan abang Im ketawa. 

Seharian kami bertiga berjalan-jalan. Sekadar mencuci mata dan melepaskan tekanan, maklum la peperiksaan akhir lagi dua minggu. Serabut jugak otak nie kalau asyik duduk terperap di bilik. Destinasi kami semua nya shopping mall, dari time square ke mid valley ke sogo dan macam-macam lagi.. sempat juga kami meluangkan waktu menonton wayang sebentar. Walaupun niat kami bukan la ingin bershopping tapi kadang kala tempat-tempat sebegini mampu membuat kan kita ketawa, gembira hanya dengan melihat karenah-karenah manusia yang pelbagai. Kadang-kadang aqu pelik melihat pelayan-pelayan atau sales girl yang berkerja di tempat-tempat menjadi tumpuan sebegini, macam mana agaknya diaorang berdepan dengan ragam manusia yang macam-macam itu. Haishhh satu fasa hidup yang perlu aqu belaja dan fahami jugak suatu hari nanti untuk mencapai cita-cita ku. Bagi aqu keyakinan Ya Allah!.

"Sofi nak minum apa? laici?" abang Im tiba-tiba mematikan khayalan ku. 
"Ha!! Eh lisa mana?" tanya ku terkejut tanpa menjawab soalan abang Im
"Tu tengah tunggu di kaunter... abang belikan air laici ya?"
Aqu sekadar mengangguk. "Bile masa pulak mamat ni berdiri belakang aqu ni.. tadi punya sakan dia jadi photografer tak bertauliah untuk si lisa tu" bisik ku sendiri. 

Sengaja aqu berjalan sendirian di kedai-kedai berhampiran untuk melihat-lihat. Aqu memang tidak gemar bergambar, bukan tidak suka tapi aqu sendiri tidak tahu kenapa begitu segan bila berada di hadapan lense. Abang Im pula merupakan seorang yang sangat minat bidang-bidang photografer ini. Aqu sendiri tidak pasti sama ada berkait atau tidak minat nya itu dengan jurusan kejuruteraan yang di ambilnya. Tapi kebanyakan gambar yang di ambil oleh abang Im pasti menarik dan cantik. 

"Balik jum...." aqu mengajak pulang selepas kami selesai menunaikan kewajipan di surau berhampiran. 
"Eh nak balik dah ke? sekejap nya" ujar lisa
"Sekejap???? helo!!! reti tengok jam tak sayang... dekat 6 jam dah kita keluar nie.. dah pukul 6 pun ha" aqu menunjukan jam kepada lisa
"Ye la, tak perasan masa berlalu cepat sangat..." abang Im membalas
"Tak perasan pe benda, tadi bukan kau ke yang kata dah terlewat nak solat asar.. pelupa ke mamat nie" bisik ku pelahan
"Apa sofi?" serentak lisa dan abang Im bertanya
"Ha??? tak de apa.. cuma kata kalau lambat-lambat nanti, lewat pulak kita sampai kolej.. malas la nak bersoal jawab dengan abang-abang guard hensem tu" aqu cuba cover line
"Betul jugak tu, abang guard tu cerewet nya macam mak nenek siket... pantang lewat 10 minit pun nak kecoh" lisa membuat muka
"Kalau macam tu jom la kita balik.. takut jem pula jalan nanti" balas abang Im

9 pm tepat kami sampai di kolej. Penat yang teramat! Tergendala perancangan ku ingin mengabiskan silibus subject interior design.. haish terpaksa la aqu bermain kejar-kejar dengan masa untuk menghabiskan semua subject sebelum peperiksaan akhir menjelang.. dah la time darurat macam ni la masa tu asyik nak cemburu.


Usai solat isyak, mata aqu terlalu berat.. mungkin di sebab kan terlalu letih berjalan siang tadi. aqu mengambil keputusan untuk tidur lebih awal malam ini. Lisa?? Dia sudah pun di ulik mimpi, mana tak nya dia yang paling bersemangat antara kami. Selamat malam lisa, terima kasih kerana sentiasa mewarnai hidupku.. semoga kasih kita di dunia ini akan menemukan kita di sana nanti.
bersambung...
by suana azhar

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: