0 penyumbang pandangan

jodoh ku milik Nya..

  Subahanallah.... cantik dan sangat istimewa corak hidupku.. sentiasa di warnai insan2 yang memberi semangat, memahami dan saling berkasih sayang.. Benar kata mereka.. Allah tu menciptakan hati dan di limpahkan kasih sayang di dalam nya agar manusia saling berukhwah antara satu sama lain.. =) Syukur ya Allah..


Tapi.. kala usia berganjak dari sehari ke sehari.. soalan wajib yang kerap kali telingan ku dengar "bila nak kawen nie??...".huh.. Soalan yang hanya mampu aqu balas dengan senyuman, walaupun di sudut hati aqu sendiri tertanya² sudah tibakah saat nya aqu memikirkan semua itu?? Sudah bersediakah aqu untuk mengalas segala tanggungjawab itu nanti.. Aqu sendiri masih mencari jawapan untuk semua itu.. ahhhh!!! kenapa satu soalan itu sungguh sukar aqu mendapatkan jawapan nya.. Ya Allah semoga Kau sentiasa memberi pertunjuk kepada hamba mu ini untuk memilih jalan yang terbaik.. sesungguhnya hanya Kau yang maha mengetahui..


Tipu! Ya tipu sekiranya aqu masih tetap mengatakan aqu langsung tidak tertarik pada sesiapa.. Aqu mempunyai hati dan rasa cinta.. Ya aqu tertarik pada "dia".. Dia yang sentiasa ada untuk hari² ku.. Setakat ini, aqu mengharapkan agar aqu akan menjadi bidadari untuk dia di dunia mahupun akhirat nanti.. semoga Allah sentiasa memandu hubungan kami ke arah yang terbaik.. Tidak perlu aqu kuatir sesuatu yang tidak ku pasti penghujungnya takdirnya.. Aqu serah segalanya kepada Nya.. Kerana aqu sentiasa yakin jika ada jodoh antara kami, walau mana/jauh pun kami tetap bersatu.. namun jika tiada jodoh, walau didepan mata sekali pun pasti kami tak ada di pertemu..


Pengenalan aqu dan dia tak pernah aqu duga.. hanya sebagai rakan sepejabat akhienya dari aqu mengaku ada satu perasaan yang hadir.. ternyata ukuran masa tidak membataskan kasih sayang untuk hadir. Tapi.. aqu tidak mahu terlalu leka dengan perasaan sendiri.. biar rasa ini aqu simpan sehingga aqu pasti dia memang lah pemilik tulang rusuk ku..


Jauh di sudut hati, aqu sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk kami.. Ya Allah, jika Kau telah menetapkan jodoh antara kami.. Kau pelihara dan satukan lah hati kami.. Namun sekiranya Kau telah menetapkan ada "sesuatu" yang lebih baik antara kami, Kau berilah kami kekuatan dan kesabaran agar kami redha dengan setiap ujian Mu.. =)


Rindu itu derita namun tetap terlahir rasa bahagia, kerana rindu itu separuh dari nafas cinta..



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: