0 penyumbang pandangan

Perempuan bukan materialistik!

  Perempuan =  materialistik??? Ok, asalnya aqu tak nak sentuh pasal isu nie.. sebab aqu konfem dah beribu² blogger yang dok menghukum, menilai, mengperspektifkan dan meng macam² lagi la.. *sebab tu agak ketinggalan siket entry nie*. Tapi bile aqu bace kebanyakan blog², boleh di kata hampir 90% blogger lelaki menghentam habis-habisan "awek" tu berkenaan isu nie.. yang blogger perempuan pulak ade yang kata memalukan kaum wanita.. Wahhh besar tul isu~ *p/s : kenapa isu macam nie sangat la orang kita sensitif.. padahal tak babitkan perkara yang melanggar hukum agama pun.. tapi bile part isu² agama sume pakat buat² tak nampak. Contoh pegang tangan sesama yang bukan mahram, kenapa tak masuk paper pun??? bile artis dok peluk² dalam drama sume tu kenapa tak jadi isu pun??? ~.~ 


nie isu yang hangat di kata kan tu~
So aqu tak nak sentuh banyak pasal kenyataan "awek" tu.. cuma nak komen siket je pasal "awek" tu.. rasa nya kalau penggunaan bahasa dia lebih sopan, ade kemungkinan orang tak terlalu pandang serong pada dia.. Betul kan??? Sebab tu orang kata bahasa melambangkan bangsa.. *macam ler aqu nye bahasa sopan sangat kan..hahahha ;p*. Silap dia kat situ dia menggunakan perkataan "STANDARD". Ye la.. bile kita menggunakan perkataan tu, kita perlu tahu yang kita perlu lebih hebat dari orang/sesuatu yang kita pertikai tu. So bile dia dah terguna perkataan tu, maka ramai la blogger² yang hentam balik "ko standard sangat ke", "ko macam anak dato".. Jadi pandai² la guna bahasa yang sesuai erk.. ^.^

Berbalik pada isu perempuan = materialistik.. Ye ke??? Tak kan pasal demand kereta je nak cop perempuan tu materialistik??? Tak logik kot! Kalau mintak rumah pun aqu rase masih ade kelogikan dalam permintaan tu.. lain la mintak gelang sampai ke siku, tu baru tak logik sebab tak de manafaat nya.. 


So kenapa lelaki mudah sangat cop perempuan nie materialistik?? Mudah je jawapan nya, mungkin sebab pemahaman perkataan "materialistik" bagi seseorang lelaki berbeza dengan perempuan.. Apekah??? Macam nie, bagi seorang lelaki.. seorang perempuan di anggap materialistik bile mengejar harta.. Namun bagi seorang perempuan materialistik bukan mengejar harta, tapi melengkapkan keperluan.. Tak faham??? -.- ish... 

Ok la, tuk sume wanita² la kan.. cuma tanya balik kat diri anda.. tanya dengan sejujur² nya.. kalau di beri pilihan, betul ke anda sanggup tuk hidup dengan serba kekurangan??? Bayang kan anak 6 orang, cuma ade motor.. sanggup korang nak gi memana naik bus je selalu??? sanggup korang nak naik train yang berpusu² orang tu dengan keadaan korang kena angkut anak 5 6 orang tu??? Tak kan...

Bagi seorang lelaki pulak... Perkahwinan merupakan tahap di mana anda berada dalam keadaan yang boleh di kata agak stabil kan.. ok la kalu ada motor masa awal
² perkahwinan, tapi sekurang² nya selepas 2 tahun perkahwinan anda perlu sedar yang memang anda perlu ada sebuah kereta.. tak payah kereta yang mahal, cukup sekadar kereta tuk keperluan keluarga.. 

Kita tak boleh lari dari fitrah idup zaman moden nie.. memang kenderaan persendirian sangat penting bagi yang dah berkeluarga.. Jangan bandingkan pada zaman Rasulullah.. zaman tu kenderaan nya adalah unta.. tapi sekarang kita ade highway.. larat ke korang nak menapak sepanjang highway tu nak balik kampung??? kalau nak menapak setakat dari danau kota ke batu cave aqu boleh konsider lagi.. nie yang kampung kat perlis ke, terengganu ke..camne??? bertapak la korang berhari².. 

So tak salah pun kita memandang harta, cuma jangan terlalu berlebihan.. cukup sekadar memenuhi keperluan... lagipun sebagai seorang perempuan memang sepatutnya perlu memilih seseorang lelaki yang mampu membimbing dan menjaga segala keperluan mereka.. 

Cuma mungkin ada ramai yang percaya hanya dengan cinta akan bahagia selamanya.. kalau mereka sanggup, tak pe la.. hak masing² tuk memilih, kerana diri sendiri yang akan melalui kehidupan tu nanti bukan orang lain.. ape pun jadi akan datang sumenya adalah atas pilihan kita, jadi tak kan wujud istilah menyesal walaupe pun jadi okeh!

*Sebaik nya minta la petunjuk Allah sama ada dia benar² untuk kita atau tidak.. =) 
p/s : kalau perempuan tak boleh demand pape sepatutnya kita buat balik macam perempuan zaman dulu dok umah je urus umah tangga.. ;)

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: