0 penyumbang pandangan

wahyu terakhir..

  Ehem² lame pulak rasenya aqu tak jadi ustazah yang tak berape bertauliah kan..hehhe So arinie aqu nak add up satu lagi kisah anbia ye.. di sebab kan sekarang musim haji, maka aqu nak cite tentang kisah yang bersangkut paut siket la dengan musim haji..


Korang taw tak kat mana dan bila ayat al-quran terakhir di turun kan??? Taw²??? Sepatut nya kita perlu taw tentang yang nie... sebab??? Of course sebab utama nya Al-quran tu kan panduan hidup kita maka kita perlu taw serba sedikit tentang ke wujudan nya... Sebab ke dua?? sebab ke dua nya kerana time nie la time yang paling menyedih kan bagi sekalian sahabat² Nabi SAW dan para umat islam.. kenapa sedih??? sepatutnya gembira la kan sebab al-quran dah lengkap.. ha tu yang nak cite nie.. =)


Ayat terakhir al-quran yang mane???? Surah Al-maaidah ayat 3 okeh.. Ayat di di turun kan lepas waktu asar pada hari jumaat and di turunkan kat padang Arafah.. kire ada penghabisan musim haji..  Setelah itu JIbril bertemu Rasulullah dan berkata: "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah aku sempurnakan urusan agamamu maka terputuslah apa yang yang di perintah oleh Allah dan demikian juga apa yang di larang oleh Nya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu".


Setelah Rasulullah mengumpulkan para sahabatnya dan menceritakan apa yang di beritahu oleh malaikat Jibril, maka para sahabat pun tersangat la gembira sambil berkata "Agama kita telah sempurna!". Namun bagi Abu Bakar yang merupakan sahabat paling akrab dengan Rasulullah tidak dapat menahan sebaknya lalu pulang ke rumah dan menangis. Para sahabat telah berjumpa dengan Abu Bakar lalu bertanya: " Wahai Abu Bakar, apakah yang membuatkan kamu menangis? sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempurna".


Maka Abu Bakar berkata: " Wahai para sahabat, kamu semua tidak tahu musibah yang menimpa kamu.. Tidak kah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukan perpisahan kita dengan Rasulullah. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri Nabi menjadi janda".


Apabila Rasulullah tiba di rumah Abu Bakar maka bertanya Rasulullah kepada para sahabatnya: " Wahai sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?". Ali pun berkata: "Ya Rasulullah, Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa wafatmu telah dekat. Benarkah ini Ya Rasulullah?". Lalu Rasulullah bersabda: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar adalah benar dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat".

Raulullah pernah bersabda : 
" Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang. Dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat.. yang satu daripadanya pandai berbicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang  pandai berbicara itu adalah Al-quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-quran dan hadisku.. sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutlah dia dengan mengmbil pengajaran dari mati"

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: