0 penyumbang pandangan

#bab 5--> inikah takdirnya...

Bab 5

"Fuhhh Fuhh" aqu meniup pintu di depan ku. Tertera nama Dato Ismail selaku ketua pengarah. Banggunan sebesar 7 tingkat, teguh berdiri di tengah-tengah kota yang sarat dengan pelbagai ruang untuk menusia mencari rezeki. Erm mungkin bukan rezeki aqu lagi untuk menjadi pereka fesyen, tapi tak apa lah apa salahnya aqu muncuba menjadi kerani sementara di sini. Bukan dunia yang aqu kejar tapi keredhaan Nya dalam tiap urusan yang aqu lakukan di dunia ini..asal rezeki halal, apa salahnya. Teringat perbincangan aqu bersama lisa malam semalam..

 "Betul ke kau nak pegi temu duga tu sofi?" tanya lisa. Leka aqu menyiram pokok-pokok bunga yang sedang mekar di halaman rumahku. Baru dua bulan aqu menanamnya, sepanjang tempoh itu juga lah aqu menjadi penganggur setia di bumi tuhan ini. Penat aqu mencari ruang untuk aqu memulakan pengalaman ku dalam bidang rekaan, ingin aqu curah semua yang telah aqu pelajari..namun belum masa nya. Rezeki ke arah itu belum milik ku. Aqu redha. 

"Aah" jawab ku pendek. Aqu nekad, apa pun aqu perlu mencuba. Itu tetap rezeki. Walaupun pekerjaan yang di tawarkan hanya sebagai seorang kerani. Serendah mana pun pekerjaan itu, jika rezekinya halal pasti tinggi darjatnya di sisi Nya! Buat apa aqu perlu terlalu memilih, sedangkan aqu sendiri tidak pasti rezeki yang tuhan limpahkan untuk ku keesokan hari. Ya aqu yakin! Mungkin tuhan ingin menguji keteguhan iman ku pada Nya. Mungkin tuhan ingin aqu bermula dari bawah! Mungkin juga hikmah nya tuhan tidak mahu aqu menjadi manusia yang lupa diri!

"Weh sofi.. kau dah fikir elok-elok ke? Kau tu degree holder tau.. bidang pun pereka fesyen, yang kau menyimpang jauh sangat tu kenapa.. bawa-bawa lah kembali ke pangkal jalan. Kau layak dapat pekerjaan yang lagi setaraf dengan jurusan kau tu" ujar lisa. Dia masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang aqu buat. Erm.. itu lah manusia, mengejar pangkat. Hina sangat kah pekerjaan yang sekecil itu. Tapi aqu tak salahkan lisa, betul juga katanya.. bertahun- tahun aqu berusaha keras untuk memegang segulung ijazah, teringin juga aqu mendapat sesuatu yang setimpal dengan usaha ku itu. Sabar sofi.. tuhan sentiasa bersama hambanya yang sabar.

"Kau ingat aqu nie sesat sangat ke. Ok la tu.. sekurang-kurang nya pekerjaan tu halal. Kau taw, orang yang bekerja sebagai tukang kebun tu pun sebenarnya lagi tinggi darjatnya dari kita tau. Dia berbakti pada bumi tuhan, dia menjaga makhluk tuhan yang lain. Kalau nak di bandingkan dengan yang pangkat-pangkat besar tu, kebanyakan berbakti untuk diri sendiri je.. itu pun still makan rasuah. Biar hina di mata manusia, asal di pandang tinggi oleh Nya. Syukur tuhan tu nak bagi rezeki tau" bebel ku panjang lebar. 

"Ok-ok aqu salah. Kau nie aqu cakap sikit je, tazkirah kau berjela-jela. Siap tambah nak sindir-sindir lagi. 2 in 1 kau bagi..makan dalam kau tau. Aqu rasa kan kalau esok kau tak dapat jawatan kerani tu, kau mintak je la jadi ustazah kat sekolah pondok ujung kampung kita tu. sesuai u..." lisa menyambung.

"Ha boleh jugak tu, aqu tengok kat sana pun ramai juga ustaz-ustaz hensem.. boleh aqu pick satu buat calon" aqu berseloroh

"Wah tak sabar nak kahwin ke kak oi.. tunggu aqu la, kita naik pelamin sama-sama baru kawan sehidup semati. Jimat bajet lagi.hahhahah" berdekah ketawa kami berdua. Erm syukur aqu panjat kan. Tiada apa yang dapat mengantikan persahabatan yang telah kami bina. Lisa..walau hati aqu yang kau minta nescaya akan ku beri kerana ikhlasnya aqu dalam menyayangi mu! Kau sahabat aqu.

"Cik, cik.." tegur ain. Pembantu peribadi Dato ismail agaknya. Cantik, cuma mungkin terlalu seksi. Kenapa lah wanita terlalu mudah mempertontonkan maruah mereka.

"Erk.. ye?" aqu mengaru kepala tak gatal. Sedar kesilapan ku. Aduh boleh mengalamun depan pintu nie..kau punya pasal la ni lisa.

"Masuk la.. tak payah jampi lama-lama sangat.. Bos saya tu baik orangnya" nada gurau jelas digunakan. Membuat aqu sedikit tenang.

"heheheh ok-ok.. terima kasih ya" ujar ku sambil tersenyum malu. Aqu mengetuk pintu tanda hormat.

"Masuk" hanya sepatah kata itu yang aqu dengar. Tegas.

Saat melangkah masuk, terpegun aqu melihat pemandangan di dalam bilik tersebut. Tersusun rapi. Penuh dengan kreativiti dan seni. Erm pasti menggunakan khidmat mana-mana pereka dalaman. Sempat aqu memberi pandangan di dalam hati. Aqu melangkah ke meja. Terpandang sebuah ukiran tulisan simple yang tertulis "senyum itu sedekah, bersedekahlah seikhlasnya". Aqu tergelak kecil.

"Erm awak nak berdiri sampai bila?" soal nya. Seorang yang berbadan separuh besar, em agaknya sebab dah berkahwin..kata orang lelaki kalau dah berkahwin makin ke depan perutnya..bahagia katakan.

"Ha?? Erk encik tak suruh duduk lagi.." jawab ku serba salah. Cepat-cepat aqu menarik kerusi, duduk. 

"Kalau macam tu saya cuma suruh awak masuk sahaja tadi, jadi kenapa awak berjalan sampai ke sini?" soal nya selamba.

"Ha??? erk..." aqu mati kata-kata. Menggaru kepala tak gatal. Apa hal dia ni, loya buruk pulak.. kang terkeluar jugak idea-idea wayar putus aqu nie.

"Erm..saya dah baca resume awak. Awak mempunyai ijazah dalam bidang rekaan, kenapa awak tak menggunakan nya? Kan lebih bernilai." soal nya sambil merenung tepat muka aqu.

"Erm sebenarnya saya saja nak menimba pengalaman.. nak belajar selok belok ragam manusia ni, baru senang bila nak melangkah ke dunia fesyen nanti" jawab ku penuh yakin. Tah mana idea tu aqu dapat, mujur terlintas. Muka kena confiden beb!

"Tapi jawatan awak pohon ni terlalu rendah, kerani.. awak rasa awak mampu?

Haishhh ni lagi sorang, sekepala je dengan si lisa tu..kalau tak de kerani, mana syarikat kau nie nak maju. Aqu  bermonolog. "Erm kalau dah encik kata jawatan tu terlalu rendah, jadi saya rasa saya mampu" ujar ku tersenyum. Mungkin berbunyi sedikit sindirin, aqu memaniskan muka.

"Ok, awak boleh mula kan tugas minggu depan" kata-kata yang seperti arahan. Berbunyi tegas namun masih di sulam dengan senyuman.

"Ha??? Betul ke encik? Makna saya di terima???" Soal ku semangat. Hanya anggukan dan senyuman nya menjawab pertanyaan ku.

"Oh terima kasih encik, terima kasih banyak-banyak sebab bagi saya peluang" ujar ku lagi. Aqu tersenyum girang. Tak sangka rezeki Allah beri semudah itu.

"Awak boleh tanya and berbincang dengan ain untuk selanjutnya" arahnya nya.

" Terima kasih encik. Terima kasih sekali lagi.." Aqu bangun keluar. Erm memang kena betul ukiran tu dengan tuan nya, pemurah dengan senyuman.. patut la muka awet muda, walaupun nampak sedikit di mamah usia. Kalau semua bos kat Malaysia macam ni kan best. Bisik ku sendiri. Alhamdulillah, perjuangan ku baru bermula!

-------------------------------------------------------------------------------

"Assalamualaikum sayang" ujar ku ketawa.

"Waalaikumussalam daling. Wahh ada story hot ke.. gembira semacam je. Kau dapat dah erk kerja tu?" soal lisa bertubi

"Aah.. aqu tengah lepak kat kedai Haslam nie.. ujung office kau ni. Mai la datang lunch dengan aqu" sengaja aqu singgah di restoran itu, niat ingin membuat surprise pada lisa.

"Aduh, minta maaf sofi.. tak boleh la, aqu banyak kerja lagi belum siap ni. Tapi apa kata malam kang aqu datang rumah kau..?" soal lisa lagi

"Em ok, tak pe la kalau macam tu. Kau sambung buat kerja tu, jangan lupa lunch pulak. Aqu tunggu kau kat rumah nanti" balas ku

"Ok, masak sedap-sedap ye sayang.. abang lapar la balik kerja nanti" kedengaran lisa ketawa 

"Ye la abang.. jaga diri tu. Assalamualaikum" malas aqu melayan lisa. Kang makin di layan memang panjang jadi nya. Dia juga yang kata banyak kerja, tapi sempat nak bergayut.

"hehehhe ok. Waalaikumussalam" talian di matikan.

bersambung.....
by suana zhar

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: