3 penyumbang pandangan

haram + halal = halam

 
Wooooha~
Sape nak debat pasal couple dengan aqu????
Meh2!!!! 
Pantang melayu di cabar! *macam pandai sangat aqu nie.huhu -.-*
Maaf kan hamba yang hina ini >.<

Ok! Abaikan pasal perdebatan aqu tadi...
Aqu gurau deh..
Tapi kan.. aqu ade hadiah tuk mereka yang tengah couple.. ;)
Tapi tuk yang tak bercouple, tepuk tangan tuk korang...

Nak taw pe tak????
Kalau nak... buleh terus bace..
Kalau tak nak, nampak button merah bentuk "close" tu??? maka paham-paham.. 
Hahahah aqu gurau... please all my reader stay tuned ok.. :)

Hadiah nye ialah......
v
v
v
bace nie sampai habis dulu.....

Kisah nya bermula dari Syafiq dan Safura belajar bersama-sama di satu sekolah.. Lama kemudia, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya yang cantik dan wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Memang cantik! Tapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh luahkan perasaan pada Safura kerana bimbang akan di tangkap oleh AJK maksiat. Beberapa tahun berlalu... Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia tidak mampu lagi menahan rasa hati nya maka dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya untuk ber"couple".

Walaubagaimana pun, mereka sedar yang mereka adalah orang islam. Dalam islam tidak membenarkan  umatnya couple-couple sebelum pernikahan. Jadi mereka berpakat untu membuat satu revolusi dalam couple iaitu "COUPLE ISLAMIC".

Maka asal keluar je, mereka pergi ke tempat terbuka, tak main tempat gelap-gelap.. Bukan tu je, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pulak pakai serban dengan jubah. Dan apabila keluar, tujuan nya bukan lah untuk buang masa, malah keluar bawak Al-Quran. Berhenti di kedai makan, belajar ilmu-ilmu agama. Bila berjalan, tidak pegang tangan, tapi mereka ikut cara nabi Musa. Lelaki berjalan di depan, perempuan di belakang.  Bila balik rumah, miss call pagi-pagi. suruh qiamullai katakan! Hah! kan dah dengar ala-ala islamic tu...

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Masa ni Syafiq ngan Safura tengah tadarrus kat RFC. Muhammad tiba-tiba datang sebab tiada tempat duduk.

Bila dah duduk tu, Muhammad tanya, " Have you married?"
"No", jawab Safura
"So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad.
 "Kitorang couple, tapi islamic way" jwb Syafiq.
Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu.

 Muhammad pun menjawab...
"aqu nie mualaf. Asal dulu aqu kristian. Tinggal di singapore. Dulu, aqu suka gilesss makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aqu... Pernah sekali ibu aqu lupa beli babi, aqu masuk wad malam tu. Tetapi alhamdulillah, Allah bukak pintu hati aqu untuk terima hidayah-Nya. Bila aqu masuk islam, aqu dapat tahu, dalam islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aqu camne aqu nak wat.. Seminggu aqu masuk hospital lepas masuk islam.

Akhirnya, aqu jumpa satu jalan keluar. Aqu nak islamkan babi tu. Aqu beli seekor anak babi. Dari kecik aqu jaga dia. Seekor lalat pun aqu tak bagi dekat. Setiap jam ak mandikan dia. Lepas 3 hari, aqu bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap2 hari ak bagi tazkirah kat babi tu. Camnilah kehidupan aqu dan babi tu buat selama 2 tahun. Lepas dua tahun, mase yang ditunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Lepas tu, aqu pun masak la. Tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan, muka macam lapar je... Aqu pun ajak la dia makan. "Ustaz!! jom makan. Babi islam ni"...

So korang rase Muhammad tu dapat tak flying kick dari ustaz tu????
Klu benda tu dah haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...
So... tu la hadiah nye, sebuah cerita~ Tak de istilah "halam" dalam islam.. Sebelum aqu beredar *skema ayat* aqu tinggalkan sepotong hadis untuk renungan bersama..

" Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram seperti pengembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat-laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNya.
Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rusak, rusaklah jasad seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati"
(HR Imam Bukhari dan Muslim)
 
*resourse = link, (sedikit perubahan bahasa di lakukan kerana mengkuatiri ketidak fahaman pembaca.. gilessss skema ayat aqu -.-)

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
3 Comments

3 00 rajin nak comment:

my stories said...

entry ni memang best..walaupun simple tapi tetap ada mesej yang tersendiri.

Azmie said...

kelasss ko jah..!! :)

Dylla Abas said...

alahai..tak pernah dengar pula konsep Islamic Couple tu..walaupun niatnya baik,tapi kaedahnya tetap tak betul kan...wallahu'alam

bagus entri ni...boleh muhasabah diri :)