1 penyumbang pandangan

hebatnya roh orang beriman


Lame erk aqu tak sentuh entry tentang kisah-kisah anbia nie.. 
Tak pe hari nie aqu rajin kan diri ^.^
So hari nie kisah pe??
Ok kisah tentang kematian...
*aqu terdengar pasal kes kematian, so terlintas nak tulis entry nie*

Sudah kita ketahui bahawa jika sudah sampai masa nya untuk kita kembali kepada Nya, maka tiada sesaat pun terawal mahu pun terlambat.. Malaikat maut akan menjalankan tugas nya dengan sempurna. 


Di kisah di dalam sebuah hadis, ketika malaikat maut datang untuk mencabut roh orang mukmin yang beriman, pelbagai cara telah di lakukan tetapi tiap amalan orang beriman tersebut di dunia telah membantunya. Kisah nya...


Ketika malaikat maut ingin mencabut rohnya dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu lalu berkata: Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah
Maka setelah mendengar jawapan tersebut, maka malaikat maut kembali kepada Allah dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah berfirman: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain
Sesudah malaikat maut mendapat perintah Allah maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin itu dari arah tangan. Tetapi keluar pula sedekah dari arah tangan orang mukmin itu berserta usapan kepala anak-anak yatim dan  penulisan ilmu. Maka berkata tangan: “Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan
Di sebab kan penjelasan tersebut, maka malaikat maut cuba menarik roh tersebut dari arah kaki. Tetapi kaki telah berkata berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu
Setelah itu, malaikat maut cuba mencabut roh orang mukmin dari arah telinga, dan berkata lah telinga: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.
Akhir nya malaikat maut cuba mencabut roh tersebut dari arah mata namun berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah”.
Apabila malaikat maut gagal mencabut roh tersebut dari segala arah maka malaikat maut kembali kepada Allah. Dan Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat Ku, tulis asma-Ku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu”.
Setelah mendapat perintah Allah itu maka malaikat maut menghampiri roh itu dengan menunjukkan asma Allah. Maka melihat asma Allah, terbit lah rasa cintanya kepada Allah maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
1 Comments

1 00 rajin nak comment:

Dylla Abas said...

subhanallah...orang2 begini memang syurga la tempatnya..