2 penyumbang pandangan

istikarah dalam jodoh


Selamat malam malaysia!!!
Aqu kembali lagi dengan entry berkait jodoh-jodoh nie..
Tak habih-habih aqu kan bab jodoh ler nikah ler -.-
Maaf.. >.<
Jangan salahkan aqu
Member aqu dok tanye, maka aqu jawab mane yang aqu buleh kongsi..
Ilmu nie sume milik Allah, maka aqu tak molek aqu nak simpan je..
Maka sampaikan kepada anda-anda sume ye..
(sharing is caring :) )


Solat istikarah... Pe yang korang faham??? Yang aqu buleh kata kan, kebanyakan nye pemikiran masyarakat kita nie, bile sebut istikarah je mesti zapppp pasal jodoh. Aqu ulang ye, kebanyakan BUKAN semua. Kenape jadi macam tu??? Sebab nye ustaz ustazah pun bile cerita pasal istikarah je mesti contoh yang di ambik berkaitan jodoh.. Tu yang jadi nye kebanyakan manusia nie faham istikarah je mesti soal jodoh.

So sebelum aqu relate kan istikarah nie dengan jodoh, aqu nak selitkan la yang sebenarnya solat istikarah nie sangat luas.. sangat sangat sangat luas! Pelbagai urusan kita buleh buat, contoh nye time nak beli rumah ke, nak pinjam loan ke hape ke.. yang berkait masa depan. Macam yang kita tahu, solat istikarah nie kita lakukan bile kita perlu keputusan untuk membuat pilihan, so di sebab kita nie hanya hamba maka kita memerlukan Pencipta membantu kita dalam membuat keputusan.. kerana ape??? Kerana hanya Dia yang maha mengetahui! *macam ustazah tak??* 

Tapi!!!! Ha... ade tapi kat situ..ingat ye, istikarah nie di buat untuk perkara yang besar! Jangan pulak pi buat istikarah sebab tak taw nak pilih makan lunch kang nak makan nasi tomato ke nasi ayam =.= *memang aqu sekeh berkali-kali kepala tu kang..* istikarah di buat melibatkan pekara yang besar, bidaah kalau di buat hanya kerana perkara kecik.. take note ye =) Ehhh bukan bermakna kita ingat Tuhan time kritikal je... no bukan tu, tapi kalau dah setakat nak beli roti canai ke roti nan ke, tak payah la sampai nak buat istikarah -.-

Ok now time aqu jawab soalan kawan aqu tu. Dia tanye 3 perkara :-
  • Perlu ke istikarah (wajib or tak)
  • Macam mane dapat jawapan tu
  • Kena ikut jugak ke jawapan yang akan kite dapat tu
Aqu jawab satu-satu la ye... *p/s : nadia, satu jawapan seringgt ok!hahhaha*
  • Perlu ke istikarah 
Ok, solat istikarah nie bukan la wajib.... faham dulu makna wajib tu =) Wajib tu bermakna tidak boleh tidak, kena buat jugak melain kan ade sebab yang di benarkan. So tak de hadis ke dalil-dalil ke yang kata tak buat solat istikarah nie berdosa.. lagi pun refer pade niat solat tu "Sahaja aku sembahyang sunat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala". Jadi dah terang-terang perkataan "sunat" dalam niat tu, macam mane buleh jadi wajib pulak kan.. Tapi kalau ikut fitrah kita sebagai manusia nie, macam yang aqu kata pe pun kita tetap memerlukan Pencipta.. hanya dia yang mengetahui segalanye.. So aqu saran kan solat la... kerana hanya Dia yang dapat memberi jawapan terbaik. Sebab Rasulullah pernah bersabda "Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu......"
  • Macam mane dapat jawapan tu
Ok tentang macam mane dapat petunjuk/nak tahu jawapan dari solat tu, aqu tak dapat la nak konfem... bukan nye mase korang buat solat tu ade kena isi butiran dulu nak jawapan melalui pe kan.. Pe yang buleh aqu kata, Allah kreatif... Kenape??? sebab macam-macam cara Dia buleh bagi kat kita.. mungkn mimpi, mungkin gerak hati.. or macam-macam, kita sendiri tak tau.. =)
  • Kena ikut jugak ke jawapan yang akan kite dapat tu
Erm.. pe guna kita buat kalau tak percaya kan??? Tu je soalan aqu nak tanye.. Jangan risau, walaupun sekuat mane pun kita sayang sesuatu or kepercayaan kita untuk memiliki sesuatu tu.. Dia tetap lebih mengetahui dari kita.. Sebab tu Rasulullah ajarkan membaca doa nie selepas istikarah :- 
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini  membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka jauhi lah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.. Engkau maha kuasa atas setiap sesuatu"
Sangat cantik kan doa tu??? Maka ikut la pe yang di ajar Baginda, Insya Allah segala nya di permudah kan.. =) wallahualam...

*sebab tu kita di ajar supaya tidak mencintai/menyayangi sesuatu di dunia melebihi had nye.. agar kita mudah redha dengan ketentuan Nya.
aqu suke dengar lagu nie :)

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
2 Comments

2 00 rajin nak comment:

Dylla Abas said...

suka dengan ayat "Allah itu kreatif"...memang betul..setuju 120%

apa pun yg penting niat kan.kita buat istikharah sebab nak memohon petunjuk daripada-Nya.biarlah kita ikhlas dalam menunaikan istikharah tu :)

Suana Zhar said...

@Dylla Abas

yup :)... Allah tu sangat kreatif sampai kadang-kadang manusia terfikir pe yang terjadi tu pelik, tapi hakikatnya manusia yang lemah..