0 penyumbang pandangan

m'dambar cinta dlm redha Nya


Hening malam terasa sunyi,
Embun pagi menyejuk bumi,
Air mata menitis kerna Mu Ya Rabbi..
Sujud ku mengadap Mu Ya Hadi,
Dalam mencari cinta ilahi..


Ketika cinta Nya berombak hebat di dada..
Menguji keteguhan iman sang hamba,
Mempertaruh sebuah harapan,
Dalam mencari makrifat kehidupan..


Sedang kaki mengorak langkah..
Menuju cinta sang Pencipta,
Tetap ku tidak terlari dari fitrah,
Jatuh cinta pada manusia..


Hati menjerit meluah rasa,
Nafsu melonjak mengungkap kata,
Namun ku bataskan dengan keimanan yang masih bersisa,
Mengunci bibir menghenti bicara..


Luh mahfuz menjadi saksi,
Kekuasaan Mu ya ilahi,
Kasih Tuhan yang akan menyatukan kami,
Membuatkan aqu terus sabar menanti,
Sang adam di sana,
Sebagai imam dalam masjid yang kan kami bina berdua..


Irama kasih mengalun rindu,
Mengukir sebuah birai cinta,
Membingkai sayang antara kita,
Mengharapkan pengakhiran yang di sebut bahgia..
Amin..
nukilan : suana zhar

*Aqu pinjam bakat A.samad said jap.. ;) Tak payah la kan nak buat muke over terkejut! -.- Pelik sangat ke aqu mahir buat sajak menyentuh jiwa tuh.. ;p  wehh walaupun BM aqu nie kurang memberangsangkan (sedar diri) tapi nie bukan first time aqu buat taw.. dah beberapa karya dah aqu sumbangkan kat majalah sekolah aqu dulu ^.^ cume malas je nak bergiat aktif..kang tergugat A.samad said tu... ~.~

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: