0 penyumbang pandangan

seloka ramadan by suana ^.^



Assalamualaikum pembuka wacana,:1:
ahlan wahsahlan kepada ramadan,
dalam :h: manyak syukur plus giless gumbira,
sebab kita semua masih berkesempatan..

tak de kredit nak hanta mesej, :54:
dollarabis sebab tak kerja, 
jadi sambil2 makan sosej, 
buatkan korang sebuah seloka..


 jenuh bonda ingatkan ganti puasa, 
sekarang baru nak :nangis:macam zombi,
nyesal pun dah tak guna, 
taun depan buat lagi aqu bagi penampar sekali.. 


 soksek2 bunyi bicara,banyakckp
dari jauh kak kiah datang bawa cerita, 
tak payah sibuk dek nak mengata,
 gunakan masa dengar ceramah agama.. 


 sana sini kuih raya,
baju raya tak payah cerita, 
tu semua nafsu semata,twisted 
ramadan kan baru nak mula.. 


 tak cukup :116: guna kaki, 
pohon ampun segala dosa,
kalau masih ada hutang berbaki, 
mintak halal kan je la ya.. 


 akhir kata menutup bicara, 
main mercun jangan dilupa,
apa barang kata tu langgar undang2 negara,
kalau tak berani jangan banyak cerita~jelir

:101::125::101::125::101::125::101::125:

:65: SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL- MUBARAK:66:
IKHLAS DARI NUR SUHANA SEKELUARGA



*hati2 :50: kampung ye..ingat orang tersayang! :face19: sayang korang!

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Tidak percaya Tuhan!

Ha arinie aqu nak cerita tentang kisah yang tak aqu pasti bile kewujudan nya.. maksud aqu dari segi tarikh and waktu kejadian la..hihi Al-kisah nya bermula...tng ting ting..


Di sebuah tanah arab dulu2.. (sebuah?? o.0) tinggal lah manusia..memang la kan.. ok2 serius ha.. kisah nya macam nie, kat negeri tu tinggal la seorang yang di panggil ateis.. apakah ateis??? ha ateis bermaksud tak percaya kewujudan tuhan la... kira dia percaya yang alam, manusia semua benda nie terjadi dengan sendirinya.. kalau ikut zaman sekarang nie lebih kurang ayat nya "tak de agama" la kot..


So orang yang di maksudkan tu ialah seorang pemuda.. (belum berkahwin atau tidak, tak dapat di kenal pasti) Pemuda nie jenis yang memang terang2an la menunjukan yang dia seorang yang ateis.. so bile dah macam tu, penduduk2 pun risau la sebab takut akan mempengaruhi pemikiran orang lain.. diaorang pun punye la pikir2 camne nak buat kat pemuda nie.. last2 dapat la idea..


Idea nya, diaorang memanggil seorang ulama or kire orang alim la tuk berdebat dengan pemuda nie.. So di pendek kan cerita, bila tiba hari tuk berdebat orang alim tu tak jugak sampai2..so bile lama dah tunggu menunggu, tiba2 muncul la orang alim tu.. Dia pun minta maaf kerana terlewat.. Tapi..


Ha tapi.. pemuda tu tak puas hati la kenapa orang alim tu terlewat.. So di sebab kan tu, orang alim tu menyatakan alasan nya kenapa dia terlewat.. "Dalam perjalanan ke mari tadi, saya perlu menyeberangi sebatang sungai yang agak luas dan dalam.. Tapi pada ketika itu saya dapati tiada satupun perahu yang dapat bawa saya ke seberang. Saya agak kerisauan kerana mungkin saya akan terlewat.. namun secara tiba2 timbul beberapa keping papan dari dasar air sungai tersebut. Lalu papan2 tersebut bergerak dan bercantum dengan sendirinya dengan pastas tanpa alat bantuan. Maka dalam tempoh beberapa saat siap sebuah sampan yang kukuh dan sempurna"


Mendengar jawapan itu, orang muda tu pun gelak la guling2..   (tak la sampai guling -.- ) di katanya orang alim tersebut gila, tidak waras.. maka orang alim tersebut bertanya sebab mengapakah di katanya tidak waras. Dijawab oleh permuda tersebut "Kalau kamu berfikiran waras, mana kan mungkin sampan itu terjadi dengan sendirinya?? pasti memerlukan tukang untuk membuat dan menyiapkan nya"


Setelah mendengar jawapan itu, maka berkatalah orang alim tersebut "bermakna saudara memperakui kewujudan Allah secara fitrahnya. Adakah alam semesta yang luas ini terjadi dengan sendirinya tanpa pencipta?? sedangkan saudara sendiri mengaku bahawa sampan yang kecil itu perlu ada yang menciptakan nya"


Kesimpulan nya, secara kasarnya kita sendiri dapat lihat sesuatu yang terjadi pasti ada penciptanya. Erm mesti ada yang nak tanye habis siapa yang mencipta Tuhan?? Ok la, yang tu kita akan bincangkan next topic ok =)

*aqu bercerita macam budak-budak gayanya -.-
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

cik sue nak berpantun nie~

hahhahhaha ewahhhh~~
mari2 join cik sue mari...
sempena ramadan nak muncul nie..
moh tonjol siket bakat pantun menantun..

Dalam rumah bersorak gembira,
anak bulan dah kunjung tiba, 
wahai teman yang jauh di sana,
den nak ucap selamat berpuasa..

Anak bulan jauh kelihatan,
petanda ramadan sudah menjelma,
marilah kita panjatkan kesyukuran,
kerna berpeluang sambut ramadan bersama.

Memohon maaf sesama kita,
disempena ramadan yang kunjung tiba,
terkenang insan yang jauh dimata,
semoga ukhwah berkekalan akhirnya..

Menginsafi akan kelemahan diri,
salah silap harap dimaafi,
sempena ramadan yang suci ini,
semoga kita lebih diberkati...

Di bulan ramadan perbaiki diri,
amalan ditingkat iman ditambah,
mari kita bersihkan hati,
fitnah dan umpat perlu ditegah.

Ahlan wa sahlan Ya ramadan,
bulan untuk menggandakan iman,
tapi jadi pelik bertambah hairan,
kerna banyak gastrik datang hanya di bulan ramadan.

Yang jauh mahupun yang dekat dimata,
yang miskin mahupun yang kaya,
ramadan baru je nak mula,
jangan sibuk dek nak raya..

Hampir penghujung bulan syaaban,
kini tiba bulan ramadan,
perbanyakan amalan zikir dan membaca al-quran,
jadikan Nabi sebagai teladan.

Bunga api mainan budak,
mercun baru tahap kami,
salam ramadan si cantik dan si kacak,
ucapan ikhlas dari hati.


*p/s : pengkarya --> nur suana ( aqu x kesah klu korg nk ambik tp mintak izin dulu kt tuan rumah okeh, sekian ^.^)






ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

3 penyumbang pandangan

RM3000 nilai puasa~

NAH!! ambik undang2 baru KHAS untuk PEMONTENG2 tegar bulan puasa!!!!
kalau sebelum nie kena bayar RM500 je kan...
(pe la sangat RM500 kan bagi korang)
so sekarang up RM3000 okeh!
mana korang nak pilih puasa ke bayar RM3000???
lebih baik puasa je la kan....
malu la siket der...budak2 pun boleh puasa kot~

korang kena paham la kan...
setiap insan tu mengalas tanggungjawab tu menjaga maruah agama..
bukan nya takat maruah korang sendiri jer -.-
so paham2 la...
kalau agama lain tengok..tak ke diaorang pandang serong kat agama islam...
jadi jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga..
so jangan sebab segelintir yang bersikap camtu, agama yang dipandang hina!


nie la yang di kata...
" agama islam cukup sempurna, tapi umat nya sendiri yang mencacatkan nya"




ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

penangan kuasa cinta! :D

Assalamualaikum...
Isu cinta..apa tu cinta??? 
macam mana erk nak huraikan..
sesegar embun pagi ke dia, seenak kek cheese ibu ke, seindah matahari terbit ke, sesejuk salji dingin ke di London ke, selembut kapas baby ke...
aqu pun tak taw nak tafsirkan makna sebenar cinta..
sebab cinta tu tak dapat dilihat, tapi di rasa...
jadi insan2 yang merasainya sahaja tahu tuk mengambarkan nya..
tapi pastinya setiap insan mempunyai tafsiran berbagai2 tentang cinta.



Pe pandangan korang??
 Bagi aqu, cinta nie pelbagai dan berbagai...
erk pelbagai and berbagai lain ke maksud?? lantak la!~
 aqu cuma nak mengambarkan cinta tu mempunyai berjuta2 rasa dan auranya..
Kadang2 dengan cinta kita menjadi bahagia..kadang2 dengan cinta kita berasa kecewa, kadang2 dengan cinta kita kita berubah kepada yang lebih baik, dan kadang2 kerana cinta membuat kita menjadi buta segala2 nya walaupun pada fizikalnya tidak!.
Nampak besarnya penangan kuasa cinta tu?? masih tak percaya??? 
ok! aqu pun tak taw nak buktikan...korang tunggu je la bila cinta tu datang.hihi


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

wanita & kemewahan..


JANGAN PERNAH MENJINAK KAN WANITA DENGAN KEMEWAHAN....

kita pernah dengar --> wanita mempunyai 99 nafsu dan 1 akal...
ternyata, wanita itu lebih mudah untuk terpengaruh terhadap sesuatu disebab kan nafsunya..

andai wanita itu sudah di biasakan dengan kemewahan dunia...
kuatir mereka tidak mampu hidup dalam kemiskinan suatu hari nanti..
andai wanita itu sudah terbiasa dengan kemewahan dunia..
kuatir mereka akan menjadi lebih tamak mengejar harta...
andai wanita itu sudah terbiasa dengan kemewahan dunia..
kuatir mereka akan terus hanyut pada nafsunya...
andai wanita itu sudah terbiasa dengan kemewahan dunia..
kuatir mereka mengajar anak2 nya juga dengan harta..
andai wanita itu sudah terbiasa dengan kemewahan dunia..
kuatir mereka terus terbuai dengan egonya..
andai wanita itu sudah terbiasa dengan kemewahan dunia..
kuatir mereka mudah hilang maruah dirinya...
andai wanita itu sudah terbiasa dengan kemewahan dunia..
kuatir suatu hari nanti wanita mampu dibeli dengan HARTA!~

* didiklah wanita terhadap kesederhanaan..supaya mereka masih mampu berdiri seiring dengan kemiskinan dan kemewahan..




ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

tentang wanita...

tengah aqu syok2 malayan dingin malam nie..tertiba aqu terbace satu info dari blog nie...
tajuk : indahnya menjadi seorang wanita...

1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Wallahu'alam Bishawab..untung nya menjadi seorang wanita....tapi kita perlu ingat janganlah kita menjadi wanita yang menghancurkan orang lain.. 

Sabda Nabi dalam kitab Sahihain bermaksud: “Aku tidak meninggalkan fitnah bencana yang lebih berbahaya atas kaum lelaki (selain bahaya fitnah) daripada perempuan.” (Al-Fath, hadis riwayat Muslim). 


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

harta 7 keturunan

Nie bukan harta mahsuri ke sultan2 ke ye...ni harta dari cik suana nie tuk anak2 cucu2 cicit2 piut2 miut2...erkk pe lagi ye..kiut2 la kot.hahhahah ( maklum la aqu pun cute kan)

Ok nie harta2 yang nak aqu waris kan kat diaorang sume.hihi
berharga nie...
mane la taw masa dpn dah canggih sangat sampai dah tak wujud key-chain kan..

nie antara key-chin yang aqu kumpul 

nie dari si cantik CP, sigapuressss mari ;)
nie dari abang saya, terbang dari korea~

bola punye pun aqu ade...hihi


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

buatlah persiapan ramadan dulu....

Memang aqu tak nafi raya nie indah serba meriah...
tapi ingat2 jugak, kita sambut ramadan dulu baru syawal...
ramadan pun belum tentu kita sempat sambut lagi ha, maklum la ajal pun kita tak dapat nak tentu...


Sooooo ape kata kita seru la kawan2 kita yang dok semangat sangat nak wat persiapan raya tu, suh diaorang sabar2 siket and buat persiapan nak sambut ramadan dulu dulu...

persiapan ramadan?? nak siap kan ape?? beli quran?? sejadah??
konfem ramai tertanye2....
aiyak~kalau tanye persiapan raya, fuhhhhhh 1 list panjang dapat siapkan dalam 10min jer..
tapi tang pikir persiapan ramadan, tercegang2 jadi...

pe lagi persiapan ramadan yang diperlukan...
persiapan iman la...
and paling2 tak pun, apa kata kalau buat puasa syaaban..
sekurang2 nya bila ramadan nanti tak de la terkejut semua anggota2 badan kita nie..n tiba2 time tu jugak la macam2 penyakit nak timbul kan... ;p

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

rezeki Allah di mana2 ^.^

haipppp2 sape yang kata rezeki tak kan datang bergolek...ha nie bukan takat bergolek dah..nie berguling2 mencurah2 membanjiri dah rezeki yang aqu dapat...
Alhamdulillah... =) terima kasih sangat2 Ya Allah...

" Allah tak pernah menzalimi hambanya, malah Allah selalu menyayangi dan mengurniakan rezeki pada hamba2 nya"
kalau kita pikir2 kan la, sejahat2 manusia tu pun Allah tetap mengurniakan rezeki pada mereka..
so aqu terasa sangat2 nak menyayi selawat nie banyak2 kali ^.^



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

MALAYSIA vs chelsea!!!!

Tanah tumpah air ku...walau apa pun yang berlaku aqu tetap setia pada yang satu..hhahahha Nampak2 semangat kesukanan aqu yang tinggi melangit sampai langit ke 7 tu...semangat la siket der..jangan sebab pasal malaysia kalah dengan arsenal and liverpool tu korang dah hilang semangat sokong malaysia...pe kata kita berbalik pada pepatah "gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya"..lagi pun kire okey pe...sebab pasukan kita kalah pun bukan kalah tak bermaruah kan, diaorang dah cuba kot!!!! sape nak kalah kan,diaorang pun tak nak kalah..cuma mungkin rezeki je kurang siket kat negara kita agaknya..sepatutnya kita bangga la jugak, sebab pasukan bola sepak negara kita masih berpeluang nak berlawan dengan nama2 besar bola sepak dunia tu..so tak salah kalau kita terus menyokong, mana la tau satu hari nanti nama bola sepak negara kita sama level dengan nama2 bola sepak dunia yang lain tu kan...


So lepas nie malaysia lawan chelsea, cam biasa la kan dekat bukit jalil la...sape2 yang banyak sangat duit or terlebih excited tu boleh la gi beli tiket tu kan...aqu nie bukan tak nak gi beli tapi saje nak bagi peluang kat orang lain yang lebih fanatik tu kan..hehhe (harga tiket tu antara RM50- RM300 lebih la jugak).
So paling2 biawak pun la kan, kita target 1-0 la...sebab chelsea pun bukan senang2 nak kita kalah kan, so jangan la tamak2 sangat nak buh jaringan tu kan...tu pun dah memadai per..tapi yang paling penting, kita semua kena bagi SEMANGAT tuk pasukan negara kita!!!! Malaysia boleh!!! oyeah2!


"MAJU LAH SUKAN UNTUK NEGARA"
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

selendang Umar al-khattab

  Pada zaman Umar Al-khattab menjadi khalifah, sering terjadinya kebakaran yang sangat serius sehingga memusnahkan banyak harta benda. Maka ramailah umat islam yang membuat aduan sedangkan kerajaan islam ketika itu tidak memiliki sebarang pasukan bomba.


Jadi di sebabkan hal itu terlalu serius maka Umar membuka serban yang di lilit di bahunya lalu memberi kepada pembantunya. Maka Umar berkata "sila ambil selendang ini. Apabila ada kebakaran maka letak kan selendang ini di muka mu dan katakan : wahai api, ini selendang Umar bin Al-Khattab; semoga api itu akan padam ketika itu juga"


Pembantu Umar pun mengambil selendang itu tanpa bertanya apa2. Tidak lama kemudian, terjadi kebakaran besar.. maka pembantu Umar berlari ke tempat kejadian dan meletak kan selendang Umar di matanya dan berkata "wahai api! ini selendang Umar Al-khattab". Dan ketika itu juga api serta merta padam.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

pantang larang amalan kita~

Kaum melayu dulu2 memang kaya dengan adab jadi aqu rase sebab tu la wujud nya macam2 pantang larang ni, and satu lagi sebab aqu rase wujudnya pantang larang nie sebab orang2 melayu dulu cepat/suke sangat percaya benda2 mengarut2..tapi disebalik pantang2 larang diaorang nie walaupun kadang2 ada tak berapa nak logik, tersirat makna2 or pengajaran2 kita boleh dapat sebalik pantang larang tu...

1) Jangan duduk atas bantal,nanti tumbuh bisul
Adehhh ye ker??? Maknanya bijak gilesss bisul tu…camner dia boleh bezakan bantal dengan kusyen yer?? Pelik aqu…tapi kalau ade yang cakap memang betul pun pantang larang yang satu nie sebab dah ade pengalaman, aqu rase tu kebetulan jer kotttttt~
Logik nya --> sebab nie nak bagi kita lebih sopan and berdisiplin.

2) Jangan makan ubah2 tempat nanti kawen banyak
Wah wahh wahhhhhh….makin suke la kaum2 adam kalau tang nie, boleh lengkap kuota dia...terus jadi tabiat, bukan pantang larang dah.. Haishh aqu cuba nak cari ape la kaitan nya makan ubah2 tempat dengan kawen ramai tu, kesimpulan yang aqu dapat..”mungkin dia ubah2 tempat untuk kenal awek2/pakwe2 yang ade kat sekeliling tu, jadi ramai kenalan yang boleh di buat jodoh..agaknya la kan..”
Logik nya --> nak elak bersepah2 la tu, sebab kadang2 kita nie makan berterabur, jadi bersepah2 susah nak kemas 

3) Jangan menyayi kat dapur nanti kawen lelaki tua and,
4) Jangan minum dari cawan dah pecah kat mulut dia nnt dapat jodoh mulut sumbing. 
Sudahhh! Sampai ke jodoh pun boleh ramal…hebat mu…yang nie siket pun aqu tak percaya even 1% pun..first sebab jodoh kita memang dah di tentukan senjak azali lagi, jadi tak kan hanya sebab menyanyi or minum boleh berubah jodoh tu???
Logik nya  --> nak suruh kita focus memasak jangan asyik menyanyi je, nanti hangus!
Logik nya  --> nak elak kan dari mulut/ bibir kita terluka sebab terkena cawan tu

5) Jangan keluar sampai senja takut kena sorok bunian
Haaa yang nie aqu tak berapa nak taw la..nak setuju pun tak, nak nafikan pun tak. Tapi kalau nak di ikut kan, sebenarnya time2 maghrib nie syaitan yang banyak berkeliaran (nie FAKTA okeh!) 
Logik nya  -->orang tua2 dulu cuma nak kita sume nie duduk rumah tunaikan solat maghrib..

6) Jangan amek gambar 3 orang..nanti pendek umur..
Pitam2…nie dah tahap mengarut nie aqu rase...tak de kaitan! Lain la kalau kata jangan main tengah jalan, nanti pendek umur..ha yang tu baru boleh terima dek akal aqu nie..tapi kalau bergambar boleh mati tak taw la pulak aqu mane dapat nye ramalan tu…
Logik nya --> tak dapat jawapan @.@

7) Jangan pakai kasut dalam rumah..nanti kawin takda pelamin...
Okeh! Kalau kalau betul la nie aqu nak rajin2 amal kan boleh tak?? Aqu nie nak bersanding2 nie memang la tak nak kalau boleh..malu sihhh ( aqu pemalu orang nya.hahhaha)
Logik nya  --> takut kotor rumah tu, ye la korang dah pijak2 sana sini pastu nak bawak masuk rumah pulak..lagi pun nampak tak sopan..

8) Jangan ketuk periuk nasi nanti makan tak kenyang2
Hahahhahaha yang nie kalau king kong dengar dia pun boleh gelak guling2 kot...dah tu kalau kita masak nasi berperiuk2 and kita asyik ketuk je periuk tu tak kan tak kenyang2 jugak kalau makan??? haiya tak logik tak logik....
 Logik nya --> tak de ke logikan~


9) Jangan menunjuk pelangi, nanti jari kudung.
Erkkkk pelangi ade kuasa erk...erm maybe la macam kuasa matahari tu kot..mataharikan kita tak boleh tengok pakai mata kita gitu je tanpa pakai cermin mata hitam kan..jadi mungkin pelangi pun ade la kot kuasa tu..tapi tak penah pulak la aqu jumpa buktinya...~
Logik nya --> nak elak korang tu excited sangat nak tunjuk2 sampai terkena mata orang ke pe ke, tak ke susah..

nie la antara pantang larang yang penah aqu dengar, kalau nak tulis sume memang tak cukup la kan...
Jadi terpulang kat korang macam mana nak terima pantang larang tu sume, tapi bagi aqu tak payah la kita turun kan sume pantang larang nie kat anak2 kita or generasi2 mendatang, buat kena gelak je...tapi aqu tak kata apa yang orang tua2 cakap tu salah, tapi biar lah kita turunkan "logik" di sebalik pantang larang tu semua...sebab aqu percaya orang tua2 turunkan pantang larang tu pun sebab diaorang nak kita ambik pengajaran/ makna tersirat tu semua bukan percaya bulat2 jer.. 

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

kerana dia.... ^.^

Hari nie,aqu nak cerita about my big bro..AMIRUL NIZAM BIN AZHAR. siapa dia??? abang sulung aqu la, kan dah mention big bro tadi..aiya~ Abang aqu nie,dulu normal..macam kita2,maksud aqu bukan la sekarang tak normal..sape berani cakap abang aqu camtu memang aqu kerat 18 badan dia. Dia nie, masa kecik2 tak la kecik sangat tapi lebih kurang aqu dah lahir and besar siket la,aqu pun dah lupe umur time tu, dia kena demam panas..so bermula la sejarah hitam dalam keluaga aqu,sebab dia dah jadi macam sindrom down. Kowang taw la kan sindrom down tu camner, so tak yah aqu penat2 nk jadi doktor tak bertauliah nak terang ye.


Tapi, walaupun abang aqu macam tu, dia still boleh uruskan diri, boleh berjalan boleh ketawa cuma dia tak dapat bersembang dan pemikiran dia lebih kepada budak yang berusia dalam 4 5 tahun . Tapi, satu je yang aqu harap and doa, harap2 dia sembuh satu hari nanti..dan kalau dia tak boleh sembuh sepenuhnya, aqu harap dia dapat bercakap. Dia tak bisu, dia boleh bersuara cuma dia tak bercakap. Dan aqu mintak sangat dia boleh bercakap walaupun siket2, sebab mudah tuk kitaorang faham pe yang dia nak.


Memang kadang2 kesabaran aqu tercabar, sebab aqu manusia biasa..tapi aqu sedar, segala ujian Allah nie tuk menjadikan aqu lebih sabar dan tabah dalam menempuh ujian hidup dan Allah tak kan menguji sesuatu yang hambanya tak mampu. Terima kasih Ya Allah..aqu syukur dengan ujian Mu. Aqu juga perlu sedar, masih ada manusia lain yang lebih berat ujian nya dari ape yang aqu dan keluaga dapat, jadi aqu tak boleh mengeluh dah tak akan!


Kekuatan dan kesabaran aqu selama nie, kebanyakan dari dia. Sebab tu aqu masih boleh tersenyum bila pelbagai ujian yang berlaku. Kadang2 aqu terfikir, kenape manusia yang baik macam along yang kena ujian nie, kenapa semua nie jadi pada along sebelum sempat merasa nikmat2 dunia remaja macam kita2 sume...dan akhir nya aqu dapat jawapan..."mungkin kerana Allah tak mahu membuka jalan tuk dia melakukan kejahatan,or mungkin Allah nak manusia2 yang "sihat" macam kita nie ambik iktibar dan belajar mensyukuri nikmat-NYA".
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

haishhh status2 fb~

FB! or kata nama panjang nye facebook and dalam bahasa melayunya bukumuka...sape yang takde FB pada zaman yang canggih lagi moden lagi berteknologi tinggi sekarang nie memang rugi! Tapi tu bukan AQU yang cakap ehhhh...tu rakan2 seangkatan dan sepejuangan dan budak2 remaja sekarang yang cakap. Tapi AQU pulak cakap, kesian orang2 yang ade FB macam kita nie...sebab nye nak taw kenape..meh aqu cite :-


1) sebab makin lama kita akan memupuk sikap menjaga tepi kain orang ( kadang2 memang ok jaga tepi kain orang nie kalau tuk kebaikan, tapi kebanyak kan nye gossip!)


2) sebab membuka ruang mahupun peluang tuk kita mem"blame" or mencarut2 or mengamuk or perli2 orang lain ikut suke tangan kita menaip (bila tegur,dia jawab suke hati aqu la status aqu)


3) tak pepasal terjadi nya punca2 pergaduhan, salah paham, misunderstand and mcm2 mis la.. ( nie kes bila wujud orang tak sedar diri)


4) munculnya sifat "bajet" cun or hensem..(aishhh cam kena kat diri sendiri). Nie kes bila awek2 cun nak letak gambar yang tak berapa nak cukup kain..yang lelaki pulak buh gambar cam nak gi interview bina badan, tak pakai baju.


5) wujud nya sifat buruk sangka. contoh nya macam si A post "aqu dah dapat beli kereta BMW akhir nya".. jadi bila yang si B nie baca, dia pun pikir nak berlagak la tu nk menunjuk~


Jadi point kat sini, FB nie hanya sesuai tuk orang yang reti nak memanafatkan nye dah menggunakan nye dengan cara yang elok....memang la status sendiri suke hati kowang la kan nak tulis pe, aqu pun x kesah sangat pun! cuma bila dah kowang post perkataan2 BODOH,FUCK,WTF sume tu mata sape yang sedap nak memandang,lidah sape yang sedap nak membace. Tak puas hati??? suke hati~


*p/s--> Peringatan untuk diri sendiri jugak.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

aik???.....bigung aqu (@.@)

Aqu nie masih sedikit kebigungan nie...bila aqu tengok sorang minah nie, memang cun la, muka cantik serius dow aqu cakap...dia dengan member2 dia tengah sedap2 dok lepak, tup tup terdengar azan maklum la,masjid dekat sebelah je konfem2 dengar azan kan...tapi secara drastik nye kebigungan aqu terselah...aqu pandang kiri kanan, nak pastikan aqu nie tak la tersilap bukan aqu sorang je dengar azan tu mane la taw aqu  mengelamun ke berangan ke alam fantasi aqu ke ...part aqu tak paham, azan punye kuat camtu diaorang boleh mengilai macam nak rak...aik???? nie nak lawan suara sape paling kuat ke dengan tok bilal tu??


Pekara kedua yang buat aqu bigung, sah2 tempat diaorang berdiri tu tempat awam,so bila diaorang dah gelak2 mengilai camtu ade la jugak mengundang ketidakpuasan hati sesetengan pihak...yang dasattt nye diaorang boleh muat muke tak bersalah lagsung,siap bajet2 cun lagi..(walaupun ade la sorang tu cun siket) hello!!!! orang pandang korang tu bukan sebab cun sangat,tapi sebab korang tak dengar ke azan berkumandang tu~ agama lain pun boleh hormat okeh!


Tapi orang penah kata, jangan menilai seseorang tu telalu cepat...aqu tengok2 diaorang masuk masjid pastu..maybe tadi diaorang lepak situ sebab nak tunggu azan la kot. Gilir2 ambik wuduk, pastu masuk tunaikan solat. Tapi time aqu nak pakai tudung je, tetiba muncul ke bigungan yang ke 3 kali nya...mengumpat pulak dah! Bukan ler aqu nak cakap aqu nie tak penah mengumpat kan, tapi nak cakap tu pandang2 la siket kak oiiii!! korang tu dalam masjid, rumah Allah...jangan ler nak jaja cite macam2 kat situ..orang yang nak meniaga cari rezeki pun tak di benar kan menjaja dalam masjid sebab takut kotor, nie kan pulak korang nak menjaja cerita HOT korang tu...ayat sempat aqu dengar "s**l, bodoh la dia tu.."


Pastu, makcik sorang tu tegur diaorang...aqu tengok terdiam sunyi dan sepi terus..tp buat muke tak boleh nak bla la jugak..aishhh suke korang la, tapi aqu tabik springggg la kat makcik tu...sebab dia sorang je yang berani tegur antara semua insan2 yang ada kat sane time tu..aqu bukan tak nak tegur, tapi malas ambik port..(alasan!)
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

mati?? jangan terlalu yakin...

Memang kematian itu sesuatu yang pasti, sangat pasti..tapi bila kematian itu yang kita belum pasti. Tapi aqu sangat heran pada manusia yang meminta kematian..yang dah memang ajal tu, mungkin ada hikmah nya..yang bunuh diri tu jangan cerita dah la itu aqu tak tau nak cakap pe,tu urusan dia dengan Allah. Tapi yang belum mati nie, nak meminta kematian..yang sangat pelik nya kematian tu hanya di minta bila berdepan dengan masalah, time korang bahagia ke happy ke tak pulak korang ingat mati..saudara dan saudari sekalian, cuba akal tu jangan lah di pendekan sangat sebab dah cantik Allah bagi akal fikiran tu kat korang..lembu pun kalau kita tengok, tak de nak menyerah mati senang2. Kita tak perlu meminta kematian, tapi bersedia untuk kematian tu..dua2 tu perkara yang sangat berbeza ok!


Jangan mudah sangat tuk berkata "Ya Allah, tarik la nyawa ku kerana aqu dah tak mampu menanggung ujian mu", " Ya Allah, biarlah aqu mati dari menanggung segala beban ini", "Ya Allah, jika tiada orang meyayangi aqu lebih baik aqu mati"...ingat, apa yang terkeluar dari mulut dan hati kita ibarat satu doa. Allah tak kan menguji hambanya di luar kemampuan hamba2 nya..Ye memang kadang2 kita jatuh dan sangat lemah, tapi tak bermakna mati jalan penyelesaian nya...ok korang nak kata "ko cakap senang la, sebab ko tak rasa???"..ye betul, memang betul senang tuk bercakap kalau kita tak merasa..tapi aqu sekadar cuba untuk saling ingat mengigati..kita hidup bukan setakat didunia, tapi kita hidup di dunia untuk mencari bekal di akhirat kelak..
Ok la,still tak nak terima??? ok tak pe terpulang, aqu tak paksa. Cuma bila korang dah yakin sangat yang korang betul tu kan, aqu nak tanya siket soalan la...nak tengok betapa ready nya korang untuk mati nie..


i) dah lengkap rukun islam?
ii) al-quran yang dibaca tu dah faham?
iii) dah dapat kemaafan semua orang?
iv) dah cukup amalan kebaikan untuk menampung kejahatan?
v) dah bahagiakan parents?


Kalau 5 perkara nie pun kita masih ragu2, baik jangan asyik nak meminta kematian tu...cuba selesaikan semua nie dulu sebelum ajal kita sampai k..tak guna kalau kita hanya lancar mengucap diatas dunia nie sahaja, kalau kita tak selami maksud nya..semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan hidayah-NYA. Amin..
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

kau dekat!!!! aqu tembak...

Aqu nie bukan la skuad komunis ke askar2 wataniah ke polis ke...nie aqu bercerita pasal L.I.P.A.S!..Pe kena mengena lipas dengan aqu, ha tu la salah satu haiwan yang aqu pantang tengok dia lalu ke menapak ke apatah lagi nak beramah tamah dengan aqu, memang aqu tak hingin langsung!


Aqu pun tak taw tang mana yang buat aqu jadi terlebih2 geli sangat dengan lipas nie. Nak kata kaum keturunan dia pernah usik aqu, tak la jugak..agak2 nya kalau la lipas tu pandai bercakap, dia dah kata dah aqu nie minah perasan. Mana tak nya, pantang dia lalu dekat 1 meter dengan aqu pun, aqu dah mula bukak langkah nak melompat2 cam katak..haishh kalau cikgu sekolah aqu guna taktik kotor camnie la, mungkin aqu boleh kot jadi juara sukan lompat kijang ke lompat jauh ker...

aiyakkk tgk gambar pun aqu dah terase dia mrayap2 kat aqu nie

haaa nampak2....tgk gambar pun sudah geli pe lagi nak dekat dengan haiwan "terchenta" tu~ (sebab tu kecik je gambar.hihi). Kalau nak cerita kisah pengalaman aqu dengan lipas nie, memang banyak dahhh kalau tulis novel dah ade la dekat berpuluh-puluh page dah. Tapi pe yang aqu sangat pasti, tak ada satu pun kenangan tu manis bagi aqu! Aqu ulang lagi sekali, TAK ADA SATU pun! Jadi kaum kerabat lipas sekalian, tolong la aqu merayu pada tuan2 hamba semua jangan la dekat2 dengan aqu..kalau boleh, muncul depan aqu pun jangan ye....beta merayu.....


Tapi kisah yang paling tragis yang penah berlaku, kaki aqu sampai terseliuh sebab melompat tak tentu pasal..padahal lipas tu dengan gaya macho nye dia lalu depan aqu macam tak de pape berlaku...masa tu mulut aqu jangan cerita la, macam2 ayat keluar siap baca ayat kursi bagai...dah macam nak menghalau makhluk halus pulak..sempat la jugak aqu sumpah lipas tu jadi katak! Tapi pikir2 balik, kang kalau betul2 lipas tu jadi katak, tak pepasal aqu buat aksi olimpik kali ke dua pulak..


Kalau nak di ikut kan, lipas nie kan haiwan....kenapa la bukan lipas yang mengalami masalah kepupusan. Kalau betul lipas nie mengalami kepupusan, aqu orang petama yang memikirkan cara2 yang lebih drastik yang boleh buat dia jadi semakin pupus dengan cepat dan jayanya.hahhaha
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

legging nie trend ke budaya??

 

Of course kalau bab2 macam nie mesti ramai kaum2 hawa yang nak sensitif2...konon2 tu hak tuan punye badan la,nak pakai pape dia suke la..masalah nye sekarang,boleh tak panjang2 kan pemikiran tu..bukan pe yang korang pakai tu korang sorang je yang tengok,macam la orang yang lalu tepi2 and sekeliling korang tu jalan tutup mata. Nak cakap sape suruh pandang?? Hello!!! memang la korang tak suruh, tapi kalau dah korang lalu kat depan, tak ke memang terpandang??

Aqu bukan nak cerita tentang dosa ke pahala, tapi aqu nak cakap pasal cantik ke pakai legging tu??? Memang la ade jual kat kedai sebab tu korang beli kan, tapi kalau korang tak beli konfem2 diaorang tak jual dah. Kadang2 aqu pelik bila orang cakap "tak cantik la ko pakai dengan seluar tu, pakai legging kan cantik"..
Ye aqu taw legging tu trend baru sekarang, tapi bukan satu budaya kot..korang tak payah la terikut2 sangat budaya barat pakai2 legging nie, serius tak cantik! lagi2 yang pakai baju memang takat2 lepas pusat je..adoiiii, nak terkeluar biji mata aqu tengok..bukan sebab tergoda ye,tapi tak sangka ilang terus sikap malu korang tu..mana tak bertambah2 kes2 gejala sosial kat negara kita nie kalau dah korang bangga sangat pakai camtu.. Aqu yang tengok nie pun malu, tak kan korang yang pakai tak rasa siket malu pun kot?? Aqu bukan jeles ok, tapi aqu rase kalau korang pakai macam tu jumpa mak mertua ke masuk kampung ke, memang jadi bahan ler. Nak kata aqu nie kuno?? Erm memang pun, tapi setahu aqu kita nie hidup bermasyarakat, beradab and ada budaya kita sendiri..jadi paham2 la, kalau korang teringin sangat pakai legging tu pakai je x pe tak salah tapi pakai la kat rumah....

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

anak kucing ke harimau @.@

name  --> chak
umur  --> 4-month-old
fav food --> whiskers
hobby --> looking for fight


Masa ambik gambar nie, dia sangat la malu sebab tu dia tutup muka.hihi Penat saya tarik tangan dia, tapi dia bergulung gak macam tenggiling. Dia nie kucing paling kecik dalam rumah aqu nie, tapi dia la paling ganas sekali...pantang nampak kaki bergerak ke bergoyang ke mamang dia tangkap terus. Kalau nak cerita dah berapa kali kaki aqu jadi mangsa memang aqu sendiri pun tak ingat dah. Tapi si chak nie jenis pendendam siket, bleh ke aqu cakap camtu?? boleh la kan, mana tak nya..kalau siket aqu lepuk dia, dia boleh terkam aqu balik..siap dia cakar2 bagai..ganas tul~

Tapi satu hal yang aqu sangat terkejut, garang2 si chak aqu nie dia dah ade "pakwe".hehhe Hari2 aqu nampak pakwe dia tu datang belakang rumah aqu..tapi setakat nie, aqu tak sempat nak ambik gambar dia sebab tiap kali aqu nak dekat je dia lari..pakwe dia tu,ibu aqu bagi nama "si itam"..sebab warna dia itam...tapi dia sangat la comel dan gemuk.heheh 


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)