0 penyumbang pandangan

kau ikhlas ke??

 
ok entry aqu hari nie, pendek je.. tapi aqu harap kita sesama dapat serba sedikit ilmu darinya okeh!.. 
bercerita tentang IKHLAS.. 
tiada siapa pun boleh menilai keikhlasan seseorang walaupun keikhlasan dari dirinya sendiri, kerana keikhlasan itu hanya dapat di nilai oleh Allah.. (nie fakta!) walaupun hati korang dok mengatakan ye2 aqu buat nie ikhlas, ikhlas sangat2 tapi hanya Allah je yang dapat menilai keikhlasan kita.. 


Cop2..tapi apa pun kita sebagai manusia di kurnia rasa.. rasa untuk menilai sesuatu yang kita buat tu ada keikhlasan or tak.. contoh terdekat aqu boleh bagi, solat. Ye, ramai solat 5 waktu, penuh..tapi kita sendiri tak tahu samaada solat yang kita lakukan itu ikhlas ataupun sekadar memenuhi tanggungjawab.. 


Sebenarnya keikhlasan itu akan hadir jika wujudnya kasih sayang, rela, tanggungjawab dan bersungguh-sungguh.. contoh ke dua aqu bagi, seorang ibu. seorang ibu yang mengandungkan, melahirkan dan menjaga anaknya tanpa mengharap secebis balasan sekalipun sehingga anaknya besar... dan seorang ayah yang mengorbankan keringat untuk mencari rezeki untuk anak2 nya tanpa mengharapkan ganjaran.. di situ kita dapat rasa keikhlasan yang tercurah dari seorang ibu dan bapa.. 


Tapi jika dibandingkan seorang kawan. kawan yang hadir bila diperlukan memberi nasihat, memberi dorongan dengan niat bila tika dia susah nanti kawan nya akan melayan nya sama seperti apa yang pernah di lakukan nya.. ya mungkin kita dapat rasa keikhlasan di situ, tapi keikhlasan yang setebal mana, hanya Allah yang dapat nilai...

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

kembali ke zaman budak2... ting!

saya nak jadi kanak2 balik!!! nak jugak nak jugak!!!! 
wahai  saintis2 tolong la cipta alat untuk aqu kembali ke zaman kanak2 kembali...(*bukan jadi kecik macam conan) Baik lah saintis2 tak nak tolong ye, merepek ye.. tak pe tak pe...ahli sihir, jampi kembali masa untuk aqu kembali ke zaman kanak2.. apa?? tak nak tolong jugak??? huh! ultraman tolong aqu fire kan sume saintis2 and ahli sihir tu! ;p padan muka korang! 

Huh batman, bawak aqu naik keta kamu yang laju tu pi jumpe snow white sekarang, aqu nak tinggal dengan dia bersama2 dengan orang2 kerdil tu...boleh menyanyi2 and dihiburkan oleh diaorang bila aqu sunyi nanti.. Erm superman, kamu nak tolong aqu jugak kan??? tolong bawak kan sleeping beauty jumpa aqu, mana taw putera dia ada kenalan2 lain yang boleh di jodoh kan dengan aqu.. 

Ohhh aqu terlupa kat kamu berdua, aladin and cindrelella... tapi aqu tak nak susah2 kan kamu berdua... tak pe??? erm ok la, cindrelella, kamu memang pandai buat kerja2 rumah... kalau kamu rajin kemas kan rumah kami (aqu and snow white) ye, tapi kalau kamu penat kamu rehat la... kamu pulak aladin..kamu boleh kan tolong jaga aqu dari orang2 jahat kan, jangan bagi diaorang dekat dengan aqu ye...terutama pinokio and robin hood! aqu tak nak dia asyik tipu2 aqu..and robin hood tu asyik nak curi hati aqu je, aqu tak suke! aqu tak suke pencuri! nanti kalau dia curik hati aqu, dia tak nak jaga... 

Hebat nya imaginasi aqu... kenapa kita tak boleh jadi kanak2 je terus! haishhh kalau semua jadi kanak2 je terus sape nak jadi mak pak pulak suana oiiii!... ehhh betul jugak! huh.. jadi kanak2 best....
  • boleh main2 selalu...boleh main masak2, kawen2... (*ehhh time kanak2 perasan nak jadi dewasa, dah dewasa mengedik nak jadi kanak2)
  • tak payah pikir cari rezeki... sebab time kecik2 terima je apa dapat, kalau yang tak dapat tu pulak pakat mintak je..tak penah pikir pulak yang duit tu kena cari, ingat duit tu beranak2 dalam poket mak pak..
  • tak payah pikir masalah rindu. bukan kecik2 tak de rindu, ade tapi kat mak pak kat adik2 kat barang mainan... tapi nie bile dah besar nie konon2 nak bercinta la, pakat rindu kat si teruna... tapi aqu kat sini rindu setengah mati, dia boleh buat dek jer.. hampeh! :p
  • tak yah pikir gaduh2. bila time kecik2 kalau tang tak puas ati je senang kes "tak nak kawan ko" abis cerita, tapi sok lusa tu pakat pi kedai sama2 beli eskem.. tapi dah besar nie, tang tak puas ati jer..sok2 ko dengar la orang dok canang cerita ko satu opis!
  • tanggungjawab kurang. ha parat nie aqu suke... oit jangan kata aqu malas ye..(*ade la siket2) tapi bile jadi budak2 senang..tanggungjawab belajar je.. alah takat belajar bukan susah pun, pi sekolah belajar bukan kena banting tulang sampai kuar peluh satu baldi pun..
  • keje. nie part paling susah..nak kena pi cari keje kalau da besar... kalau jumpa dengan orang2 yang ok tu tak pe la jugak.. nie pakat jumpa orang yang asyik nak condemn kita jer... ish! rase macam nak lastik je mulut dia tu, maklum la orang macam tu insurance mulut dia mesti banyak punyer..


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

kerana aqu sahabat kau..

 
PEMADAM --> pensil, aqu masih sahabat kau kan???

PENSIL --> tentu lah.. kenapa??

PEMADAM --> tak, aqu cuma takut kehilangan sahabat setia seperti kau... sekarang kan kau dah ada sahabat baru si diary..

PENSIL --> ohh, kau jangan risau..aqu akan setia menemani kau sentiasa.. 

PEMADAM --> terima kasih...

PENSIL --> pemadam... kau tahu aqu sangat berbangga..

PEMADAM --> erm kenapa??

PENSIL --> aqu berbangga...bangga dapat mencorakkan setiap helaian diary,kawan baru kita tu..aqu rasa antara aqu dan kau, aqu yang paling berguna.. kerana tanpa aqu, tak mungkin diary nie dapat mencoretkan setiap kenangan..

PEMADAM --> ye... =) beruntungnya kau..

PENSIL --> memang lah..kau hanya di gunakan untuk memadam tiap kesalahan.. kau cuma di perlukan untuk sesuatu yang remeh.. nilai kau terlalu kecil lah pemadam..

PEMADAM --> aqu taw.. aqu tak sehebat kau..dapat menemani setiap helaian diary... kerana dalam nilai persahabatan tak perlu menjadi hebat..cukup untuk aqu menjadi peneman setia, cukup untuk aqu menjadi tempat suka duka dan cukup untuk menjadi pembimbing.. aqu juga bangga.. bangga kerana dapat memperbetulkan kesalahan yang seorang sahabat ku lakukan.. kerana seorang sahabat tidak hanya menjadi pemerhati..tidak akan hanya memandang sahabatnya terus dalam kesilapan. Walaupun aqu tak mampu memadamkan sebersihnya, tapi aqu akan tetap berusaha melakukan nya..





ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

kerana haramnya makan babi..

BABI = KHINZIR
opsss ok mana lagi sopan??? khinzir la kan..tak sedap nama babi tu.. tapi  bile sebut siput babi ok jer =) hina sangat babi tu di mata manusia2 nie kan..hihi (walaupun gambar tu nampak comel -.-) 
ok, semua orang taw khinzir tu haram tuk makan.. yup2 betul bijak korang! mane korang taw?? nie kes korang rajin pi caramah2 agama la kan tu korang taw.. ;p 
kenapa la hina sangat khinzir nie?? ye la kan, contoh pertama aqu tu kat atas tadi..aqu kata gambar khinzir nie cute.. mesti ramai dok nak kata "weh khinzir la tu dia tak sedar ke binatang tu haram!".. tu belum kes aqu puji kasut sebelah nie cute.. memang aqu kena boikot and hentam abis2 silap2 sampai masuk akhbar kang..hahhaha (ok2 tak cute langsung kasut tuh! -.-) 

So aqu nak tanyer korang, sebenar nya haram nya khinzir tu kenapa?? mesti dok nak jawab, "la ang tak bace tafsir al-quran ke suana oi terang2 kata khinzir tu haram". ok la ok la aqu mengaku belum bace lagi sampai muka surat tu, so orang2 yang bijak pandai boleh terang kat aqu ke pe sebenarnya perspektif "haram" nyer tu??  Jangan orang lain dok kata haram, kita pun join da club kata haram tapi sebenarnya kosong ilmu kat dada.. 

aqu nak tanye la kan, haram yang di maksudkan tu bukan ke dari segi memakan nya ataupun memegang tanpa sebab (tanpa tujuan sebetulnya/kebaikan)?? khinzir TAK HARAM ok! senjak bila pulak puji babi tu cute di kata haram??? senjak bila pulak membuat kajian terhadap babi itu di kata haram??? korang jangan dok pandai nak kata tu semua ok! tapi pelik.. yang korang dok mengata orang lain tu tak pe la pulak kan kan kan...... jadi, korang nak kata "dah tu asal kau tak beli je kasut2 or barang2 tu buat simpan?". meh aqu jawab, kerana menghormati islam dan masyarakat sekeliling.. cuba bayang, kalau dok kata haram nak makan and pegang dia, jadi pe sebab aqu nak meyanjung dia tuk di buat perhiasan..tak gitu???

ada orang pernah tanya aqu, "kita hidup di alam cyber yang canggih giless nie.. kalau la suatu hari nanti teknologi kita dapat mematikan kuman dalam badan babi, ko rasa kita boleh tak makan babi, and boleh ke jadi halal?".. jadi nie sebenar nya fahaman orang melayu kita tentang haram nya babi?? Ingat ye, sesuatu ciptaan yang Allah jadi kan itu bukan nya bertujuan untuk manusia menandingi kehebatan Nya, tapi mencari hikmah di sebaliknya kerana Allah tak pernah mencipta kan sesuatu itu dengan tujuan sia2.. pening?? maksud aqu kat sini, ok la kalau suatu hari nanti manusia dapat mencipta alat untuk mematikan segala kuman or cacing di badan khinzir..khinzir itu masih tetap haram di makan oleh manusia.. kerana apa??? ok baca baik2..sejenis cacing yang tidak akan mati yang terdapat di dalam badan babi itu menjadi salah satu sebab nya mengapa babi tu haram di makan..tapi andai manusia dapat menghapuskan cacing itu sekalipun, babi akan tetap haram..bukan kerana nama nya bukan kerana rupa nya tapi kerana sikap nya.. korang taw tak babi mempunyai seteruk2 sikap..jadi andai kita memakan sesuatu yang teruk,maka ia akan menjadi darah daging kita so konfem2 la perangai teruk tu mudah membuak dalam diri kita!
1 perbandingan yang boleh kita buat...



so ingat...haram nya babi itu bukan pada semua benda..kita masih boleh menjalankan penyelidikan ke atas nya..kita masih boleh menyebut.. kita masih boleh melihat nya..cuma semuanya perlu berlandas cara yang betul untuk kita menghormati/menjaga perspectif "haram" nya ia.. got it?? =)

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

tanda aidilfitri menjelang~

  • Surau  lenggang. Nie aqu amat amat amat pasti plus yakin tahap dewa lah. Sepanjang aqu hidup 22 tahun nie, dan dekat 10 tahun aqu menjadi pemerhati masjid2 dan surau2 (pemerhati jer??? -. - ok tak! tapi tu tak payah di cerita) di kala Ramadan menjelang jer, jumlah jemaah yang datang mengikut arus peredaran ramdan dari sehari ke sehari.. hoho da boom tul bahasa aqu pakai.. ye la bahasa paling mudah aqu guna, korang pun mesti perasan kan bile awal2 ramadan jer jumlah jemaah tu melimpah luah sampai kat tangga2 luar masjid pun penuh lagi, time tu la baru kita perasan yang umat Muhammad nie ramai lagi rupanya kan..tapi bile dah makin nak ujung2 ramadan jer, sure tinggal sekerat je tu pun kalau la sekerat kadang2 tinggal 5 6 baris jer.. tak taw kenapa, maybe ramai2 pakat jemaah kat rumah je agaknyer. ;P Tapi kalau ade surau2/masjid yang makin nak abis Ramadan makin ramdai melimpah ruah manusia tu sila la bagitaw erk, time tu aqu rasa kita kena pakat ramai2 buat amal seboleh mungkin sebab macam petanda2 kiamat dah tu..
  • Lagu raya. nie sure la kan ader..kemestian.. bukak2 radio jer, dah dengar lagu raya, lepas lagu raya lagu raya lepas tu lagu raya.. kadang2 sehari ulang lagu yang sama dekat 3 4 kali.. sampai nak dengar lagu tangkap jiwang pun dah tak de langsung..bosan aqu! Tu belum kes pemanggil2 yang dok call nak buat ucapan kat radio2, abis dia buat list name untuk ucapan raya kat sedara mara tok nek dia.. cube bayang kan, kalau 3 4 orang okeh lagi nie “saya nak ucapkan selamat hari raya kat mak abah kat kampong, tunggu saya balik 2 hari lagi yer..kepada mak ngah pak su makngah mak su induk pak uda mak uda selamat hari raya..kepada sedara yang duduk kat blab la bla kepada sahabat baik saya bla bla bla kepada kawan2 boyfren anak2 sedara jiran bla bla bla” ha tak tension korang dengar?? Ucapan dia jer ade la dekat tah berapa minit.. tapi tak pe la, sekali setaun kan..
  • Jari hilang. Ehhh orang nak raya mana boleh ilang2 jari.. tapi nie la yang jadi bila muncul jer Hari raya aidilfitri.. aqu belum penah dengar lagi kes ilang2 jari ilang tangan ilang mata sume nie time raya cina ke depavali ker.. kalau ader pun 1 2 kes jer la, tapi ramadan and hari raya aidilfitri memang catat rekod, tiap minggu paling2 tak pun 2 kes jadi.. tak taw la kenapa jadi camtu. Cara diaorang main tu ke yang terlampau kreatif, or diaorang dok nak tunjuk bakat buat mercun baru aqu pun tak taw.. sebab aqu nie pun hantu mercun tapi bak kata aqu “buat jahat kena ikut akal, jangan ikut hati nanti mati”
  • Soalan cepu gangsa. Aiya lain macam bunyi nye. Ye la  awal2 ramadan dulu tiap2 hari dok tanye kawan2 satu opis tu “ha kau puasa tak aqu puasa nie”, “kau terawih tak malam semalam, aqu pegi”, “bangun sahur tak kau tadi nie asal lemah jer”.. status2 fb pun semua dah bertukar, semuanya ala2 menginsafi diri la gitu.. tapi bile masuk je minggu2 akhir Ramadan nie, ilang dah soalan2/status tu semua nya bertukar “ok,baju raye aqu dah siap borong 4 5 pasang”, “sape nak teman aqu pi cari barang2 raya, aqu belum puas lagi nie”, “baju raya kau tema ape nie”, “raya nie kau raya maner”.. sebab per bertukar?? Aqu taw kenapa…sebab bile tanye nanti “kau terawih tak malam nie”, jawapannyer “malam nie aqu kena siapkan kueh raye baru 5 jenis aqu buat” ;p
  • Golongan lelaki makin botak. Hakhahak ade kena mengena okeh! Nie kes2 bila dapat isteri yang berbelanja sakan, tang raya jer semua nak baru pantang orang sebelah depan belakang lebih siket dia pun nak jugak! Kadang tu aqu tengok naik kering bukan takat poket dengan laki2 dia pun kering..agaknya saying isteri nyer hal, kering pun kering la.. tu yang sampai botak tu sebab dok pikir tah ceruk mana dia nak rembat duit lagi ..

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

kerinduan si mati...

erkk sape pulak mati nie?? alahai...time2 orang nak raye nie la aqu nak cite pasal mati2 pulak dah... aqu nie kan..potong mood tul!hahha okeh2 raya2 jugak ye..tapi ingat, kematian tak pernah menanti kita.. =) 
*pesanan penaja --> berhati2 di tengah tepi kanan kiri depan belakang lebuhraye okeh.. ingat orang terchinta walaupun kematian telah ditetapkan tapi kemalangan dapat di elak kan.. (hahha sempat lagi~ -.-) 

Btw post nie khas buat kaum kerabat keluarga, sepupu sepapat, rakan sejawat yang jauh mahupun yang dekat and tuk semua umat manusia yang sering alpa and leka di duni fana nie*termasuk la aqu!
okeh2 back to topic la, merepek je aqu nie -.-. pe maksud tajuk post aqu tu??? tu la tajuk tazkirah yang nak saya kongsi dengan anda jap lagi nie.. opsss tazkirah?? erkk tak2 ilmu, kang ade pulak orang kata ustazah tak bertauliah kang.. ;P kerinduan?? rindu kat kekasih yang di tinggal kan ker??? ohhh TIDAK sama sekali~  haishhh ok2,dah serius2.. ehem2 ilmu penting nie.. kita nie sebagai manusia sering terlupa, leka, lalai... kerana tu perlunya kita saling ingat mengigati. 

Disebabkan kita masih berpeluang hidup dan bernafas di bumi Tuhan ini, kita tak pernah sedar yang setiap saat itu amat berharga buat kita, kerana setiap amal kebaikan walaupun sesikit mana, sekecik mana, sesingkat mana semuanya dinilai oleh Allah. Tapi kenapa kita terleka?? kerana kita terpaksa membahagikan waktu kita mengejar hal dunia dan akhirat..

Tapi bayangkan, 10min lagi umur kita kan ditarik oleh malaikat maut.. pasti 10min itu amat bermakna tuk kita..10min yang ingin kita gunakan untuk menjadi benar2 khusyuk benar2 tawaduk benar2 ikhlas untuk memuji, sujud dan memohon keampunan kepada Allah. itu lah bezanya kematian dan kehidupan... 

Jadi apa yang menjadi kerinduan si mati?? yang menjadi kerinduan si mati ialah untuk beramal di dunia.. kerana sesudah sampainya ajal seseorang manusia, rohnya akan di tarik keluar dan roh nya akan diperlihatkan setiap amal manusia lain dalam menguruskan jenazahnya.. rindunya si mati untuk bersolat, ketika manusia2 lain sembahyangkan jenazahnya.. rindunya si mati pada amal zikir, ketika mendengar tahlil dari manusia2 lain untuknya.. rindunya si mati pada amalan membaca al-quran, ketika dia mendengar manusia2 lain membacakan yassin untuk dirinya..

memang kita manusia lalai.. cuma tersedar bila ajal itu memanggil.. cuma tersedar bila diuji kesusahan.. cuma tersedar bila di uji kesakitan.. itu lah manusia..

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

"seksi dan cantik.."

untuk yang bergelar wanita or perempuan-->
pernah dengar "dia seksi, sebab tu dia cantik".. aqu rasa pasai statement tu la berlumba2 wanita dalam dunia nie nak jadi seksi.. seksi bermakna cantik ke?? sama sekali TAK! seksi tak langsung mengukur tahap kecantikan seseorang..


Yup, maybe seksi tu ade la kaitan nya dengan cantik.. selalu kan dengar " dah la muka cun, seksi pulak tu".. ayat nie mesti banyak kaum adam yang cakap kan kan kan?? erm dah lumrah hidup, lelaki pasti akan tertarik dengan wanita.. kerana Allah telah mencipta kan wanita itu tersangat indah. dan bukan nama nya lelaki kalau tak tertarik langsung pada kecantikan wanita. 


Tapi cantik wanita bukan terletak pada seksinya, cuma bila dah seorang wanita tu berpakaian seksi tu bermakna dia telah menunjukan hampir separuh dari kecantikan dia kepada lelaki yang bukan mahram baginya.. jadi kalau nak di banding wanita seksi dan wanita yang menjaga auratnya mungkin ramai lelaki lebih tertarik kepada wanita yang berpakaian seksi kerana wanita yang berpakaian seksi menunjukan lebih banyak kecantikan nya. tapi rugi pada wanita saksi ialah bukan semua kecantikan milik suaminya, dan rugi pada suaminya kerana terpaksa berkongsi kecantikan isterinya dengan lelaki lain..tak perlu jadi seksi untuk cantik kerana cantik tu banyak perspektif =)

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

shhh...hanya untuk kaum wanita...

Erm kita selalu dengar kan, susah nak jadi wanita.. macam2 larangan..aurat la, pe la..tapi kenapa kaum lelaki semua tak sama pun berat/susah larangan or peraturan nya.. bila kaum wanita dah fikirkan tentang ke adilan hukum Allah, maka terkeluar soalan2 nie...
1. “Ish susah la... situ nak tutup, sini nak tutup. Apasal laki tu mudah je, aurat takat pusat sampai bawah lutut jer.. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
“Ini kerana islam mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang?? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, aurat nya hanyalah bawah pusat ke lutut, tapi tak mungkin akan terangsang nafsu seorang wanita bila melihat lelaki berseluar pendek ke lutut? sedangkan lelaki, jangankan golongan biasa, malah tok imam yang kuat imannya juga akan tercabut serbannya jika tengok wanita hanya pakai seluar pendek!”    
2. “Kenapa la para isteri bila nak keluar je kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana tak bagitau kita takpe pulak”
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun di sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami lah yang bertanggungjawab terhadap dosa yang isterinya lakukan!”
3. “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kaum wanita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Tak perlu berkongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tapi lelaki, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalo isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
4. “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja?”
“Tahniah la sebab kita dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya wanita! Andaikan wanita meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”
5. “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
“Akhirat nanti, lelaki akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri, ibu, anak perempuan dan adik perempuan. Tahu maksudnya? wanita nanti di akhirat akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki nya!”
6. “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, sebagai wanita kita boleh masuk sebarang pintu syurga yang kita sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami. Itu saja asasnya!”
7. “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”
“sebagai seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. dan sebagai seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka wanita itu akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Lihat...betapa sayangnya Allah terhadap kaum wanita... sudah lah menjadikan wanita secantik2 perhiasan di dunia ini, malah Allah turut menjangkat darjat kita sebagai seorang wanita.. tak cukup kah dengan itu?? perlukah kita persoalan kan lagi peraturan Allah??

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

menjadi babi hutan hitam!

Ketika zaman Rasulullah, ada seorang pemuda yang menangis ketika masuk ke dalam masjid.. lalu baginda bertanya "wahai orang muda, kenapa kamu menangis?". Maka orang muda itu menjawab "Ya Rasulullah, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang ingin memandikannya"


Lalu Rasulullah memerintahkan Abu bakar dan Umar mengikuti orang muda tersebut untuk melihat masalahnya. Ketika sampai di rumah orang itu, maka Abu bakar dan umar mendapati ayah orang muda itu bertukar rupa menjadi babi hutan yang hitam, maka mereka kembali dan kabarkan nya kepada baginda. 


Kemudian Rasulullah dan para sahabat pergi ke rumah orang muda itu dan baginda berdoa kepada Allah, maka mayat itu bertukar menjadi manusia semula. Namun apabila hendak mengebumikan mayat tersebut, ia sekali lagi bertukar menjadi seekor babi hutan yang hitam.. maka bertanya Rasulullah kepada pemuda tersebut "Wahai orang muda, apakah yang telah di lakukan oleh ayahmu sewaktu di dunia dahulu?". Orang muda itu menjawab "sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat".
Kemudian Rasulullah berkata "wahai sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan solat. Pada hari kiamat nanti akan di bangkitkan oleh Allah seperti babi hutan yang hitam."
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

hebatnya Abu bakar!

Abu bakar as-siddiq merupakan salah seorang dari sahabat rapat baginda, Nabi Muhammad S.A.W. Seperti yang kita ketahui, Abu bakar merupakan khalifah pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad. Beliau sering berjuang bersama2 Nabi Muhammad dalam perperangan anrata nya perang Uhud and perang Hunain. 


Dalam banyak2 peristiwa yang menunjukan kasih sayang dan cintanya Abu bakar terhadap Nabi Muhammad adalah ketika beliau bersama2 menemani baginda untuk berhiijrah ke Madinah. Ha...sebelum bace perenggan seterusnya, cepat2 fikir gua apa yang Nabi Muhammad and Abu bakar gunakan untuk bersembunyi??? Nie soalan darjah satu nie.. kalau korang tak boleh jawab memang budak darjah satu lagi hebat dari korang.. muktamad!


Jawapan nya Gua Saur.. gua nie antara gua yang sunyi sebab gua nie merupakan tempat persinggahan binatang2 liar and berbisa. So, memang tak de orang nak tinggal di sana. Apabila Abu bakar dan Rasulullah masih dalam perjalanan ke gua saur, Abu bakar sentiasa salam keadaan gelisah. Sebentar beliau di depan Rasulullah, sebentar di belakang, sebentar di kanan dan kiri. Jadi Rasulullah bersabda "Kenapa kamu ini wahai Abu bakar? saya tidak mengerti tingkah lakumu!"
jawab Abu bakar "Ya Rasulullah, saya rasa ada pengintip di depan anda maka saya berada di depan agar anda terlindung. Kemudian saya teringat kepada pemburu, maka saya berada di belakang anda. Sesekali saya berada di kiri dan kanan adalah untuk mengawal"


Apabila mereka tiba di gua saur, keadaan sudah gelap gelita.. maka Abu bakar nekad memasuki ke dalam gua untuk membersihkan tempat mereka akan duduk. Abu bakar memindahkan batu satu persatu dengan beliau mengoyakan secebis demi secebis pakaian nya untuk melapik tangan nya dari terkena bunatang berbisa. Dan apabila Abu bakar mengais seketul batu dengan kaki nya, tiba2 kakinya di patuk ular. Bayangkan betapa sakitnya bisa di patuk ular, tetapi Abu bakar tetap mendiam kan diri dan menahan.


Setelah selesai, Abu bakar mempersilakan Rasulullah duduk.. kerana sangat keletihan Rasulullah tertidur di pangkuan Abu bakar. Walaupun bisa patukan sangat menyakitkan, Abu bakar tetap tidak berani bergerak kerana bimbang Rasulullah akan terbangun. Beliau menahan sakit itu sehingga air matanya menitik di muka Rasulullah. 


Rasulullah berkata "Mengapa kamu menangis wahai Abu bakar?"
abu bakar menjawab "tadi saya di patuk ular wahai Rasulullah"
"mengapa kamu tidak kabarkan kepada saya" kata baginda
Abu bakar menjawab "saya takut mengejutkan kamu"


Apabila matahari sudah menaik maka Rasulullah terlihat pakaian Abnu bakar yang koytak rabak, lalu baginda bertanya. Maka setelah Abu bakar menceritakan segala yang dilakukan ketika memindahkan batu2 di dalam gua itu, Rasulullah berdoa kepada Allah "Ya Allah! Jadikanlah Abu bakar sedarjat denganku pada hari kiamat!"
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

dari anak muda..


biasa la kalau anak muda berdarah muda la kan,(yang dah tua, berdarah tua?? -.-) darah pun ade tua muda, ini kan pulak pemikiran.. memang banyak perbezaan pemikiran dari segi golongan muda and orang lama (sopan siket) nie.. so moh kita selami pemikiran anak muda sekarang, jum2 menyelam ke dasar hati~~ 
  • Couple
couple itu sesuatu yang perlu, sangat perlu! bile dah couple makne kat sini konfem U dah jadi hak I so boleh la kita buat ala2 macam orang dah kawen.. kalau I nak angkut U pi mane2, just contact jer "hello, i nak bawak u kuar la malam nie" pastu ambik jalan.. limit time nak bersama 1 hari 1 malam pun tak per, janji u dengan i (i suker!!!). takat nak pegang2 mane2 its ok la, I kan hak U.. tapi kalau orang lain nak pegang I, I kena cakap pegang2 antara bukan muhrim tu haram... 
*  makna nya kat sini, couple tu lebih kurang je macam dah kawen...cuma couple tu de akad nikah jer, perlu ke akad nikah?? ala benda tu kan tuk yang nak jadi suami isteri, kitaorang baru couple la. Ehhh kalau dah tau akad nikah tu untuk suami isteri, so perlu la jugak taw limit2 nk bercouple tu camner dik oi!!!!
  • Hot
pe barang kalau nama nye remaja tapi tak hot... kalau U tak boleh jadi hot, balik kampung la.. nak jadi hot?? ok2, first kena la merokok.. baru nampak macho kalau merokok, tak kesah la laki ke pempuan ke.. merokok mane ikut jantina der. second, lepak kat mane2 shopping complex ker mall2 ke baru la orang pandang kite nie hebat.. third, pakaian bro.. pakaian tu main peranan penting... kena la pakai pakaian yang boleh tarik minat orang and senang aweks/mamat2 nak sangkut..lagi2 girl kena la pakai seksi2 takat2 tup ape perlu jer..
*sape ajor korang buat sume benda tu nama nyer HOT??? hampeh! tu nama nya menghancurkan masa depan generasi muda! menghancurkan masa depan negara! menghancurkan institusi kekeluagaan! nak2 aqu tambah lagi banyak2 kang.. pikir la beb, kalau macam tu cara nak jadi hot tak jadi pun tak pe kot! bukan tak boleh idup~
  • Aurat
ala U jangan cite dengan I la pasal2 aurat nie... U nak suh I bertudung litup pakai purdah sume ker??? nie bukan negara arab ke iran ke la.. tak payah berlitup2 camtu... U taw tak nie zaman cyber! CYBER! so jangan la ketinggalan sangat... U nak ke nanti orang kata U nie budak kampung, ketinggalan zaman. tak payah kutbah2 dengan I.. I muda lagi okeh, kang dah tua siket sebelum mati I tutup la aurat, I bertaubat.. panas taw tak nak pakai tutup2 semua nie, kalau ye pun U sorang je la buat.. I belum dapat seru la nak pakai camtu.
*wah wah wah wahhhhhhhhhh makne nyer nak kena pi arab ke mesir ke dulu la ye baru boleh tutup aurat?? tak pun tunggu usia dekat2 dah 45 tu baru kita berusaha dok atas sejadah, taubat and time tu baru dapat seru la ye?? buang la cara pemikiran "dah tua baru taubat".. ajal tak de sape tau bila, aqu sendiri pun tak tau ajal aqu bila.. tah2 kejap lagi ke sok ke jadi sedar2 kan la diri..
  • Islam
ehhh mesti la saya islam... dalam IC saya nie kan dah tulis saya islam, lagipun mak ayah saya memang islam.. solat?? erm kadang2 saya buat jugak...tengok la mane yang sempat. ala tak pe, kalau kita islam nanti kat akhirat last2 kita akan di masukan ke syurga jugak.. jangan risau la..
*ohhh camtu ker??? aqu tak pulak taw... last2 kita masuk syurga gak erk?? makne nya awal2 masuk neraka dulu la??? nak merasa jugak ke masuk neraka?? nauzubillah..
  • Belajar
ala malas la bab2 belajar nie... tak nak la jadi sekema sangat.. lagi pun kalau tak belajar pun, dapat jugak keje nanti punye..kan rezeki tu ade kat mane2.. 
*macam tu pulak?? entah la... tapi sekurang2 nye dengan ilmu yang ade tu berguna kan untuk masa depan.. and dengan ilmu yang ade tu jugak kita dapat ubah kan masa depan kita??

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

kau nie macam....

haaaaa ok! arinie kita bukan nak belajar pasal nama2 haiwan ye..jangan salah paham. tapi ade la kena mengena dengan haiwan tu.. korang penah dengar tak bile kawan2 korang ke sahabat handai ke cakap "kau nie macam biawak la"... tak pun "kau nie macam anjing tul la".. ha aqu heran tul bile aqu dengar part2 camtu, kadang2 sampai geleng2 tunduk2 ikut telunjuk.hahhah lebey sudeh... bukan pe, kadang2 rasa macam sian pulak orang tu di sama kan dengan binatang.. kalau kena kat aqu memang aqu kata, "kau tu macam binatang mane pulak??",  ade aqu kesah orang tu nak mare tak, dia yang mula dulu kan.. 



nie la antara yang pernah aqu dengar... aiya, sian binatang tu... diaorang tak penah buat salah dengan korang, korang tuduh dia macam2.. tapi yang satu nie aqu tak boleh terima... ishhh mintak jauh la weh cakap macam nie, kang kalau dia jadi betul2 macam pe korang cakap tu memang bertambah la ahli makhluk satu nie kat bumi Allah nie.. aiyak~



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

segalanya bukan di hati!

Assalamualaikum.....


korang penah dengar "baik nya hati dia"?? penah dengar "macam mana pun rupa dia, kalau dalam hatinya baik semua orang suka"?? penah dengar "dalam hati nie bertama aqu sayang kau"?  ok! aqu boleh cakap semua tu salah! salah kenapa?? salah kerana hati sebenarnya tak tahu apa2! tak paham? ok camnie, sebenarnya semua perasaan dan sifat baik tu bukan lah datang dari hati! sape tak percaya angkat jari kaki.. dah la kalau korang tak nak percaya terpulang.. aqu ade bukti kenapa aqu cakap camtu. korang nak bukti baru percaya?? okeh2 aqu bagi bukti.. pasnie jangan nak salah kan diri sendiri pulak kenape tak percaya awal dari tadi kan.. ok nie bukti nyer..
v
v
v

korang pernah tengok pembedahan hati?? penah terbaca tentang penderma hati?? tak penah? ok tak pe, aqu cerita.. bila seseorang tu membuat permindahan hati or dengan kata lain mendermakan hati nya kepada insan yang memerlukan, bermakna ada orang lain yang menggunakan hati yang sama dengan nya kan. so kalau semua perasaan dan sifat baik or buruk tu ade dalam hati, kenapa orang yang menerima hati/mengunakan hati penderma tu tadi tak dapat perasaan and sifat yang sama dengan penderma?? ha jawab2... kalau dah korang kata semua nya ade di hati kenapa boleh jadi camtu?? kenapa?? kenapa??? hhahahhahahhaha 

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

raya dulu vs sekarang

  • ucapan raya 
ok! dulu aqu dapat bertimbun2 kad raye, macam2 pantun raya la dalam tu nak tulis kan.. pecah kaca pecah gelas pecah cermin tingkap sume ade.. la nie bile teknologi dah canggih sume nak antar pakai sms jer.. tapi aqu akui kad raya tu lebih bermakna la, bak kata orang feeling lebih... 

  • ketupat
tang nie memang aqu kesian betul kat budak2 la nie... agak2 nya la, satu hari nanti  jangan kata nak buat ketupat, bentuk ketupat sebenar pun belum tentu diaorang taw.. maklum la ketupat sekarang cepat, mudah dan berkhasiatttttt~ (*ketupat dulu tak berkhasiat ka??)

  • pelita
ha..penah korang buat pelita buluh tu?? tak penah kan... tu la korang canggih sangat, mesti korang pakai pelita yang letrik moden tu kan..main petik suiz jer.. best taw guna pelita buluh, cantik and asli baru terasa semangat nak pasang pelita.. nie pakai pelita letrik, nak main mercun pun payah!

  • duit raya
haaaa tu aqu suke zaman dulu...dulu tak main la singgit dua hinggit nie... dulu paling2 koman pun 5 hinggit taw.. (tu yang aqu dapat 400 sehari duit raya.hhahha) sekarang..nah! sehinggit..mimpi la nak dapat lebey.. maybe sebab harga barang da naik kot... tapi tak pe la asal ikhlas kan kan =)

  • baju raya
hakhakhak bile sume dah moden mesti baju pun nak moden kan.... sekarang punye baju canggih wo... lutsinar! jadi bile pakai tu sangat la nyaman and tak panas kan.. maklum la malaysia nie cuaca nya panas sangat ye tak??? tak macam kat padang pasir tu sejuk! ;p

  • minuman raya
 ribena?? class kau maria!! hahhahha kalau dulu2 tiap kali aqu masuk raye umah jiran2 je sume bagi sirap sirap sirap haiya sampai tak larat dah aqu tengok.. kadang2 sampai tak berusik dah air tu. la nie moh kita pakat ramai2 bagi ribena pulak baru class jah!

bila teknologi canggih sangat pun tak best pulak... ye la, tak terasa dah hari raya yang sebenar tu, sume nak moden jer.. 



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

rapatkan, bukan jarakan!

Assalamualaikum...


aqu terasa nak tulis pasal topik nie sebab banyak kali dah aqu tengok kat masjid/surau bila solat jemaah je (*muslimah) mesti saf tu tak lurus...tu satu hal, kalau pasal rapatkan saf lagi la,payah benor... pe salah nya kalau nak rapatkan saf??? bukan nya masing2 bawak cas elektrik pun sampai tak boleh nak rapat... korang taw tak Rasulullah SAW penah bersabda bermaksud :Luruskan saf kamu, kerana saf yang lurus termasuk solat yang sempurna.”

Aqu tak paham tul la...(emo nie!) bila aqu cakap je suh rapat and lurus kan saf, boleh pulak ada yang pandang sinis... helo!!!! aqu cakap baik2 la, lagi pun aqu suh korang buat benda betul..bukan nya aqu tengking ke tinggi suara ke, aqu cakap sambil senyum pun kan???? lagi pun tak dengar ke imam pun cakap benda yang sama??? tak paham betul la aqu! ada makcik sorang nie pulak boleh buat muka tak heran je aqu cakap, wahai makcik sayang, saya taw la makcik tu lagi banyak makan garam dalam kehidupan atas bumi Allah nie tapi tak bermakna saya yang muda nie tak boleh menegur pekara yang betul.. tu la susah bila wujud manusia sombong! pantang ditegur!


rapat kan saf tu bukan bermakna sampai korang tersepit2 tak boleh nak solat... rapat kan saf tu bermakna bersentuhan bahu antara saf kanan dan kiri.. payah ke??? geli ke nak rapat kan saf?? kita nie kan saudara... saudara seislam... jadi kenapa nak merapatkan saf pun terasa ragu2?? nie tadi, aqu pulak yang kalut nak rapat ke kanan ke ke kiri ke dah macam nak kena suai padan pulak aqu sorang2 kat situ, boleh manusia yang tepi2 and belakang aqu boleh pandang je and terus solat..adehhhh aqu suh masuk saf diaorang boleh buat tak taw jer.. sedih betul la :'(  korang tak de alasan la tak dapat nak rapat kan saf... nak kata imam dah start solat?? takut terlepas?? helo! korang solat kan?? bukan jadi tiang... jadi dalam solat kita dibenarkan bergerak beberapa tapak untuk merapatkan /meluruskan saf la......... huh


*minta maaf kalau ade sesiapa yang terasa kalau aqu menegur, tapi seingat aqu seumur hidup aqu bila aqu menegur orang aqu tetap tersenyum dan tak bermaksud nak tunjuk pandai or pape just nak berkongsi ilmu dan mengamalkan nya...
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

lagussss raya~~

Assalamualaikum...


sape tak suke dengar lagu raye???? sume suke erk... aqu pun suke.. tapi ade part yang aqu tak suke... nak taw pe??? bila lagu rase di pasang pada awal and pertengahan ramadan! bukan aqu nak menghilang kan mood raya/syawal but korang menghilangkan mood ramadan... berbalik pada hari terakhir untuk ramadan tahun lepas, pe yang korang nanti??? korang panjatkan doa pada ilahi agar berpeluang menyambut ramadan lagi tuk taun nie kan??? tapi bila dah di beri peluang itu, mengapa seolah2 ingin ramadan cepat berlalu??? sepatutnya sedih.. sedih kerana ramadan itu bakal meninggal kan kita, dan takut dah tak ada lagi peluang untuk kita menyambutnya pada taun depan.. 


memang tak salah lagu raya tu di dendang kan, tapi dalam kegembiraan tu selitkan kesedihan berlalunya tiap saat ramadan itu.. cuma, kenapa masa pertengahan bulan syaaban dulu aqu tak dengar langsung lagu ramadan erk??? =) mungkin kita semua belum kenal or menghayati  anugerah dan nikmat sebenar bulan yang bernama ramadan berbanding syawal..
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

life with love! muahhh

Assalamualaikum....

baju raye dari umi & abah..muuuahhhh
erm agak2 lame gak nie aqu tak menulis...bz la katakan..hehhe pe yang menarik2 aqu untuk menulis entry kali nie ialah kejadian semalam... kejadian??? ohhh no! bukan sesuatu yang ngeri berlaku ye, but wonderful plus awesome... tentang aqu berbuka di umah umi and abah!! ape yang menarik nya takat berbuka?? bukan dengan artis?? cehh sape yang cakap camtu memang aqu nak sekeh2 je kepala diaorang..hhahah yup2 setakat umi and abah tu memang semua orang ade.. tapi korang tak de umi and abah yang macam umi and abah aqu! that make me proud to have them~ ahh ade aqu kesah nak buka dengan artis??? artis tu bukan aqu kenal pun, kalau aqu gi berbuka dengan diaorang belum tentu diaorang ingat aqu kan kan kan... 


Tapi macam tak caye pulak aqu gi berbuka umah diaorang.. aqu rase boleh la cakap nie buat pertama kali nya dalam seumur hidup aqu nie aqu gi berbuka umah orang lain.. maksud aqu, kalau takat umah sedara tu, ok memag pernah.. tapi kalau umah kawan ke yang lain ke, serius tak penah! pe hal nak kata aqu kolot?? yup i'm.. kadang2 orang yang kolot tu la yang lebih menjaga adab and batas agama kan.. dari orang yang terover2 moden nie! :p

So thank you soooooooo much to my mom and dad sebab bagi hamba kesayangan mu nie pi berbuka kat umah umi and abah.. and tak lupa buat abah and umi, thanksssss sebab masak sedap sangat sangat sangat sangat sampai overload makan.. (*serius aqu tak penah makan banyak macam semalam!) last sekali xiexie, arigatougozaimas kak jue (Juhaidah) and rizal (syahrelzal) sebab rajin ambik and hanta hamba nie (*dah macam pe jer aqu dalam kereta.hhahah).. korang TERBAEK la! syukran Ya Allah coz You still give me happy life and relation with each of them! (*terharu..)

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

hanya kerana kau...

Assalamualaikum...


ok, sempena jumaat yang mendamaikan nie aqu nak bagi tazkirah buat sekian kalinya, so sape kaum adam yang tak pi solat jumaat tadi boleh la ambik nie sebagai khutbah.hihi 


korang sayang ayah, saudara lelaki, adik beradik lelaki korang and sesape yang dah kawen tu sayang tak dengan suami korang??? sayang?? serius?? 100%?? aqu boleh katakan kita tak cukup menyayangi mereka! Cop! yang lelaki bace nie jangan nak buat muka sedih nak menangis pulak, yang perempuan jangan nak emo sampai nak bakor rumah aqu ye.. ini kenyataan! taw kenapa... sebab apa?? sebab dosa dari aurat yang diperlihatkan oleh seorang perempuan kepada bukan muhrimnya bukan sahaja dipikul oleh diri mereka sendiri sahaja bahkan golongan2 diatas turut bertanggungjawab memikul beban dosa tersebut.. itu yang di kata sayang?? yup! sharing is caring...tapi dalam hal nie, memang nak kena penampor la sape yang kata camtu..


dan dalam sedar tak sedar jugak setiap hari kita perlu menanggung dosa bukan sahaja diri kita sendiri malah orang lain... nak kata aqu merepek??? Tak, aqu tak merepek..taw kenapa??
1. sebagai seorang sahabat --> sahabat yang mempengaruhi/ mengajar/ menjadi contoh kepada seseorang wanita untuk membuka aurat, mereka perlu bertanggungjawab bersama untuk menanggung dosa wanita tersebut! so sebagai sahabat kita digalak kan untuk saling tegur menegur, itu baru di nama kan sahabat..bukan sekadar menerima apa sahaja keburukan seseorang sahabat itu!


2. sebagai photographer --> haaa memang sape yang jadi photographer same ada yang bertauliah or tak perlu taw benda nie! korang taw tak, bila korang ambik gambar seorang perempuan or lelaki yang mendedah kan aurat mereka bermakna korang dah enter to the club menanggung dosa aurat mereka bersama2. yup! memang korang punya gambar berseni, tapi berseni2 jugak la kan yang salah tetap salah! apetah lagi kalau korang bagi tengok or pi sebar kan kat tenet..


3. orang awam --> sape kata tak de kena mengena??? ok2 korang tak nak ade kena mengena..ok2 tak pe tak yah ade kena mengena..tapi cop!!! ade syarat....syaratnya korang kenalah memandang hanya dengan sekali pandangan/ sekilas pandangan... ok =)


4.taw kenapa kita tak digalak kan beli majalah mangga?? yup betul sebab dalam tu gambar artis dia bukan main lagi..tapi bagi aqu tak baik kita sekadar menyalahkan majalah tu..sebab pe? ok, korang rasa tak patut beli majalah mangga tu sebab pe?? sebab majalah tu artis dia pakai pakaian mendedah kan aurat kan?? ok camtu aqu tanya korang, aurat sebenarnya dari mana ke mana?? aqu rasa majalah lain pun sama je ada jugak yang mendedah aurat, even hanya rambut sekali pun kan... sebenarnya tanpa kita sedar, sebagai pembaca or pembeli kita sebenarnya turut menerima saham dosa atas aurat mereka..kerana apa?? kerana kita termasuk dalam golongan yang seolah2 menyokong mereka mendedahkan aurat..
kita pikir2 kan lah..selama nie berapa banyak dosa yang kita terpaksa tanggung di sebabkan orang lain dan orang lain terpaksa tanggung disebabkan kita??..so, tak payah la nak cakap "hal aqu, aqu punya pasal la" or " kubur lain2" ke pe ke kan.. kalau orang tegur tu terima je, cuma terpulang korang nak berubah or tak, sebab sekurang2nya orang yang menegur tu dah terhindar dari turut serta dalam "sharing is caring" korang tu..
Nauzubillah…wallahualam

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)