0 penyumbang pandangan

lelaki menjelang 2020 *.*

   Hohohoho bile zaman dah maju teknologi dah maju, tak gunalah jika kehidupan kita masih di zaman paliolitik! (betul ke aqu eja tu??) So..gaya hidup pun mesti la berubah beb! Tapi tapi tapi tapi.. tidak lah ku maksudkan sampai melanggar hukum agama ye, ingat itu.. jangan jangan jangan jangan.. berdosa nanti~ *menggunakan perkataan gandaan 4 adalah kerana kesesuaian kepada kepala yang ting tong di pagi hari ini =) harap maklum.


Jadi jadi jadi jadi... pada pemikiran aqu yang ala2 50.5% setaraf dengan albert einstein (ye ke -.-) maka aqu dah buat kaji selidik berkenaan kerjaya golongan2 adam pada masa hadapan. Bukan lah merendahkan kaum adam, ohhh tidak sama sekali.. tapi tapi tapi tapi terjadinya keadaan itu adalah di sebab kan minat, trend or siket2 dunia ini di kuasai golongan hawa. (ye ke siket??? tak pe sekadar sedapkan hati kaum adam)


Apakah apakah apakah apakah kerjaya tuk kaum ada di kala zaman 2020 itu?? nie sebahagian idea yang telah aqu kaji. ( ceh! nada2 berlagak di situ ~ lalallala)
  • Chef --> ohhh tidak heran sudeh, memang sudah ramai kaum lelaki yang jadi chef zaman nie pun! Ha antaranya antaranya antaranya sape lagi chef no 1 negara.. taraaa Chef Wan! i suke dia u.. suke2.. Yang kedua yang kedua.. Chef Ismail! i like! dia nie pun best2.. kedai makan dia terbaik i cakap.. kenyang makan sana ;) Eh dah2 aqu bukan nak cite pasal sape chef2 di Malaysia nie.. so ye la ye la memang betul lelaki masak lagi sedap.. and bagi aqu sape2 pun yang nak masak tuk aqu memang aqu puji sedap punyer..hahahha so bile dah dunia chef2 nie di kuasai lelaki (tak kira di rumah atau luar), maka tempat wanita bukan lagi di dapur kan kan.. al maklum lah memang ramai jugak kaum hawa yang bukan tak taw tapi kurang taw masak..hihi 
  • Surirumah / stipendiary --> Sebelum tu.. ejaan surirumah jarak ke tak?? o.0 Ok surirumah dengan tukang masak berbeza ye.. meh2 di sebab aqu nie dah arif siket berkenaan kerja2 surirumah nie biar la aqu cerita siket tugas2 nya (al-maklum isteri solehah! hoho amin!). Kerja2 surirumah nie meliputi... kerja2 menyapu dari depan hingga ujung rumah dengan kata lain segala pelusuk rumah okeh + mop sekali ye, penting tuk kebersihan budak kicik2 + membasuh menyidai mengangkat melipat segala yang berkaitan dengan kain (nie paling buat aqu sakit pinggang! tolong la mane2 pakar ciptakan berus yang boleh bergerak sendiri.. sape yang pakat campak je baju dalam mesin tu, sila la pikir 4 5 kali sebab bukan sume boleh campak je dalam tu) + segala yang berkaitan pinggan mangkuk cawan + segala habuk2 yang dok bertapa di kelengkapan2 (vakum je la!) + siram pokok + basuh segala yang berkaitan bilik air. Tu pun dah cukup.. jadi aqu percaya suatu ari nanti lelaki boleh buat!
  • Babysitter --> Wahhhh comel2.. bakal ayah penyang! Korang penah pergi nursery?? ala bukan yang tempat tanam2 pokok tu.. nie yang tempat childcare tu.. ha lepas nie tempat2 tu di kuasai oleh lelaki! bukan pelajarnya, tapi gurunya. =) Korang jangan memain.. sekeras2 tangan lelaki, tapi masih ada anak2 yang lebih selesa dengan bapa mereka dari ibu mereka.. percaya tak?? tanye orang sekeliling korang.. ramai dah aqu tanye (namanya pun buat kajian.. ;p)
  • Mak andam --> Bab nie memang aqu no idea nak cakap! serius! Ye la yang nak makeup2 nya pempuan tapi tukang makeup nya lelaki.. padahal secara fitrahnya lelaki tak pakai makeup.. wow! serius aqu cakap aqu tabik la sama diaorang, sebab aqu sendiri pun bukan reti benda2 camtu (kureng berminat makeup2 nie, neutral beauty gitu.hhahha perasan tuk sekian kalinya!) Tak rimas ke pakai makeup tebal2 -.-
  • Pereka fesyen --> Ha nie masalah nya.. bilesss lelaki yang jadi pereka fesyen. Bukan tak boleh, of couse boleh! sangat boleh kalau mereka bijak dan sensitif pada kaum hawa. Pe kejadah aqu merepek nak sensitif2 bagai?? Ye la, bile lelaki yang buatkan baju tuk kaum hawa, bermakna bermakna bermakna mereka akan buat baju ikut keselesaan mata diaorang. sape setuju dengan aqu?? Alah sure la, kalau tanye mana2 kaum lelaki yang bukan pereka sekali pun, diaorang akan jawab "baju tu kalau ketat siket lagi cantik,baru fit ikut badan pastu yang kain tu tak payah labuh2 sakit mata!". betul tak?? :p

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

asal usul API

   Ok adik2..adik2?? Tak kisah la.. ari nie kak suana nak bercerita tentang asal usul kewujudan api ok. Ye akak taw ramai yang dah taw api tu asalnya dari neraka kan.. tapi sepanas mana api tu?? ha tu kisah yang ramai yang masih blur2 kan, so meh akak cite ye.. (pe hal aqu skema tahap biawak parsi nie -.-). Dah2 jom mulakan cerita..


Suatu ketika dahulu selepas Nabi Adam di turunkan ke bumi, maka Allah telah memerintahkan malaikat Jibril bertemu malaikat Malik tuk mengambil api dan membawa api ke bumi bagi kegunaan Nabi Adam.. Taw malaikat Malik tu siapa pulak?? Malaikat Malik tu lah ketua bagi malaikat yang telah di perintah Allah tuk menjaga neraka. 


So dipendekan cerita, malaikat Jibril pun pergi la berjumpa malaikat Malik tuk mengambil api. Maka terjadilah dialog antara malaikat Jibril dengan malaikat Malik..
Malaikat Jibril : "wahai Malik, aqu diutuskan Allah supaya mengambil api neraka untuk kegunaan Nabi Adam"
Malaikat Malik : " wahai Jibril, berapa banyak kah yang kamu mahu??
Malaikat Jibril : "sebesar sebiji buah tamar"
Malaikat Malik : "tahukah kamu wahai Jibril, kalau aqu memberi kepada kamu api neraka sebesar buah tamar maka hancur leburlah tujuh petala langit dan bumi disebab kepanasan nya"
Malaikat Jibril : "kalau begitu berilah aqu api tersebut separuh biji buah tamar"
Malaikat Malik : "kalau aqu berikan kepada mu api neraka seperti yang kamu minta, ketahuilah bahawa langit tidak dapat menurunkan setitik air pun ke bumi dan ini akan menyebabkan tiada tumbuh sebarang tanaman"


Mendengar kata2 malaikat Malik, maka malaikat Jibril berdoa kepada Allah.. "Ya Allah,beritahulah kepadaku sebanyak manakah yang harus aqu ambil api neraka ini"


Lalu Allah berfirman yang bermaksud "ambil lah api itu sebesar biji sawi"


Setelah mendengar firman Allah, maka malaikat Jibril pun mengambil api neraka sebesar biji sawi lalu membasuhnya di 70 buah air sungai di syurga..setelah itu malaikat Jibril bertemu Nabi Adam dan meletak kan api tersebut di gunung yang tertinggi. Sebaik sahaja malaikat Jibril meletak kan api tersebut maka larutlah gunung tersebut. 


So ketahuilah kita api neraka itu tak terjangkau di fikiran kita betapa panasnya ia.. tidak takut kah kita jika di sana nanti kita akan di tempatkan?? 
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

malaysia negara celup ;)

  Opsss sory! aqu bukan mempertikai or merendah perjuang2 melayu yang mempertahan kan tanah air, bukan tu yang nak dibahaskan.. so aqu minta maaf tersangat sebab tajuk tu "panas" siket. Dan aqu bukan la penyokong mane2 parti politik -.- tak berminat! okeh..


Tapi ape yang aqu maksudkan celup??? ok! sebelum tu aqu tanye korang dulu la... NEGARA MALAYSIA NIE NEGARA ISLAM KE??? jujur la... bagi aqu, TAK! ye..memang aqu jawab NEGARA MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM! tak puas ati??? nak saman??? Hello!!!! nie fakta la... ok la kalau aqu salah, aqu nak tanye.. bukan ke nagara islam tu bermaksud negara yang mengamalkan undang2 sepenuhnya berpandukan Al-quran dan hadis??? ye memang negara Malaysia ada amal kan "sesetengah" perkara, tapi ingat.. sesetengah perkara masih tidak melayakan di panggil negara islam!

Aqu bagi contoh.. korang islam, tapi tak solat?? kira islam sepenuhnya ke?? tak kan.. masih dikata kufur kan?? so sama macam negara Malaysia nie.. undang2 kita bukan berdasar Al-quran dan hadis sepenuh nya, tapi berdasar suruhanjaya Reid yang telah di olah serba sedikit so makna nya dari penjajah! 


Ye memang tak di nafi... negara makin maju, makin moden.. jangan terlalu kuno! Tapi siapa kata undang2 islam tu kuno?? undang2 islam adalah undang2 yang kekal rasionalnya sepanjang zaman! (maka aqu tak faham kenapa dikata hukuman hudud tak boleh di laksana kerana negara nie berbilang bangsa..). Aqu tak pertikaikan sesiapa, tapi sebagai manusia aqu rasa kita ada hak bersuara asalkan ia rasional dan tak melanggar mane2 hukum agama.. Fikir la.. baru zaman nie ke wujudkan pelbagai kaum nie?? baru abad nie ke manusia ada pelbagai agama?? tak kan..dari dulu, jadi kenapa zaman Nabi2 dahulu tetap melakukan nya?? dan islam terus berkembang kan???


Pendapat aqu, sebenarnya tak de sebab untuk kita ragu2 atau takut untuk melaksanakan undang2 islam di negara Malaysia nie.. untuk apa kita takut?? takut islam dipandang serong??? untuk apa?? tak ingatkah kita bahawa Allah tetap akan menjaga agamanya?? Maka tak kan lupus islam di dunia nie kalau kita terus berpegang padanya.. sebenarnya pelaksanaan undang2 islam banyak baiknya.. setakat undang2 malaysia yang merompak di kena sebatan dan denda, maka aqu jamin akan tetap berulang pekara yang sama malah mungkin akan di lakukan oleh penjenayah yang sama.. Berbalik pada diri sendiri la kan, kalau kita sendiri tak yakin/percaya dengan apa yang telah di tetapkan jadi jangan harap orang lain akan tertarik.


So aqu boleh kata kan negara malaysia nie BUKAN NEGARA ISLAM tapi negara ORANG ISLAM.. kenapa?? sebab memang tak di nafi majoriti peratusan umat islam negara nie sangat la tinggi.. syabas Malaysia! tapi aqu tau kenapa majoriti tu jadi tinggi.. kerana korang perasan tak, undang2 mengatakan bahawa sesiapa melayu yang lahir dari kalangan keluaga islam maka automatik dia islam kan??? so sebab tu la makin banyak wujudnya islam hanya pada nama! 


*Cara yang paling mudah untuk menilai sesebuah negara itu islam atau tidak, lihat lah pada wanita2 di dalam nya.. kerana ia sudah cukup menggambarkan keadaan islam sesebuah negara.. kerana wanita itu lah permata dan wanita juga lah menjadi kepincangan terhadap sesuatu perkara.

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

bila dibahas kita jawab -.-

  Eh2 nie bukan pasal perbahasan (tapi lebih kurang la..) yang penting tak de kena mengena langsung dengan soalan PMR ke SPM ke ye, kalau yang tu lebih baik cari yang lebih bertauliah dari aqu ok! ^.^
Erm aqu rase ramai jugak kot dari korang yang ade pengalaman yang bile korang nasihat sesorang je, pastu korang balik yang di nasihatkan or dengan kata lain di hembur ayat panas gitu.. rasa menyesal tak nasihat orang camtu?? rase tak rase tak?? ke rase nak bagi flying kick sesaat??hehhehe Aqu rase sebab tu la masyarakat kita nie jadi tak berani nak menegur walaupun "benda" yang diaorang buat tu depan mata kita, and sampai naik menyampah tahap tong sampah kita nak tengok. "Benda" tu hape?? ala tak kisah la, umum.. so lepas nie korang jangan takut2 lagi nak tegur ye, aqu dah sedia kan jawapan terbaik tuk orang2 camtu..
berpelukan bukan mahram


1. nie hal aqu la, ko tu sape nak tegur2..
--> Ko tak taw ke yang setiap perigatan/nasihat tu datangnya dari Allah! makna nya ko tengah cabar Allah! tak takut ke 5 minit kang tetiba nyawa ko tu ilang??

2. aqu punye hal la, jaga tepi kain orang buat pe!
--> Ko tak taw ke yang orang2 sekeliling ko nie tak buta, tak pekak, tak bisu! jadi pe benda yang ko buat mesti libat orang lain jugak.. kalau ko punye hal, jadi pe hal ko duduk bumi tuhan nie!

3. pe masalah ko, kitaorang tak kacau sesape kan!
--> Sebenarnya ko tengah mengacau bumi tempat ko berpijak. Bumi sedang mencela, langit sedang menghina, anggota badan tengah menyampah, malaikat sedang mengutuk perbuatan ko kerana ko sedang murka pada Pencipta nya!


4. Kalau aqu tak nak ikut cakap ko, ko nak buat pe??
--> Kt akhirat nanti kalau malaikat zabaniyah yang rupa tersangat dasyat tu nak bawak ko ke neraka nanti, ko berani jawab "ko sape aqu nak ikut ko"?


5. aqu punye hal la, kubur lain2.. tak susahkan sesape??
--> Ohh ye??? makna nya bila dah mati nanti, mayat ko tu pi kubur tanam diri sendiri la ye tanpa menyusahkan orang lain?? Ko tak fikir ke mak pak kena tanggung dosa ko??


6. tak payah la nasihat orang, ko pun tah2 same je..
--> kalau aqu sama dengan ko, sekurang2 nya aqu dah menyesal.. ko bile lagi?? tunggu malaikat maut depan mata?


7. nanti2 aqu taubat la, belum datang seru
--> Erm ok! nanti kalau datang malaikat maut, cakap la kat dia tunggu sekejap ye saya nak bertaubat.

"Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman, sama saja untuk mereka. Baik engkau beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah menutup hati dan pendengaran mereka, pada penglihatan mereka ada tutup (tabir) dan untuk mereka siksaan (azab) yang pedih" (Al-Baqarah: 6-7)


“Setiap anak Adam berbuat kesalahan dan sebaik-baik orang bersalah adalah orang yang bertaubat.” (Hadith riwayat Imam Tirmidzi)


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

untuk mu sekalian ADAM!

   
Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian.


Wahai Adam....
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.


Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.


Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi...aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.


Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.


Tapi Adam,
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumahseluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.


Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?


Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini


Adam...
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa


*sumber --> syahirul.com thanks bro!
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

syarat sebelum buat maksiat ^.^

   Dosa?? Yup memang kita tak kan terlepas dari melakukan nya.. kadang kala kita sedar dan ada kala nya tidak.. Maksiat?? Erm ye tu termasuk dalam ketagori2 dosa.. tak payah la aqu sebut kan maksiat2 yang ade kat akhir2 zaman nie.. sampai kan pernah jugak aqu terima jawapan dari budak2 yang kureng akal nye nie bila di tegur dia jawab "ko tak payah suh aqu jadi baik sangat la, aqu bukan nabi ok?" (sape kata ko tu nabi -.- hotak kau!huh)  


Ye la ye la kalau dah tak segan silu sangat nak melakukan dosa/maksiat tu, still nak terus kan jugak walaupun dah di tegur.. ok2 kami2 nie bagi la ko peluang... buat la maksiat/dosa tu asal mampu ko penuhi syarat2 nie.. asal ade syarat pulak?? ehh mesti la perlu, sedangkan nak masuk toilet awam pun ade syarat2 nye kan.. ;p so sanggup ke tak??? peluang nie.. ok kalau still nak buat maksiat tu..sanggup nak redah syarat2 tu?? sila la continue bace next paragraf ye ^.~.. 


Erm bila dah bercakap dengan orang yang tak berilmu and bodoh sombong tak mau mengalah nie memang susah.. dia jugak nak betul, walaupun kita nie dah sampai jadi ibuntu ubuntu mengeluarkan hadis2 dalil2 yang mengatakan benda tu berdosa/haram tapi dia still nak menang jugak.. dia still nak tanye jugak ape hak kita nak nasihat dia?? nak mare jugak yang ade kaitan ke kita dengan dia?? So kalau dah dia rase dia buat maksiat/dosa tu betul jadi kita ikut kan je la tapi nah syarat2 yang perlu di penuhi : ...
  • Cari tempat ko sendiri
Faham tak?? cari tempat ko sendiri ye.. Ehhh tempat ko bukan kat bumi Tuhan nie.. segala laut, tanah, hutan, semak, hotel, rumah, gunung, bukit semuanya milik Allah.. ko cari la tempat lain.. tak malu ke nak buat maksiat/dosa tapi still nak menumpang bumi Allah.. ha pi2 tempat lain.. opssss lupe, bulan bintang langit angkasa and segala cakarawala nie milik Allah jugak la ye lupe nak bagi taw.. jadi ko pi la buat alam ko sendiri (alam bunian pun milik Allah ok!)
  • makan?? cari sendiri
Ko suke makan pe?? Durian?? Laksa?? ishh tu kan rezeki dari Allah.. malu la siket.. dah la selalu lupe nak ucap Alhamdulillah kalau di kurnia rezeki.. nie still nak makan jugak lagi rezeki Allah bile dah memilih tuk terus nak buat dosa/maksiat tu.. Tadi ko tanye kan pe hak aqu nak nasihat ko?? ha sekarang aqu nak tanye pulak, pe hak ko nak makan rezeki Allah tu?? tak malu??
  • pulangkan oksigen Allah
Wehhh aqu nak tanye nie... ko bernafas pakai pe erk??? Bukan pakai oksigen ka?? tak guna kan hidrogen, karbon dioksida dan segala yang ade dalam udara tu yeeee???...ye la tu kan milik Allah, biase nye orang2 belagak/ megah diri macam ko tu mesti ade kepunyaan tersendiri.. ko pandai ye cipta oksigen sendiri??? ke boleh cipta sistem pernafasan sendiri??

Cukup la sekadar tu syarat2 nye... tu pun konfem2 ko tak boleh nak penuhi kan??? Ko sedar tak yang umur, jasad and segala yang ade kat badan ko tu milik Allah?? segala apa yang ko pernah guna tu milik Allah?? tak nak mengaku jugak?? ok2 siapa yang menghidupkan dan mematikan ko?? bukan Allah?? dah tu nanti kalau malaikat maut nak ambik nyawa ko tu, boleh ke ko perintah kan dia jangan ambik nyawa ko dulu sebab ko belum sempat bertaubat?? 

Renung2 kan la.. kita nie memang bukan nabi, bukan malaikat... kita nie hamba Alah yang lemah, jadi memang kita tak kan lari dari melakukan dosa tapi kita boleh mengelak dan kurangkan nya.. sebab tu guna nya taubat! Allah tu maha pengampun.. Allah tu memiliki segala2 nya.. sebab kita manusia biasa lah guna nya kita saling nasihat menasihati.. Aqu nasihat ko bukan nya bermakna aqu sangat bagus, tapi kerana kita sesama manusia.. 

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

kisah akal dan nafsu~

Korang pernah bace kisah nafsu dan akal yang di tulis oleh Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi (seorang ulama), dalam kitab dia tu ade menceritakan tentang perbezaan diantara akal dan nafsu... walau pun aqu nie ala2 ketinggalan siket sebab dah lame orang bace tentang nie tapi aqu nak kongsi kan jugak.. sebab aqu pun baru terbace tentang nie lagi pun aqu tau ramai yang belum tahu tentang nie (macam aqu -.-) kan kan..

Ok, sebelum Allah meletakan akal dan nafsu pada manusia, Allah telah menciptakan akal, maka Allah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau". Maka akal pun mengadap kepada Allah. Lalu Allah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah bertanya lagi yang bermaksud : "Wahai akal, siapakah aku?". Lalu akal pun menjawab, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba Mu yang daif dan lemah". Maka Allah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau".

Setelah itu Allah telah menciptakan nafsu dan berfirman yang bermaksud: "Wahai nafsu, mengadaplah engkau". Namun nafsu tidak menjawab tapi sebaliknya dia hanya mendiamkan diri. Kemudian Allah bertanya lagi yang bermaksud   : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu menjawab   : "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau". Disebabkan keangkuhan nafsu maka Allah telah menyiksanya di dalam neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud   : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu tetap menjawab   : "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau". Lalu Allah menyiksa nafsu itu di dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah bertanya lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu menjawab, " Aku adalah hamba Mu dan Engkau adalah tuhanku".

Tengok2 macam mana angkuh nya nafsu.. so dalam kehidupan kita sekarang nie pun kita selalu mengikut kata nafsu dalam setiap tindak tanduk sebab tu lah kita sentiasa jauh dari Allah sedang kan bila ada masalah baru lah kita nak mencari Allah.. sombong nya kita nie terhadap Pencipta. Untuk kaum hawa yang mempunyai 9 nafsu, jangan lah kita terlalu leka mengikut kata2 nafsu.. dan untuk kaum adam yang di beri 9 akal, gunakan lah ia untuk membimbing/ melawan 9 nafsu dari sang hawa.. ^.^ 


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Andai Syurga & Neraka Tidak Ada

  
Mase aqu pi jejalan semalam aqu terjumpa satu buku, tajuk nya "Andai Syurga & Neraka Tidak Ada".. memang aqu tertarik sangat2.. and aqu tabik kat pengarang sebab dia wat warna kulit buku tu macam tu (dari jauh tengok terus nampak -.-). Tapi bile aqu dah dekat terus aqu tersentap tengok tajuk buku tu, serius memang sangat terkejut.. tapi... mase tu dompet aqu tinggal......... huwaaa!!!!! tak dapat aqu beli, tapi akan ku usahakan hari nie =) Masa aqu tengah khusyuk belek2 buku tu, akak kedai tu cakap buku keluaran lama taun lepas punyer and dia boleh bagi diskaun kalau aqu nak (agak nya muke aqu tenung buku tu terlebih khusyuk kot) so aqu senyum sampai ke telinga.. di sebab duit tak mencukupi dalam poket aqu, aqu suruh dia tolong simpankan siap bagi no phon lagi.. akak tu kata aqu terlebih exited~
aqu ciplak gambar dari Mr.google


Erm bile di fikir2 tajuk buku tu, aqu teringat kat satu hadis dalam surah Al-Mukminun ayat 1 hingga 11, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. (Iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kehormatannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanahnya (yang dipikulnya) dan janjinya. dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya."


Sebenarnya banyak lagi sebenar nya hadis2 yang menceritakan tentang syurga dan neraka sebagai ganjaran/balasan atas setiap amalan perbuatan kita..Nabi S.A.W sendiri pun ada menceritakan tentang keindahan syurga dan keperitan neraka.. so konfem! neraka dan syurga itu wujud.. wujud sebelum manusia itu sendiri dijadikan,sebelum nabi Adam diciptakan.. 


Tapi bile kita renung2 kan...adakah setiap perkara yang kita lakukan di dunia ini kerana inginkan syurga dan takutkan neraka?? Ye, kita ingin kan syurga..terlalu nak! dan kita tak mahu neraka, seboleh2 nya tak ingin melihatnya sekalipun! So bermakna tiap apa yang kita lakukan hanya kerana ingin kan syurga dan mengelak dari neraka?? Bukan kerana Allah?? cuma kerana ganjaran/balasan nya?? cuba kita renungkan kata2 dari Rabiah Al-Adawiyah(ketua waliyullah golongan sayap kiri pejuang agama Islam) : "Ya Allah, sekiranya aku menyembahMu kerana takut kepada Neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembahMu kerana mengharapkan Syurga, campakkanlah aku jauh dari Syurga. Namun sekiranya aku menyembahMu semata-mata demiMu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan WajahMu yang abadi kepadaku." 


Jadi kita perlu sedar... sesuatu yang kita lakukan adalah kerana Allah dan cinta kepada Nya bukan kerana syurga atau neraka Nya.. kerana itu wujudnya "Bismillahirrahmanirrahim" yang bermaksud dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.. so dah terang "dengan nama Allah" bermakna segalanya biarlah kerana Allah..syurga dan neraka semua hanya balasan Allah kepada kita, dan Allah mampu menyediakan sesuatu yang lebih baik dari itu andainya tiada syurga atau neraka..renung2 kan..


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

hipokrit tu harus!

 HIPOKRIT??? sape kata tak boleh?? aqu kata sangat boleh and sangat perlu!! (tengok time la -.-) Kadang2 kita nie tak sedar, pakat cakap je pe mulut nak cakap tapi tak nak gunakan akal.. dah tu akal tu nak guna time bile?? time nak jawab exam je?? ke time nak bina ayat balas bile orang nasihat?? ;p


Macam nie la, macam dalam semua perkara kita buat semua nya ada hukum2 tersendiri.. sama la macam hipokrit.. kadang2 hipokrit nie boleh menjadi harus dan kadang2 boleh menjadi wajib dan kadang2 boleh jadi haram. kenapa aqu cakap camtu?? fatwa mane kuar kan?? tak de la sampai ke fatwa2 ok, cuma benda nie memang betul. tak semesti nya betul pe aqu cakap?? aqu bukan ulama?? ok2 tak pe.. aqu bagi contoh..


  • wajib --> ok, bile hipokrit tu di kata wajib?? bile sesuatu tu di tuntut oleh syarak.. contoh pakai tudung/ tutup aurat. pernah dengar orang cakap "weh tak payah jadi hipokrit la tunjuk alim sangat la tutup litup bagai".. ha pasni kalau ade yang cakap kat korang camtu, bagi penampor siket.. biar dia faham siket yang dok bumi Allah nie tak payah nak sombong2 buat peraturan sendiri. Tau tak yang menutup aurat dalam keadaan terpaksa sekalipun menyebabkan dia terhindar dari dosa walaupun tak mendapat pahala.. yang ko tu dok tayang rambut sana sini sah2 dosa nya paham.. (bukan aqu nye hukum tapi dari AL-QURAN!)

  • harus (or sunat wallahualam) --> ok, bile pulak hipokrit tu di kira harus?? bile kita nak jaga hati orang (selagi tak bercanggah dengan agama). Contoh ek aqu bagi, korang pi rumah orang nie la nak beraya.. sekali tengok2 dia buat kan laksa je, korang nie pulak memang jenis tak suka sangat makan laksa (macam aqu je -.-).. so tuk menjaga hati, korang buat2 la suke makan dengan muka yang senyum2 nya konon2 nak tunjuk korang sangat2 menikmati laksa tu.. sebab nabi S.A.W sendiri pernah didatangi oleh seorang kafir yang membawa beberapa biji buah limau untuk baginda.. dan baginda memakan buah itu dengan tersenyum sedang kan limau itu terlalu masam.. dan nabi S.A.W menjelaskan yang bermaksud "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 

  • haram --> hipokrit itu akan menjadi haram apabila timbulnya sifat riak or bermegah2 or sakit hati or yang sama waktu dengan nya la.. contoh eh.. macam korang dapat jam, korang sebenar tak suke sangat warna hadiah tu.. tapi korang cerita kat kawan2  yang korang suke gile kat jam tu siap puji canggih la mahal la pe la orang lain tak kan dapat la semata2 nak menunjukan yang korang dapat hadiah mahal.. memang lebih kurang nak menjaga hati, tapi bile timbul dengan perasaan ingin menunjuk2 tu yang di kata kan sebagai haram! riak!
 So faham kan kenapa kadang2 hipokrit tu perlu... dan kadang2 jadi diri sendiri tu kurang perlu.. sebab kita hidup bukan hanya suka2 tapi perlu ada batas nya.. jadi tak salah sekiranya kita rendah kan ego kita bila ia berkait dengan agama..semoga kita sentiasa dilindungi dari ilmu yang tak bermanafaat, hati yang tak khusyuk, nafsu yang tak puas dan doa yang tak di makbulkan..Amin..

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

dah jadi opah -.-

   
Alhamdulillah, selamat melahirkan.. Erm sape2 jadi opah?? aqu ler.. sape lagi.. ha nok kata aqu belum kawen, bile masa ada anak?? ha tu la.. ingat muda2 tak boleh jadi opah dah ker.. kembar 3 lagi taw cucu aqu.. tapi senjak cucu aqu lahir nie, aqu tak nampak lagi kelibat bapak diaorang.. aishhh mane la dia pi biase memang muncul je kat umah aqu nie tak kire waktu.. dah curang dia nie kot erm...

Memang la aqu belum kawen, tak cakap pun tu anak kandung aqu.. tu anak dari my cute baby (kucing).. nampak je kecik, tapi dah jadi ibu muda dah dia.. semalam la dia selamat melahirkan.. tu yang aqu sibuk sampai tak sempat nak menulis entry nie.. sebab nya aqu bercadang nak menulis entry nie semalam tapi di sebab semangat dan kegumbiraan aqu yang tak abis2 dok tenung je cucu2 aqu tu sampai ke malam jadi tak de mood aqu nak mengadap blog..hihi agaknya diaorang kalau boleh cakap dah cakap dah yang aqu nie "jakun". 

Pape pun 14/09/11 tarikh selamat cucu2 ku di lahirkan jam 11.00 pagi.. ha aqu dah siap daftar kat pejabat pendaftaran negara lagi tau kelahiran diaorang.hahhahha Tapi nak cerita pasal ke semangatan aqu semalam dan kebahagiaan yang tak dapat dibendung (macam lahirkan anak sendiri pulak exitednye), abih semua orang aqu dok kol (ayah, ibu,angah kat U, adik kat matrik, abg faiz tengah meeting, abah tengah keje, kawan aqu tengah shopping) nak bagi taw kucing aqu dah beranak.. huisss memang exited wa cakap sama lu.. comel cucu2 wa..
ade tali pusat lagi...

sepanjang permehatian : mereka suka gusti

tido.. sebab letih dengar aqu bebel

cepat la membesar  =) nanti kita main kejar2 sama2..
nama??? ha yang warna itam belang2 tu Do, yang sebelah kiri tu Re, yang gemok depan sekali tu Mi.. aqu terpikir nama nie mula2.. sekali baru aqu teringat yang kucing2 abg faiz dulu pun ade 3 eko and warna dia aqu dah tak ingat -.- tapi dah di kabarkan ilang... jadi aqu daftar di pejat pendaftaran nama2 cucu2 ku sebagai Do, Re, Mi bagi memperigati kucing2 abg faiz~


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

hati seorang isteri...

 

Hanan tahu. Perempuan dicipta untuk lelaki, dan begitulah sebaliknya. Hawa dijadikan Allah sebagai pengisi kekosongan Adam. Allah tahu. Allah maha tahu. Adam tidak betah keseorangan. Lalu terciptalah Hawa. Hawalah penyeri. Hawalah penghibur. Hawa jua racun berbisa. Bila mana iblis gagal menggoda Adam, lalu diganggunya Siti Hawa.
Rasulullah pernah bersabda, “Jika kamu mahukan dunia, dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, dengan ilmu. Jika kamu mahu dunia, dan akhirat, dengan ilmu.”


“Umi… Abu ingat abi.”
“Abi sibuk. Nanti malam, abi pulang. Abu dah solat? Pergi solat dulu. Kan abi pesan, solat mesti di awal waktu.”


Abu Bakar… Putera sulung Hanan bersama Muhammad. Setelah sah menjadi suri Muhammad, Hanan bercita-cita melahirkan zuriat sehebat Saidina Abu Bakar, seberani Saidina Umar, sesabar Saidina Uthman, dan sekental Saidina Ali, menantu kesayangan Rasulullah. Itulah impian Hanan. Hanan ingin benar memiliki sebuah keluarga Muslim yang berpegang teguh dengan syariat. Kini, setelah hampir sepuluh tahun melayari bahtera rumahtangga, pasangan itu telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Putera sulung diberi nama Abu Bakar, manakala si puteri dipanggil Fatimah Az-Zahrah.


Fatimah… Begitu comel wajah itu. Masih Hanan ingat. Sewaktu Fatimah dilahirkan, Muhammad tiada di sisi. Si suami begitu sibuk dengan kerjayanya. Paginya menjadi penganalisis komputer. Malamnya menggegarkan pentas ceramah. Pendakwah bebas… Perginya ke mana-mana. Hanan bangga memiliki suami yang giat berjuang di jalanNya. Hanan terharu. Tetapi, naluri wanitanya tetap merasai kesedihan bila mana Muhammad tiada di sisi tika dia mahu melahirkan. Andai kata Hanan menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia mahu memejamkan mati di sisi suami. Di pangkuan suami tercinta.


” Ayang nak letak nama apa?”
” Suka hati abang la. Asal abang suka, ayang tak bantah.”
” Sumayyah?”
” Abang suka?”
” Entahlah. Apa kata… Fatimah Az-Zahrah.”


Muhammad mengucup dahi isteri tercinta. Muhammad bahagia bersama Hanan. Muhammad bersyukur kerana Hanan kini menjadi miliknya. Dia tidak salah pilih. Hanan begitu memahami. Hanan tidak pernah merungut dengan segala kekurangan. Hanan sentiasa patuh, dan redha. Muhammad tahu, Hanan kurang setuju dengan permintaanya agar dia berhenti bekerja setelah kelahiran Abu. Tetapi, sebagai isteri yang taat, Hanan akur. Meskipun bertentangan dengan cita-cita, dan azamnya, Hanan tetap menerima. Hanan mahu menjadi setaat Siti Muthiah. Itu Muhammad tahu.


Saidatina Fatimah agak kecewa apabila mengetahui bahawa ada wanita lain yang memasuki syurga mendahuluinya. Siapakah dia? Apakah keistimewaannya sehingga disebut namanya oleh Rasulullah? Dialah Siti Muthiah. Wanita agung mentaati suami. Dirinya untuk suami. Kebahagiaan, dan kegembiraan dicurahkan buat suami.


” Wahai Muthiah, apakah perlunya peralatan itu?” Tanya Fatimah tatkala melihat Siti Muthiah memegang segelas air, sehelai kain, dan sebatang rotan di sampingnya.
” Wahai puteri Rasulullah, kain ini kugunakan untuk mengelap peluh suamiku yang penat bekerja. Air ini kuhidangkan buatnya. Kutahu, dia tentu kehausan setelah lelah membanting tulang mencari rezeki buatku, dan anak-anak.”
” Bagaimana pula dengan rotan?”
” Jika layananku tidak memuaskan hatinya. Aku rela dipukulnya.”
” Adakah dia sering memukulmu?”
” Tidak. Bahkan dia hanya memelukku di sisinya.”
” Kamu memang layak masuk syurga,” bisik hati Fatimah.


Hanan ingin menjadi sehebat Siti Muthiah. Taat, dan patuh kepada suami. Menjadi penawar buat suami. Melahirkan permata hati untuk suami. Paling penting, melahirkan pejuang Islam masa depan. Takbir!! Hanan terkejut dari lamunan. Dia terkenang kisah lampau. Antara dia, dan Muhammad. Antara cita-cita, cinta, dan harapan. Konflik berlegar-legar. Cita-cita membantu ibu di desa. Meringankan beban ibu yang melahirkan. Membalas jasa bapa yang membesarkan. Hanan tahu perit ibu mengandungkan. Sakit ibu melahirkan. Penat ibu membesarkan.


"Kakak,Dulu, kakak cakap, bila kakak dah kerja, kakak nak bawa abang, Amir, Bobo pergi melancong. Nak bawa kami naik kapal terbang. Nak hantar ibu, dan ayah ke Mekah. Kenapa tak boleh sekarang? Kakak tak ada duit ye? Kakak tak cukup duit? Salam sayang dari kami di kampung". Abang.


"Abang,Bukan kakak lupa. Kakak ingat janji kakak. Tapi, apakan daya. Kakak tak punya sumber. Belanja bulanan, boleh ditanggung. Janji kakak, agak sukar dikotakan. Sayang selalu". Kakak.


Konflik terus bermain di kepala. Antara ketaatan, dan cita-cita. Antara harapan, dan cinta. Hati Hanan menjerit. Dia ingin mengotakan janjinya. Ingin meringankan beban ibunya. Hanan merancang sebegitu lama. Hanan fikir, jika Muhammad membenarkan dia bekerja tetap, pastinya dia dapat menepati kata-katanya. Membantu keluarganya. Mengapalah Muhammad tidak pernah mahu mengerti?


” Ayang… Minggu depan abang kena bagi ceramah kat Kedah. Mungkin dalam dua hari.”
” Pergilah bang. Orang dah jemput.”
” Macam mana anak-anak?”
” Abu… Macam biasalah. Sikit-sikit, abinya. Fatimah pula, tiada masalah.”
” Ayang… Penganjur tidak dapat sponsor ceramah abang. Minggu ni, kita jimat sikit ye. Duit ibu dah hantar?”
” Emmm….”


Abang, bukan harta yang dipinta. Bukan emas yang dirayu. Hanan ingin selalu di sampingmu.Hanan serba salah. Bukan dia tidak tahu dengan kerja suaminya. Sebelah pagi, Muhammad bergegas ke pejabat. malamnya, jika ada jemputan, Muhammad perlu berceramah. Kereta Wira itu sahajalah yang membawanya ke mana-mana. Kadang-kadang, Muhammad tidur beralaskan kusyen. Kadang-kadang Muhammad tidak tidur langsung. Hanan kasihan melihat suaminya. Meskipun Muhammad tidak pernah meluahkannya, Hanan tetap mahu melihat keselesaan suaminya. Ah!! Iblis begitu kuat menghasut. Sedangkan Nabi junjungan hidup sederhana. Sedangkan sahabat terdahulu lebih hebat dugaannya. Persetankan segala hasutan syaitan laknatullah. Dia perlu sentiasa redha, dan bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan.


Allah pernah berfirman, “Ketika Tuhan memberitahu: Dan jika kamu berterima kasih, nescaya Kutambah nikmat yang ada padamu. Tetapi, jika kamu kafir, sesungguhnya seksaanKu amat keras.” Ibrahim:7


Ya… Hanan perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.


Seperti biasa, Hanan menjalankan kewajiban seorang ibu, dan isteri sebaiknya. Mengasuh mengikut pesan suami. Tidak dimanjakan, dan tidak pula terlalu keras. Hanan begitu bahagia. Alangkah indahnya, jika kelak, dia dijemput Tuhan, tika perit melahirkan zuriat. Bukan sengaja mahu meninggalkan anak-anak tanpa ibu. Suami tanpa isteri. Tetapi, Hanan mahu mati sebagai syuhadah. Bak kata seorang teman, ” Hiduplah sebagai ulama’, matilah sebagai syuhadah.” Hanan mahu mati dengan redha suami. Bukan tangisan yang mengiringi pemergiannya. Kadang-kadang Hanan cemburu. Cemburu memikirkan. Pastinya Muhammad akan menikah lagi. Anak-anaknya bakal punya umi baru. Akan ada orang lain di hati Muhammad. Memikirkan Ainur Mardhiah pun menggelisahkannya. Apatah lagi wanita di dunia.


” Kakak… Nenek sakit tenat. Baliklah. Ibu suruh kakak balik.”
” Abang Muhammad tiada. Pergi ceramah di Kedah. Macam mana kakak nak keluar rumah?”
” Kakak telefonlah dia. Nenek dah nazak. Kakak kena balik.”
” Nanti kakak telefon abang Muhammad.”


Telefon Muhammad? Mana mungkin Hanan mengganggu Muhammad waktu itu. Hatinya meronta untuk pulang. Tapi bagaimana? Hanan tahu, suaminya tidak akan marah.


Bukan benda kecil. Hidup mati manusia. Tapi, Hanan tidak mahu menghalang gerak kerja Muhammad. Jika dikhabarkan berita ini, pasti Muhammad gelisah. Hanan yakin, Muhammad pasti tidak dapat pulang malam ini. Hendak pulang sendiri? Hanan mana ada fulus? Kalau untuk dirinya saja, mungkin mencukupi. Tetapi, bagaimana dengan Abu, dan Fatimah? Tinggalkan di rumah? Tidak sama sekali. Apa-apa boleh berlaku. Budak-budak masih kecil. Tidak tahu apa-apa. Tidak mengerti apa-apa. Hendak beritahu ibu duit tidak mencukupi? Hanan tidak sanggup. Nanti, ibu pasti menjadi seperti inspektor polis yang giat menyoal-siasat banduan. Dari mana datangnya duit yang dikirimkan selama ini? Mana mungkin Hanan mampu mengirimkan wang jika duitnya tiada? Ibu tidak tahu. Dan ibu tidak perlu tahu. ibu juga tidak boleh ambil tahu. Hanan banyak berjimat. Ditahan keperluannya. Dipenuhi kehendak ibu bapanya. Sudahlah dia gagal menghantar mereka ke Mekah. Biarlah dia berkorban sedikit. Hanya sedikit…


” Kakak… Nenek dah meninggal.”
” Innalillahiwainnailahirajiun.”


Hanan senyum sendiri. Menangis dalam senyuman.


Nenek tua itu telah sampai ajalnya. Telah tiba waktunya. Rambutnya putih. Tiada yang hitam. Mukanya cengkung. Tangannya berkedut. Hanan sayang orang tua itu. Dialah yang mengasuhnya selama ini. Mendidiknya menjadi orang yang berguna. Ibu juga mendidik. Ayah juga mengajar. Tetapi, keringat ibu, dan ayah lebih diperlukan untuk mencari sesuap nasi. Akhirnya, nenek pergi jua. Meskipun Hanan tidak menanam cita-cita agar janda kematian suami itu mati di sisinya. Alangkah indahnya jika dia ada bersama tika neneknya sedang nazak menunggu roh keluar dari jasad. DaripadaNya kita datang. KepadaNya kita kan kembali.


” Kak Hanan.”
” Ya saya. Siapa di sana?”
” Saya Nona, anak didik ustaz Muhammad.”
” Ooo… Ustaz tiada. Dia belum pulang. Nona nak pesan apa-apa?”
” Em… Akak… Saya harap akak tidak marah. Tapi, saya dah tak mampu,” talian sunyi sebentar.
“Akak… Saya mencintai ustaz Muhammad. Saya tidak mampu menipu diri saya sendiri. Saya begitu sayang kepadanya, dan saya sanggup menjadi yang kedua.”
” Ustaz tahu hal ni?” Hanan cuba menahan getar di hatinya.
” Mungkin tahu. Tapi, buat-buat tak tahu. Saya terseksa.” Diam lagi…
” Saya yakin ustaz akan mendengar nasihat akak. Kak… Pinanglah dia untuk saya.”


Hampir terjatuh gelas putih itu. Hanan tidak sanggup. Dia tidak sanggup bermadu. Tidak rela dimadu. Apatah lagi berkongsi suami. Hanan tidak sekuat Saidatina Aisyah. Aisyah juga cemburukan isteri-isteri Rasulullah. Bermadu tak semanis yang disangka. Mungkin lebih pahit daripada hempadu. Hanan tahu, lelaki yang mampu layak bernikah lebih daripada satu. Malahan dua… Tiga… Empat… Hanan yakin Muhammad mampu mengemudi dua buah bahtera. Tapi…


Hanan tidak cukup kuat untuk itu. Sudah banyak dia berkorban. Perlukah dia berkorban lagi? Dia berkorban kerana ketaatan. Kerana patuh terhadap suami. Perlukah dia terus memendam rasa lagi? Menangis!! Hanan tidak akan menangis kerana dugaan, dan ujian. Saidina Ali pernah menangis kerana dirasanya Allah tidak memandangnya. Mengapa? Kerana dirasakan tiada ujian diturunkan buatnya. Ujian!! Sebagai tanda kasih Tuhan. Sama ada ingin mengangkat martabat hambaNya itu, ataupun sebagai kafarah dosa yang dilakukan. Dua-dua sama. Sebagai tanda cinta Ilahi.


Allah pernah berfirman, “Tidak Aku bebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya,” Al-Baqarah:286.


Hanan juga tahu firman Tuhan, ” Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar.” Tapi…


Macam mana dengan Nona? Nona mencintai suaminya. Mengapakah Muhammad yang dipilih? Bukan teruna lain di muka bumi Allah ini? Adakah Muhammad turut mempunyai perasaan yang sama? Atau, adakah mereka sebenarnya saling mencintai? Oleh sebab tidak sanggup berterus-terang, Muhammad menyuruh Nona meminta kebenaran. Nanti… Abu, dan Fatimah akan punya dua umi. Tidak sanggup Hanan memikirkannya. Tidak sanggup dia melihat kemesraan Nona, dan Muhammad. Berkahwinlah tapi jangan berdampingan di hadapannya. Bermesralah tapi usah mempamerkan kemesraan itu. Hanan yakin. Kala itu, dia pasti akan menangis. Kalau dulu, Hanan menangis dalam senyuman. Tapi kini, tangisannya berbunyi. Tangisannya meggugurkan air mata jatuh ke bumi.


Hanan teringat pesan Tok Guru. Poligami tidak salah. Malah meringankan beban wanita yang terseksa. Asal kita hayati, fahami konsepnya. Beliau juga berpesan kepada para suami agar tidak menambah yang sedia ada. Tetapi, jika gelora hati tidak mampu ditahan, nikahlah. Kahwinlah satu lagi. Tafaddhal masykura. Banyak kelebihan sebenarnya isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lagi. Pertama, darjatnya pasti diangkat Allah. Kedua, membolehkan si isteri mendekatkan diri kepada Tuhan. Benar. Bila suami bersama isteri kedua, bolehlah isteri pertama melakukan ibadat sunat. Bolehlah dia qiam sepertiga malam. Hanan tahu semua itu. Pasti dia dapat menghampiri Tuhannya. Mengadu, merintih kepadaNya. Tapi…Kan ketaatan itu juga satu ibadah?


Kenapa lain macam saja ayang sekarang? Ada masalah ke?” Muhammad mula bersuara bila mana dia menyedari perubahan yang berlaku kepada isterinya. Senyum Hanan lain dari biasa.
“Tak adalah bang. Ayang letih saja,” kata Hanan menahan sebak di dada.
“Bukan sehari abang kenal ayang. Dah bertahun kita bersama. Kenapa ni? Ayang ada masalah? Atau baby ni merungsingkan ayang?” Sangkal Muhammad lantas mengusap perut isterinya yang mengandung tujuh bulan itu. Hanan… Abang mencintaimu. Muhammad memeluk Hanan, dan mendudukkan dia di sisinya.
“Ceritakanlah… Ayang bukan sahaja isteri abang. Tapi sahabat, dan teman bagi abang. Tiada rahsia antara kita.”
” Abang…” Hanan makin sebak.
Tiba-tiba…


” Umii… Tengok abang ni. Dia kacau Imah.”
” Alaa. Bukan Abu nak kacau. Abu nak main saja.”
” Abu main kasar, bukan nak main elok-elok. Cakap kat abi.”


Tak sanggup Hanan membuka suara. Mujur putera puterinya buat hal. Kalau tidak, tak tahu apa yang akan berlaku. Pasti dia akan teresak-esak di pangkuan Muhammad. Nona! Mengapakah kamu hadir dalam hidupku? Kenapa Muhammad yang kau pilih? Kenapa dia yang kau cinta? Bagaimana jika Muhammad bersetuju? Tak sanggup Hanan menerima realiti itu. Satu mimpi ngeri buatnya. Jika Muhammad menolak, Hanan pasti menangis suka. Tapi, jika Muhammad menerima? Hanan menangis juga. Dia menangis kedukaan. Muhammad pasti memujuk tapi hatimya telah mati. Cerai? Ya. Perkara halal yang dibenci Allah. Hanan tidak pernah terfikir untuk minta cerai. Hanya Muhammad yang diharapkannya.


Sudah sebulan peristiwa itu berlaku. Hanan melaksanakan tanggungjawab seorang isteri seperti lazimnya. Diasuh anak-anak sebaiknya. Dilayan suami seikhlasnya. Tidak pernah Hanan bermasam muka. Apatah lagi berwajah sugul. Hanan lupa. Dia tidak boleh menipu Muhammad. Suami itu menyedari perubahan Hanan. Ada benda yang cuba disembunyikannya. Senyum Hanan manis tapi tidak semanis dahulu. Segalanya berubah. Muhammad amat mencintai Hanan, dan dia tidak mahu perubahan ini. Apa dah jadi? Muhammad gelisah tak tentu. Kerjanya tanpa kosentrasi. Senyuman Hanan yang lain itu sudah cukup meresahkan Muhammad. Sedarkah Hanan? Lebih parah lagi bila Muhammad tidak dapat melakukan kerja dakwah seeloknya. Itulah kuasa wanita. Yang akhirnya menyungkurkan seorang lelaki. Bangkitlah Muhammad. Sesungguhnya…


“Katakalah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu takuti kerugiannya, serta tempat kediaman yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah, rasulNya, dan jihad ke jalan Allah, maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan seksaanNya…” At-Taubah : 24.


” Abang…” Hanan bersuara satu malam.
” Yang…”
” Baru-baru ni, pelajar abang telefon.
” Ya.”
” Nona namanya,” Hanan cuba melihat reaksi Muhammad tapi tiada perubahan pada wajah itu.
” Ya.”
” Katanya…” Diam seketika.
” Katanya dia mencintai abang. Dia mahu mengahwini abang.”
” Jadi?” Begitu tenang lelaki ini.
” Kahwinilah dia,” lantas Hanan menangis teresak-esak. Dia tidak mahu menangis tapi dia tidak mampu menahan sebak di dada. Disembamkan mukanya di riba suami. Habis basah pelikat itu. Hanan menangis, dan terus menangis. Tidak sanggup untuk menatap wajah suaminya.
” Sebab inikah kamu berubah isteriku?” Bisik hati Muhammad. Diangkat muka Hanan. Ditenung mata yang berair itu. Hanan menundukkan muka lantas menyembamkan wajahnya di ribaan suami. Muhammad mengangkat kembali wajah itu. Ditenung lagi mata itu. Tenungan yang sememangnya tajam semakin tajam jadinya.
” Kalau ayang suruh abang kahwin, Kenapa menangis?” Diam…
” Ayang tak sanggup?” Diam lagi…
” Kalau tak sanggup, Kenapa suruh abang kahwin?” Lidah Hanan kelu.
Ayang. Tiada orang lain di hati abang. Ayang tiada celanya. Buat apa abang nak cari lain? Isteri abang hanya seorang. Nazihatul Hanan namanya. Terima kasih kerana bersama abang selama ini. Melahirkan keturunan abang".


Lagi seminggu Hanan akan melahirkan bayi yang ketiga. Kalau muzakkar, namanya Umar. Kalau muannas, pastinya Siti Muthiah. Muhammad tidak sabar menanti saat itu. Saat lahirnya marjan, sebagai tanda kasih berpanjangan. Hanan terlalu banyak berkorban. Begitu teguh di belakangnya. Tika dia turun berjuang. Kasihan Muhammad melihat Hanan. Lain pula dia kali ini. Benar-benar tidak bermaya. Mukanya pucat. Langkahnya longlai. Mujur senyuman itu menghilangkan kecatatan yang ada.


” Abang… Takut rasanya kali ini.”
” Kenapa? Kan abang ada.”
” Entah bang. Melahirkan ni umpama nyawa di hujung tanduk.”
” InsyaAllah, segalanya akan selamat.”
” Abang…”
” Ya.”
” Kalau ada apa-apa yang berlaku pada ayang…”
” Tak akan ada apa-apa yang berlaku.”
” Kalau-kalau…”
” Semua akan selamat,” pintas Muhammad.
” Kalau-kalaulah… Abang nikahilah Nona sebagai pengganti ayang.”


Inilah wanita. Sekali tergores, sekali terusik, payah nak sembuh. Prasangka tidak pernah luput. Muhammad mengerti. Prasangka itu tandanya sayang. Tapi, usahlah begitu. Benarlah kata seorang motivator. Wanita itu mudah tersentuh. Sensitif benar hatinya. Emosinya tidak dapat dibendung. Sentiasa mengikutinya. Menjadi pengawal peribadi yang setia. Hanan juga tidak terkecuali. Percayalah Hanan. Cinta abang untuk Hanan seorang.


“Encik Muhammad… Nampaknya pihak kami hanya punya satu jalan. Sama ada ingin menyelamatkan si bayi, atau si ibu.”
“Selamatkan keduanya,” Muhammad seolah memberi arahan.


Muhammad memegang erat isterinya. Muka Hanan pucat lesi. Diusapnya rambut hitam Hanan. Diciumnya pipi itu. Muhammad ingin menangis tetapi tidak sanggup membiarkan air matanya gugur ke bumi. Bukan kerana ego. Hanan sendiri tidak menangis. Masakan dia boleh menangis? Darah begitu banyak tetapi tangisan bayi masih belum kedengaran. Hanan sedaya upaya melawan sakitnya. Yang penting, anak Muhammad itu lahir ke dunia. Nyawanya nombor dua. Nafasnya kian sesak. Tiba-tiba… Kedengaran bayi mendendangkan lagunya. Makin lama, makin rancak bunyinya. Serentak dengan itu, Hanan menghembuskan nafasnya yang terakhir. 
*creadit to --> http://syahirul.com/ semoga kita sama2 dapat pengajaran darinya.. amin

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)