1 penyumbang pandangan

~ cinta ini~


Betapa engkau menyintai
Agungkan aku bagai seorang puteri
Selalu kau puja diriku ini
Melayang aku tak memijak bumi

Namun terkadang ku rasakan
Apakah sikapmu tak berlebihan
Aku wanita tak sempurna
Bukan sekilaunya batu permata

Marilah bersama jalani cinta kita apa adanya
Saling mengerti dan sudi menerima
Kita manusia biasa
Marilah menjaga kesucian cinta rahmat yang kuasa
Saling berpadu hati untuk berdua
Dalam dakapan mesra

Nikmati suka berbahgi duka
Seiring denganmu aku bahagia
Genggam jemari dan berjanji
Setia selamanya sampai akhir nanti

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

3 penyumbang pandangan

wanita itu cerewet!

  
Wanita cerewet??? Ahhh dah biase sangat aqu dengar... Tapi aqu tak setuju dengan "kenyataan" tu.. Bagi kaum adam, memang mereka lihat sesuatu yang cerewet.. tapi bagi wanita, bukan cerewet tapi lebih kepada "berwaspada". Berwaspada???? Ohhh kita bukan nak melintas jalan raya! ishhhhh aqu salah guna ayat lagi!!!! ape ayat yang sesuai ye??? ahhh lantak! tapi percaya la wanita "cerewet" bersebab! 

Banyak kali aqu dengar soalan nie dari member-member laki lelaki aqu.. kadang-kadang penat aqu jawab.. Kaum adam sekalian, TOLONG la buka sedikit keluasan fikiran anda supaya dapat memahami segala tindak tanduk kaum wanita itu.. *teori aqu : wanita di kata lebih memahami berbanding lelaki.. sebab lelaki tak nak cuba memahami!* 
  • Kenape bawak beg besar?
Agak nye kaum adam pikir, wanita nie kalau bawak beg besar sebab saje-saje nak buat pertunjukan fasyen kat jalanan tu untuk promote beg kot! Tu yang diaorang tengok rimas je bile beg besar-besar tersangkut kat bahu kita-kita nie.. =.= Ahhh untung kitaorang bawak handbeg besar je taw.. kalau tiap kali kuar kitaorang angkut beg balik kampung tu baru taw! *mungkin itu akan jadi fesyen pada masa hadapan.. mane la taw*   

Sebenarnya beg besar-besar tu bukan la bertujuan tuk masukan anak kucing kalau terjumpa tepi jalan tu ke hape ke.. -.- Tapi dah benda yang nak di bawak nye banyak.. ingat kitaorang ade poket doremon ke??? Maka tu la guna nye beg besar-besar! Ha??? Tu pun nak kata cerewet??? Pe hal pulak.. betul la. Kenape nak bawak sume benda tu??? Of course kena bawak! Sebab.. kami nie kaum wanita suka menyedia kan payung sebelum hujan! 

Buat kaum adam, cuba la sekali bile korang kuar dengan awek ke mak ke adik korang ke, then korang mintak la penyepit kuku ke, sikat rambut ke, tisu ke, pen ke panadol ke... sure sume benda tu diaorang ade! Silap-silap mintak air mineral sebotol pun diaorang bawak.. Kedai runcit bergerak tu...! Korang ade????? :p
  • Kenape shopping memerlu masa yang lama?
Ha part nie memang selalu dah aqu dengar... maklum la pak zhar pun suke cakap macam tu.. sebab tu aqu kalau shopping bawak ibu and adik-adik aqu je *maaf ayah, part shopping je ayah pinggirkan :p*
Lagi pun ayah aqu tu kalau ikut, bukan dia nak follow.. jap lagi dia gi ilang ke tempat lain =.=" 

So kenape perempuan shopping lama??? Ok aqu ade 4 jawapan tuk soalan tu...
First nye sebab banyak benda dalam fikiran perempuan nie tuk di beli... Walaupun cakap sebenarnye nak beli satu je, tapi percaya lah.. sudah nye 2 3 benda kat tangan..
kedua sebab nye nak cuci mata.. Di sebab kan wanita nie menjaga pandangan nye melebihi kaum lelaki, maka sebab tu la mereka lebih suke melihat barang-barang yang terjual tu dari tengok benda-benda yang tak berfaedah :p
ketiga, sebab nye wanita nie suka sesuatu yang di beli tu memenuhi kepuasan 100%.. contohnye dari segi  reka bentuk nye.. Sebab tu barang-barang yang di jual untuk wanita and lelaki berbeza dari segi reka bentuk nye.. kalau perasan, barangan lelaki lebih simple.. sebab pe??? Sebab pengeluar taw, kalau dia buat simple-simple je pun lelaki tetap beli jugak.. so buat pe kerah tenaga nak pikir design unik-unik untuk lelaki yang tak tahu menghargai.hhahaha ;)
keempat nye sebab wanita tak suka barang yang diaorang beli sama dengan orang lain.. ok nie memang pantang bagi wanita, terutama bab baju. So sebab tu memerlukan masa yang lama untuk pikirkan yang barang diaorang beli tu ade tak sama dengan semua list fren diaorang~ 
  • Kenape wanita bersolek lambat?
    Ohhh nie la yang paling kaum adam tak faham... *sebenarnye aqu pun kurang nak faham -.-* Tapi aqu cuba faham kan bahawasanye wanita memakai make up lebih tebal berbanding lelaki yang mukin langsung tak make up.. So dengan nak melentik kan bulu mata ala-ala unta, dengan nak merah kan pipi ala-ala barbie doll, dengan nak bubuh bedak tebal ala-ala pelakon opera, dengan nak memakai lipstik ala-ala merah buah saga.. so benda tu ambik mase.. 

    Senang kes, kalau tak nak menunggu wanita nie lambat bermake up, cari la wanita yang tak suke pakai make up nie.. ade ke wanita tak suke pakai make up zaman sekarang???? Ohhh still ade.. jangan risau.. kerana cita rasa wanita tu tetap berbeza walaupun mereka semua wanita...

    *p/s : ape yang kita pilih, terima lah ia seada nye :) kan senang~
     

    ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

    0 penyumbang pandangan

    #bab 5--> inikah takdirnya...

    Bab 5

    "Fuhhh Fuhh" aqu meniup pintu di depan ku. Tertera nama Dato Ismail selaku ketua pengarah. Banggunan sebesar 7 tingkat, teguh berdiri di tengah-tengah kota yang sarat dengan pelbagai ruang untuk menusia mencari rezeki. Erm mungkin bukan rezeki aqu lagi untuk menjadi pereka fesyen, tapi tak apa lah apa salahnya aqu muncuba menjadi kerani sementara di sini. Bukan dunia yang aqu kejar tapi keredhaan Nya dalam tiap urusan yang aqu lakukan di dunia ini..asal rezeki halal, apa salahnya. Teringat perbincangan aqu bersama lisa malam semalam..

     "Betul ke kau nak pegi temu duga tu sofi?" tanya lisa. Leka aqu menyiram pokok-pokok bunga yang sedang mekar di halaman rumahku. Baru dua bulan aqu menanamnya, sepanjang tempoh itu juga lah aqu menjadi penganggur setia di bumi tuhan ini. Penat aqu mencari ruang untuk aqu memulakan pengalaman ku dalam bidang rekaan, ingin aqu curah semua yang telah aqu pelajari..namun belum masa nya. Rezeki ke arah itu belum milik ku. Aqu redha. 

    "Aah" jawab ku pendek. Aqu nekad, apa pun aqu perlu mencuba. Itu tetap rezeki. Walaupun pekerjaan yang di tawarkan hanya sebagai seorang kerani. Serendah mana pun pekerjaan itu, jika rezekinya halal pasti tinggi darjatnya di sisi Nya! Buat apa aqu perlu terlalu memilih, sedangkan aqu sendiri tidak pasti rezeki yang tuhan limpahkan untuk ku keesokan hari. Ya aqu yakin! Mungkin tuhan ingin menguji keteguhan iman ku pada Nya. Mungkin tuhan ingin aqu bermula dari bawah! Mungkin juga hikmah nya tuhan tidak mahu aqu menjadi manusia yang lupa diri!

    "Weh sofi.. kau dah fikir elok-elok ke? Kau tu degree holder tau.. bidang pun pereka fesyen, yang kau menyimpang jauh sangat tu kenapa.. bawa-bawa lah kembali ke pangkal jalan. Kau layak dapat pekerjaan yang lagi setaraf dengan jurusan kau tu" ujar lisa. Dia masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang aqu buat. Erm.. itu lah manusia, mengejar pangkat. Hina sangat kah pekerjaan yang sekecil itu. Tapi aqu tak salahkan lisa, betul juga katanya.. bertahun- tahun aqu berusaha keras untuk memegang segulung ijazah, teringin juga aqu mendapat sesuatu yang setimpal dengan usaha ku itu. Sabar sofi.. tuhan sentiasa bersama hambanya yang sabar.

    "Kau ingat aqu nie sesat sangat ke. Ok la tu.. sekurang-kurang nya pekerjaan tu halal. Kau taw, orang yang bekerja sebagai tukang kebun tu pun sebenarnya lagi tinggi darjatnya dari kita tau. Dia berbakti pada bumi tuhan, dia menjaga makhluk tuhan yang lain. Kalau nak di bandingkan dengan yang pangkat-pangkat besar tu, kebanyakan berbakti untuk diri sendiri je.. itu pun still makan rasuah. Biar hina di mata manusia, asal di pandang tinggi oleh Nya. Syukur tuhan tu nak bagi rezeki tau" bebel ku panjang lebar. 

    "Ok-ok aqu salah. Kau nie aqu cakap sikit je, tazkirah kau berjela-jela. Siap tambah nak sindir-sindir lagi. 2 in 1 kau bagi..makan dalam kau tau. Aqu rasa kan kalau esok kau tak dapat jawatan kerani tu, kau mintak je la jadi ustazah kat sekolah pondok ujung kampung kita tu. sesuai u..." lisa menyambung.

    "Ha boleh jugak tu, aqu tengok kat sana pun ramai juga ustaz-ustaz hensem.. boleh aqu pick satu buat calon" aqu berseloroh

    "Wah tak sabar nak kahwin ke kak oi.. tunggu aqu la, kita naik pelamin sama-sama baru kawan sehidup semati. Jimat bajet lagi.hahhahah" berdekah ketawa kami berdua. Erm syukur aqu panjat kan. Tiada apa yang dapat mengantikan persahabatan yang telah kami bina. Lisa..walau hati aqu yang kau minta nescaya akan ku beri kerana ikhlasnya aqu dalam menyayangi mu! Kau sahabat aqu.

    "Cik, cik.." tegur ain. Pembantu peribadi Dato ismail agaknya. Cantik, cuma mungkin terlalu seksi. Kenapa lah wanita terlalu mudah mempertontonkan maruah mereka.

    "Erk.. ye?" aqu mengaru kepala tak gatal. Sedar kesilapan ku. Aduh boleh mengalamun depan pintu nie..kau punya pasal la ni lisa.

    "Masuk la.. tak payah jampi lama-lama sangat.. Bos saya tu baik orangnya" nada gurau jelas digunakan. Membuat aqu sedikit tenang.

    "heheheh ok-ok.. terima kasih ya" ujar ku sambil tersenyum malu. Aqu mengetuk pintu tanda hormat.

    "Masuk" hanya sepatah kata itu yang aqu dengar. Tegas.

    Saat melangkah masuk, terpegun aqu melihat pemandangan di dalam bilik tersebut. Tersusun rapi. Penuh dengan kreativiti dan seni. Erm pasti menggunakan khidmat mana-mana pereka dalaman. Sempat aqu memberi pandangan di dalam hati. Aqu melangkah ke meja. Terpandang sebuah ukiran tulisan simple yang tertulis "senyum itu sedekah, bersedekahlah seikhlasnya". Aqu tergelak kecil.

    "Erm awak nak berdiri sampai bila?" soal nya. Seorang yang berbadan separuh besar, em agaknya sebab dah berkahwin..kata orang lelaki kalau dah berkahwin makin ke depan perutnya..bahagia katakan.

    "Ha?? Erk encik tak suruh duduk lagi.." jawab ku serba salah. Cepat-cepat aqu menarik kerusi, duduk. 

    "Kalau macam tu saya cuma suruh awak masuk sahaja tadi, jadi kenapa awak berjalan sampai ke sini?" soal nya selamba.

    "Ha??? erk..." aqu mati kata-kata. Menggaru kepala tak gatal. Apa hal dia ni, loya buruk pulak.. kang terkeluar jugak idea-idea wayar putus aqu nie.

    "Erm..saya dah baca resume awak. Awak mempunyai ijazah dalam bidang rekaan, kenapa awak tak menggunakan nya? Kan lebih bernilai." soal nya sambil merenung tepat muka aqu.

    "Erm sebenarnya saya saja nak menimba pengalaman.. nak belajar selok belok ragam manusia ni, baru senang bila nak melangkah ke dunia fesyen nanti" jawab ku penuh yakin. Tah mana idea tu aqu dapat, mujur terlintas. Muka kena confiden beb!

    "Tapi jawatan awak pohon ni terlalu rendah, kerani.. awak rasa awak mampu?

    Haishhh ni lagi sorang, sekepala je dengan si lisa tu..kalau tak de kerani, mana syarikat kau nie nak maju. Aqu  bermonolog. "Erm kalau dah encik kata jawatan tu terlalu rendah, jadi saya rasa saya mampu" ujar ku tersenyum. Mungkin berbunyi sedikit sindirin, aqu memaniskan muka.

    "Ok, awak boleh mula kan tugas minggu depan" kata-kata yang seperti arahan. Berbunyi tegas namun masih di sulam dengan senyuman.

    "Ha??? Betul ke encik? Makna saya di terima???" Soal ku semangat. Hanya anggukan dan senyuman nya menjawab pertanyaan ku.

    "Oh terima kasih encik, terima kasih banyak-banyak sebab bagi saya peluang" ujar ku lagi. Aqu tersenyum girang. Tak sangka rezeki Allah beri semudah itu.

    "Awak boleh tanya and berbincang dengan ain untuk selanjutnya" arahnya nya.

    " Terima kasih encik. Terima kasih sekali lagi.." Aqu bangun keluar. Erm memang kena betul ukiran tu dengan tuan nya, pemurah dengan senyuman.. patut la muka awet muda, walaupun nampak sedikit di mamah usia. Kalau semua bos kat Malaysia macam ni kan best. Bisik ku sendiri. Alhamdulillah, perjuangan ku baru bermula!

    -------------------------------------------------------------------------------

    "Assalamualaikum sayang" ujar ku ketawa.

    "Waalaikumussalam daling. Wahh ada story hot ke.. gembira semacam je. Kau dapat dah erk kerja tu?" soal lisa bertubi

    "Aah.. aqu tengah lepak kat kedai Haslam nie.. ujung office kau ni. Mai la datang lunch dengan aqu" sengaja aqu singgah di restoran itu, niat ingin membuat surprise pada lisa.

    "Aduh, minta maaf sofi.. tak boleh la, aqu banyak kerja lagi belum siap ni. Tapi apa kata malam kang aqu datang rumah kau..?" soal lisa lagi

    "Em ok, tak pe la kalau macam tu. Kau sambung buat kerja tu, jangan lupa lunch pulak. Aqu tunggu kau kat rumah nanti" balas ku

    "Ok, masak sedap-sedap ye sayang.. abang lapar la balik kerja nanti" kedengaran lisa ketawa 

    "Ye la abang.. jaga diri tu. Assalamualaikum" malas aqu melayan lisa. Kang makin di layan memang panjang jadi nya. Dia juga yang kata banyak kerja, tapi sempat nak bergayut.

    "hehehhe ok. Waalaikumussalam" talian di matikan.

    bersambung.....
    by suana zhar

    ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

    4 penyumbang pandangan

    siapa pemimpin? kita tentukan!

    ISU = PEMIMPIN

    *PERHATIAN!!!!!! Entry aqu nie tak de kaitan dengan sesiapa or berkait dengan yang hidup mahupun yang dah meninggal or sedang tido~ 

    Erm..kalau nak di ikut kan kita nie dah akhir zaman kan... dalam peringkat alam, kehidupan manusia nie ade 5 zaman dimana zaman-zaman itu ialah :

    • zaman kenabian (dimana nabi-nabi di lantik oleh Allah untuk membimbing umat islam)
    • zaman khalifah (di mana bermulanya pemerintahan khulafa ar-rasyidin) 
    • zaman mulkan adhan (dimana zaman pemerintahan kerajaan bani ummaiyyah, abbasiyyah and uthmaniyyah)
    • zaman mulkan jabarian (nie zaman sekarang)
    • zaman imam mahdi (aqu tak ingat zaman nie di gelar pe dalam bahasa arab.. maaf my bad -.-)
    So... Lepas zaman iman mahdi tu, maka kiamat la bumi. Maka konfem-konfem kita nie memang dah akhir zaman... Tak percaya???? Ok, bace hadis-hadis nie and banding kan~:-
    Daripada Abu Hurairah r.a : Aku mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda : “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya : “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Baginda menjawab : “Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menghimpun harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim"

     (Riwayat Hakim)

    Yang nie terang lagi bersuluh cahaya neon :-
    “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka” Ada yang bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita” 

    (Ibnu Majah)

    Yang nie terang lagi di suluh cahaya mentari :-
    "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja" 

    (Riwayat Ahmad)

    And banyak lagi terutamanya pasal pakaian wanita. *back to da topic* So bile di fikir-fikir kan secara logik akal pun la kan, cuba kita lihat pada pemimpin-pemimpin kita.. katanya nak jadi "SEBUAH NEGARA ISLAM", tapi... macam mane kalau kebanyakan pemimpin wanita kita tidak bertudung???? Macam mana kalau isteri-isteri pemimpin tidak bertudung and berpakaian macam nangka???? 

    Ok-ok fine! Bertudung bukan ukuran untuk dia memimpin... tapi sebagai seorang pemimpin.. macam mana untuk memimpin negara ke arah negara islam maju sedangkan isterinya memimpin ke arah pemakaian yang mengikut trend barat???? Erm... bagi aqu fikir jap macam mane ye???? Ohhhh aqu faham! Mungkin isteri dia tu nak uji yang kita nie cepat terpengaruh or tak kan kan kan -.- 

    Yup!!!! memang entry nie aqu kuarkan khas tuk pilihan raya nie! Pe hal??? Tak puas ati??? Nak gaduh??? Panggil parti masing-masing r jumpe kat padang danau kota!hahhahah *aqu bukan la peminat politik~ SERIUS!* 

    Sebenarnye serius aqu tak niat nak cakap sesape... tak de pun nak sebut nama Puan R (bukan nama sebenar) or Puan S (bukan nama dalam IC) tapi sebenarnye aqu nak ingat kan korang yang pemilihan siapa pemimpin kita tu terletak di tangan kita, kita nilai kita pilih... itu merupakan salah satu tanggungjawab kita, takut Allah akan bertanya tentang nye kelak.

    Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Bahawasanya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain”

     (Riwayat Muslim) 
    *renungkan tentang jawapan-jawapan para pemimpin kita pasal hukum hudud dulu :)

    ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

    3 penyumbang pandangan

    haram + halal = halam

     
    Wooooha~
    Sape nak debat pasal couple dengan aqu????
    Meh2!!!! 
    Pantang melayu di cabar! *macam pandai sangat aqu nie.huhu -.-*
    Maaf kan hamba yang hina ini >.<

    Ok! Abaikan pasal perdebatan aqu tadi...
    Aqu gurau deh..
    Tapi kan.. aqu ade hadiah tuk mereka yang tengah couple.. ;)
    Tapi tuk yang tak bercouple, tepuk tangan tuk korang...

    Nak taw pe tak????
    Kalau nak... buleh terus bace..
    Kalau tak nak, nampak button merah bentuk "close" tu??? maka paham-paham.. 
    Hahahah aqu gurau... please all my reader stay tuned ok.. :)

    Hadiah nye ialah......
    v
    v
    v
    bace nie sampai habis dulu.....

    Kisah nya bermula dari Syafiq dan Safura belajar bersama-sama di satu sekolah.. Lama kemudia, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya yang cantik dan wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Memang cantik! Tapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh luahkan perasaan pada Safura kerana bimbang akan di tangkap oleh AJK maksiat. Beberapa tahun berlalu... Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia tidak mampu lagi menahan rasa hati nya maka dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya untuk ber"couple".

    Walaubagaimana pun, mereka sedar yang mereka adalah orang islam. Dalam islam tidak membenarkan  umatnya couple-couple sebelum pernikahan. Jadi mereka berpakat untu membuat satu revolusi dalam couple iaitu "COUPLE ISLAMIC".

    Maka asal keluar je, mereka pergi ke tempat terbuka, tak main tempat gelap-gelap.. Bukan tu je, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pulak pakai serban dengan jubah. Dan apabila keluar, tujuan nya bukan lah untuk buang masa, malah keluar bawak Al-Quran. Berhenti di kedai makan, belajar ilmu-ilmu agama. Bila berjalan, tidak pegang tangan, tapi mereka ikut cara nabi Musa. Lelaki berjalan di depan, perempuan di belakang.  Bila balik rumah, miss call pagi-pagi. suruh qiamullai katakan! Hah! kan dah dengar ala-ala islamic tu...

    Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Masa ni Syafiq ngan Safura tengah tadarrus kat RFC. Muhammad tiba-tiba datang sebab tiada tempat duduk.

    Bila dah duduk tu, Muhammad tanya, " Have you married?"
    "No", jawab Safura
    "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad.
     "Kitorang couple, tapi islamic way" jwb Syafiq.
    Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu.

     Muhammad pun menjawab...
    "aqu nie mualaf. Asal dulu aqu kristian. Tinggal di singapore. Dulu, aqu suka gilesss makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aqu... Pernah sekali ibu aqu lupa beli babi, aqu masuk wad malam tu. Tetapi alhamdulillah, Allah bukak pintu hati aqu untuk terima hidayah-Nya. Bila aqu masuk islam, aqu dapat tahu, dalam islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aqu camne aqu nak wat.. Seminggu aqu masuk hospital lepas masuk islam.

    Akhirnya, aqu jumpa satu jalan keluar. Aqu nak islamkan babi tu. Aqu beli seekor anak babi. Dari kecik aqu jaga dia. Seekor lalat pun aqu tak bagi dekat. Setiap jam ak mandikan dia. Lepas 3 hari, aqu bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap2 hari ak bagi tazkirah kat babi tu. Camnilah kehidupan aqu dan babi tu buat selama 2 tahun. Lepas dua tahun, mase yang ditunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Lepas tu, aqu pun masak la. Tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan, muka macam lapar je... Aqu pun ajak la dia makan. "Ustaz!! jom makan. Babi islam ni"...

    So korang rase Muhammad tu dapat tak flying kick dari ustaz tu????
    Klu benda tu dah haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...
    So... tu la hadiah nye, sebuah cerita~ Tak de istilah "halam" dalam islam.. Sebelum aqu beredar *skema ayat* aqu tinggalkan sepotong hadis untuk renungan bersama..

    " Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram seperti pengembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat-laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNya.
    Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rusak, rusaklah jasad seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati"
    (HR Imam Bukhari dan Muslim)
     
    *resourse = link, (sedikit perubahan bahasa di lakukan kerana mengkuatiri ketidak fahaman pembaca.. gilessss skema ayat aqu -.-)

    ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

    2 penyumbang pandangan

    edisi siasat..~

     

    Ok first sekali, aqu minta maaf kat JOHAN (maharaja lawak)... Maaf aqu pinjam tajuk rancangan ang nie... *ingat ang sorang nak siasat-siasat... aqu pun nak siasat taw... :p*

    So aqu nak siasat pe??? Aqu nak siasat kes nie... --->>>>
    *Kat facebook + twitter dah banyak orang post benda nie...*
    PLEASE ALERT!!!!!!!!!!! 
     kalau korang nampak je benda nie, please la TOLONG jangan la sebarkan...

    "Setitik air mata perempuan yang jatuh kerana lelaki yang disayanginya , lelaki itu akan disebat dengan tulang rusuk perempuan sebanyak 100 kali di akhirat kelak . Maka janganlah kamu wahai kaum lelaki membuatkan perempuan menangis keranamu" 

    Kenape aqu kata JANGAN sebarkan????
    Sebab nye...
    Ayat tu melibatkan akhirat..
    Kalau betul pe yang di perkatakan, bagi taw dari mane hadis tu di peroleh????
    Setiap sesuatu yang melibatkan hukuman Allah pasti ade dalil yang menyokong nye...
    Jadi jangan cakap kosong!

    Kita kena ingat, sesuatu yang kita sampaikan tu...kita perlu bertanggungjawab ke atasnye kelak..
    Jadi kalau korang main forward je, tak taw kebenaran macam ne kan..

    Aqu bagi sedas ye :
    Allah berfirman (maksudnya) : “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaan yang sebenar sehingga menyebabkan kamu menyesal dengan tindakan tersebut” 
    (Surah al-Hujurat, 49: 6)

    Bukti yang buleh aqu bagi dari ustaz Azhar :




    ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

    5 penyumbang pandangan

    aqu tanye, korang fikir!


    ISU = REZEKI


    Sebelum tu.. 
    Halal ke haram benda tu masyarakat akan istilahkan nye rezeki..
    Ok, sebenarnye rezeki tu tuk benda yang halal..
    So, aqu tak nak la kata rezeki, aqu tukar pada "pendapatan"..
    Kenape?? Sebab tak kan hasil dari mencuri pun di kata rezeki kan???
    Bile cakap soal pendapatan..
    Kita kena hati-hati.. *berjantung-jantung or berlimpa-limpa pun tak pe*
    Kenape??? 
    Sebab..
    Kalau sesuatu pendapatan tu haram, maka kita yang BINASA kita..
    Tak caye..???
    Ok... rujuk bawah..
    Barangsiapa memperoleh harta dengan cara yang haram, kemudian ia sedekahkan, maka tidak akan mendatangkan pahala, dan dosanya ditimpakan kepadanya
     (HR. Ibnu Hibban)
    "Barangsiapa tidak memperdulikan dari mana ia memperoleh harta, maka Allah tidak perduli pula dari mana Dia memasukannya ke neraka" 
    (HR. Abu Manshur Ad-Dailani)
    "Siapa saja yang membeli pakaian dengan harga sepuluh dirham, satu dirham diantaranya wang haram, maka Allah tidak akan menerima solatnya selama pakaian itu dikenakan"
    (HR. Ahmad)
    "Ketahuilah, bahwa suapan haram jika masuk ke dalam perut salah satu dari kalian, maka amalannya tidak di diterima selama 40 hari"
     (HR At-Thabrani) 
    *Kalau nak di ikutkan banyak lagi hadis-hadis.. tapi aqu pun tak ingat sume, korang bukak la kitab mane-mane yang patut k*


    So.. buleh aqu tanye korang sekarang??? Korang buleh tepuk dada tanye hati.. kalau nak tepuk tangan ke kepala ke kaki ke buleh jugak.. asal hati korang dapat jawab soalan-soalan tu.. 


    Korang pun tahu yang bile pendapatan tu dari hasil mencuri ke merompak mesti dah sah-sah terang lagi di suluh-suluh cahaya neon yang pendapatan tu HARAM. Tapi.. macam mane pulak tentang kerjaya kat bawah nie :-

    • Hasil dari menyanyi
    Aqu tak kata yang menyanyi tu haram, tapi.. kepada WANITA yang menyanyi di hadapan pendengar-pendengar yang bukan mahram bagi nye plus pulak pakai pakaian mahal tapi tak siap buat, so rezeki dari tu halal ke??? sedang kan ade ayat yang mengatakan : 
    "Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara ijma' selama-lamanya"
    ( An-Nihayah, Ibn Athir-42/2, Lisan al-Arab, Ibn Manzur-73/8 , Hasiyah At-Tohawi-1/161)
    • Hasil dari berlakon
    Berlakon tu haram??? TAK! of course tak... Tapi kalau lakonan tu penuh dengan aksi-aksi berganda, berpeluk sesama bukan mahram + berpakaian yang terdedah sane sini.. camne ye??? Sedangkan kita tahu yang : 
    “Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram”
    (Hadith Riwayat Ath-thahawi)
    • Hasil dari model / Pramugari
    Model pun haram???? TAK!!! Tapi kalau yang terdedah aurat tu macam mane ye??? Wanita-wanita yang "memodelkan" badan diri mereka untuk tatapan bukan mahram tu macam mane ye??? Sedang kan ade ayat yang mengatakan :
    “Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya”
    (Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah)
    • Hasil dari blog / wartawan
    Sudah! Ha... relax-relax, kang ade yang patah semangat nak berblogging pulak.. Maksud aqu kat sini, macam mane ye agaknye status pendapatan dari berblogging tu andainye dalam blog tu ade memperlihatkan aurat-aurat sama ada artis or sesape je la, or nyayian-nyayian dari suara-suara merdu wanita, or kata mengata semua la.. itu pun di kira bersubahat kan? Kenape???? Sebab korang menyaport (support) kegiatan diaorang. Padahal taw yang : 
     " Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan" 

    ( Surah al-Mai'idah, ayat 2 )
    • Hasil dari makan gaji
    Yang nie aqu refer tuk pekerja-pekerja yang bekerja kat kerajaan ke swasta ke.. yang belum kemampuan nak jadi bos besar company sendiri tu.hehehhe *ampun* Kenape aqu kata makan gaji??? Sebab... gaji tu kita dapat dari hasil kita bekerja dari orang lain la.. So pe pasal dengan rezeki makan gaji nie??? Ok, korang yang dah berkerja tu.. cer korang fikir sama ada pernah tak korang guna harta-harta company untuk tujuan sendiri tanpa meminta izin??? *cth cas hanphone* Pernah tak korang tido waktu bekerja?? Penah tak korang buat group berkumpul ramai-ramai buat pakatan ala-ala penggosip dunia time waktu kerja??? So bile buat macam tu, rase nye macam ne ye gaji yang di peroleh tu.. sedangkan taw yang : 
    “Wahai Abu Zar, engkau tidak mampu. Jawatan adalah amanah. Ia adalah penghinaan dan penyesalan di hari kiamat melainkan mereka yang menguruskannya dengan cara yang betul” 
    (Hadis riwayat Muslim)
    • Hasil dari pereka fesyen
    Bukan kepada semua pereka fesyen... Tapi kepada sesetengah... Macam mane agaknye rezeki tu bile pakaian-pakaian yang di reka tu menyalahi/melanggar syariat agama??? Tak dosa ke??? Dosa la kan.. kata nye menyalahi syariat agama.. dah tu macam ne status rezeki tu padahal tahu yang itu lah penyumbang terbesar terhadap berleluasanye pendedahan aurat.
    • Hasil dari photographer 
    Cantik kan bile gambar-gambar keindahan alam nie kita ambik.. Ha part tu tak de dosa nye pun ye, yang tu bagus sebab menghayati keindahan alam tuhan nie. Tapi part yang ambik gambar yang terdedah aurat ke or berpeluk ke bersentuhan dengan bukan mahram ke camne ye???? Bukan tu pun termasuk dalam golongan yang bersubahat dalam penyebaran aurat???

    *So tanye la diri sendiri... aqu sekadar mengigatkan je, tuk diri aqu jugak.. sharing is caring.. pe kata kalau nak post lagu-lagu tu ambik la dari penyanyi lelaki plus video nye tak de awek yang siket punye seksi tu ;)

    ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

    4 penyumbang pandangan

    Sanggul versi unta ;p


    Hola hola~~ Ha cute tak chiki chiki maise aqu tu???? Ape benda tu??? Tergeliat lidah korang sebut...hahhaha Tah, aqu pun tak taw mane datang perkataan tu.. hhahaha Tapi aqu cuma nak menggambarkan yang kartun tu comel.. *comel macam aqu kan ;p* 

    Sebenarnye kartun aqu tu ade kaitan siket-siket la dengan entry aqu kali nie... Pasal pe???? Ha... tengok balik la tajuk tu... HOT kan tajuk! 


    Sebelum nie macam-macam dah jenis tudung keluar... Ala-ala bawal la, sirip ikan la kepak ayam la kelapa sawit la.. macam-macam jenis.. nie yang terbaru versi UNTA~ Kenape aqu panggil sanggul versi unta??? Ohhh seperti yang ramai ketahui... dalam hadis riwayat muslim, Rasulullah pernah bersabda : 


    "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh"


    Ha??? Nak lagi bukti??? ok sedas lagi aqu bagi, dari Hadis Riwayat Ahmad :

     "Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid, Wanita-wanita mereka (isteri atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (berpakaian nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita), terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat"


    So???? Salah ke aqu panggil fesyen tu sanggul versi unta~ Sedap kan nama tu, seindah rupa..hahhaha Haiii...wanita-wanita... Berpenyakit betul anda nie... dek kerana nak cantik *cantik ke???? -.-*, ayat yang terang lagi bersuluh tu pun payah tuk di terima.. 

    Sampai ade yang sanggup jawab "saya tak kisah ape orang nak kata, ini trend/gaya saya".. Wahhhh manager besar petala langit bumi ke jawab macam tu kak???? ohhh aqu LUPE!! Badan masing-masing, masing masing punye hal la kan... lagi pun dosa masing-masing... ok2 sory sangat-sangat..., aqu nie tak pandai.. lupa yang kita nie hidup buleh buat hal sendiri, tak de peraturan dalam hdup.. tak de hukum hakam.. tak de istilah "bersaudara"..mati nanti pun masing-masing jalan masuk kubur sendiri.. kan???? -.-

    Sebenar nye, fesyen macam nie dah lama ade.. mula dari zaman 90-an lagi, cuma sekarang nie semakin menjadi-jadi pulak... tu la yang di kata semakin akhir zaman, manusia tidak mengenal dosa pahala, jauh menyimpang dari syariat agama! 




    Ha???? Oh... kire ok la dah bertudung?? Erm makna nak kata lebih baik la nie ye dari tak bertudung...?? O.. ok-ok betul jugak tu.. Nanti ape kata kite buat fesyen reramai pakai tudung dari plastik pulak.. nak tak???Plastik camne??? ha cam bawah nie... cantik tak??? cer korang bayang plastik tu buat tudung.. kan cantik.. pastu kaler la rambut warna merah ke kuning ke ikut kesesuaian baju.. Perhhhh aqu tak dapat bayang betapa cantik nye fesyen tu.. buleh fesyen kan rambut sekali.. bertudung jugak nama nye kan?????? :p


    *Berbalik pada satu hadis di mana : 

    "Begitulah antara tanda-tanda kiamat, apabila artis disanjung-sanjung.” HR At-Tirmidzi

     


    *tak salah pun nak sanggul rambut tu... tapi rendah kan.. yang pi nak sanggul tinggi-tinggi tu buat pe??? tak berat ke kepala ~.~ or perkataan paling senang manusia nak faham, ikat rambut tu bukan sanggul~

    ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

    1 penyumbang pandangan

    kepada yang bercinta ~.~

      


    Mak bapak berpenat lelah,
    Keluar berkerja mencari nafkah,
    Siang malam mesej tak sudah,
    Kredit habis langsung tak kisah,
    Bile bercinta semuanya indah,
    Time break up segalanya punah.

    Hola~ Selamat bertemu kembali *gaya ala-ala pengacara MHI* Nampak pantun 6 kerat aqu tu??? Dah bace???? Ha makan dalam??? Tak??? Kenape....??? Sebab kredit beli sendiri, dah keje??? Hampeh la korang! Baru nak bagi tacing-tacing sentap *padahal sendiri terasa siket =.="* Aqu terase???? Ehhh tak la, ye mane ade... aqu nie bab-bab phone memang fail... untung la sape yang aqu balas/ angkat mesej/call dia tuh~hahhaha

    So nasihat pe aqu nak bagi???? Ha nie, tadi aqu bukak email... kawan aqu dok email benda nie.. so bace punye bace, ade ilmu la siket-siket buleh di kongsi.. maka aqu kongsi bersama.. selamat beramal ^.^

    Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

    •  Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
    • Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.
    • Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
    • Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariat NYA.
    • Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
    • Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
    • Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
    • Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
    • Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
    • Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.
    sekian....



    ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)