0 penyumbang pandangan

#bab 6--> inikah takdirnya...

Bab 6

Sofi, boleh you tolong hantarkan pada dato report yang I suruh you siapkan semalam. Dato’ nak sekarang la, I nak kena tandas ni.. period.. You da siap buat kan?” ujar ain, sedikit berbisik apabila menyebut perkataan “period”, takut didengari mana-mana staff lelaki.

Oh, ok.. I dah siap kan. Nanti I hantar” balas ku sedikit tersengih melihat gelagat ain yang kelam kabut. Erm tu la padahnya bile pakai skirt, dah la berwana putih.. memang nahas kalau tak perasan time nye, free je dapat corak paint merah nanti.

Thank you ya, nanti I belanja you lunch ok” tergesa-gesa ain melangkah, sempat meninggal janji.  Ain, ain.. kau ni walaupun selalu nampak matang, profesional tapi kadang-kadang terkeluar juga perangai budak-budak kau tu. Memang menjadi tabiat aqu ber”you”, “I” dengan si ain.. maklumlah kata nya itu lebih moden untuk di guna. Mungkin disebabkan dia seorang setiausaha  kepada businessman maka kata ganti itu sudah serasi dengan lidahnya.
Aqu mengetuk pintu. Menanti arahan seterusnya. 

Masuk”. Aqu melangkah masuk terus menuju ke meja Dato’ Ismail. 
Maaf dato’, ain minta saya hantarkan report ini” ujar ku sopan.
Oh terima kasih. Ain mana? Soal Dato’ Ismail
Erm..ain ada sedikit masalah wanita..” ujarku sedikit malu.
Masalah wanita?” soalnya sedikit terkejut. Mungkin pertama kali dia mendengar perkataan itu.  Tiba-tiba aqu terdengar ketawa kecil dari belakang. Eh Dato’ Ismail ni ada membela ke? Apa hal ada suara lain belakang aqu ni. Ish seram pula. Aqu bermonolog sendiri.

Erk… maksud saya dia p.e.r.i.o.d”  teragak-agak aqu menjawab. Malu. Aqu menoleh sekilas ke belakang untuk melihat makhluk  itu, bila sekali lagi ketawa kecil nya mengetuk gegendang telinga ku. Terkejut  bila mendapati seorang lelaki di belakang sambil melemparkan senyuman. Eh bila masa pula ada mamat belakang aqu ni, tak perasan pun tadi.. ke aqu semangat sangat masuk tadi sampai tak perasan. Pelik-pelik.

Em ok,awak boleh keluar sekarang, terima kasih” ujar Dato’ Ismail mematikan lamunan ku.
Sama-sama” aqu menunduk kepala sedikit mengangguk. Sempat juga aqu menoleh sekali lagi ke  arah lelaki tadi, ternyata dia masih tidak jemu memerhati tingkah ku. Senyuman nya terukir di bibirnya, aqu memalingkan pandangan mengorak langkah keluar.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Dah sofi? Dato’ ada cakap apa-apa tak?” pertanyaan ain memeranjatkan aqu. Ish minah sorang ni, tiba-tiba je munculnya..bagi la salam ke apa ke. Aqu mengurut dada.

Dah, tak ada apa cuma dato’ tanya you kat mana jadi I jawab you ada masalah wanita.hehhehe

Ala.. you bagitahu buat apa.. malu la I. You ni jujur sangat buat apa” muka ain sedikit masam

Sorry… I tak tahu nak bagi alasan apa, dato’ tiba-tiba tanya” serba salah aqu. Betul juga, kalau aqu di tempatnya memang malu untuk tunjuk muka depan dato’ tu nanti. Tapi nak buat macam mana, dah terlepas cakap.

Eh dah-dah, tak pe la.. tadi masa you hantar report tu, Irfan dah balik ke?

Irfan, siapa tu? I tak pernah dengar pun nama tu..” soal ku sedikit pelik. Kepala ku ligat mengigati nama-nama staff lelaki di bangunan itu. Setahu aqu tiada nama irfan yang aqu kenali.

Ala..anak dato’ tu. Oh you tak kenal ya?” soal ain lagi. Em mungkin mamat dalam bilik dato tadi yang dimaksud ain. Lagi pun muka nya memang ada iras-iras dato’ ismail.

Oh… you maksudkan mamat yang pakai t-shirt hijau dengan jeans tu ke?”  aqu menjelaskan serba sedikit berkenaan lelaki tadi.

Ha yang tu la.. nama nya Irfan, anak bongsu Dato’ Ismail. Dah berkali Dato’ Ismail pujuk supaya berkerja di sini, tapi dia tak nak.. katanya nak berdikari” jelas ain

Oh.. anak-anak Dato’ Ismail yang lain?” soal ku sedikit berminat. Ya lah pelik juga aqu kenapa tiada seorang pun pewaris Dato’ Ismail yang berkerja di sini.

Dato’ Ismail ada dua orang je anak. Yang sulung nama nya Imran. Tak silap I dia dah jadi engineering sekarang” ujar ain. Banyak juga si ain ni tahu lakar belakang keluarga Dato’ Ismail.

O.. patut la, kesian I tengok Dato’ Ismail tu.. patutnya dalam usia dia sekarang dia berehat je la di rumah, makan angin ke..paling tak pun beramal ibadah banyak-banyak kan..”  mulut ku lancar mengeluarkan kata.

Aduh!! Sakit la! Ape ni..!”geram bila tiba-tiba dilepik begitu. Aqu mengosok bahu yang dilepik oleh ain. Minah ni pakai tulang besi ke kayu ni, macam nak patah bahu aqu.

Mulut you, laser juga kan.. kalau dato’ dengar, baru you tau!” ain mengigatkan aqu.

Astaghfirullah alazim! Aqu menekup mulut. Ish mulut  ni, banyak insurance sangat pulak.. Mati aqu kalau dato’ dengar, mau hari ni jugak aqu hilang kerja.  Aqu mengutuk diri sendiri.
 bersambung... 
by suana zhar

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: