1 penyumbang pandangan

#bab 7--> inikah takdirnya...

Bab 7
Sekali lagi handphone ku bergetar panjang menandakan adanya panggilan masuk untuk sekian kalinya, dari mengeluarkan bunyi sehinggalah aqu menukarnya ke mood silent. Bingit telinga mendengar lagu tone sampai syurga dendangan faizal tahir itu, walaupun kebiasaannya lagu itu merupakan antara lagu kesukaan aqu. Kepala ku masih sakit berdenyut.   

Akhirnya aqu mengalah, button answer di tekan. Hello” sepatah aqu memulakan bicara. Assalamualaikum sofi.. Sofi ok tak ni? Abang call banyak kali kenapa sofi tak angkat? Kepala sofi sakit sangat ke? Kita pergi klinik ya.. abang datang sana ok?” bertubi-tubi soalan menyerang gegendang telinga ku.


Erk… sofi minta maaf. Sofi ok..abang jangan risau la, tadi sofi tertidur.. tak dengar call abang” aqu menberi alasan, lebih kepada mengelak untuk pergi ke klinik. Aqu tidak suka ke klinik, aqu tak suka doktor, aqu tidak suka bau ubat! 


Betul ok ni? Sofi dah makan belum?” soalnya lagi.
Dah abg..baru je tadi” aqu menipu lagi! Padahal sebutir nasi pun belum masuk ke dalam perut ku senjak pagi tadi, hanya air kosong yang aqu teguk.  Tapi aqu terpaksa, aqu tidak mahu abang Im terlebih risau.
Em ok. Sofi free tak hari ni? Abang nak ajak sofi  pergi kedai buku yang baru buka kat putrajaya, kawan abang kata ada diskaun lagi ni. Lagipun dah lama abang tak jumpa sofiabang Im seakan yakin aqu sudah sihat sepenuhnya.
Erm…jap, lisa? Dia dah tahu pasal kita?” soal ku mengigin kepastian. Aqu tidak mahu lisa berkecil hati jika dia terlihat aqu keluar bersama abang Im sahaja.
Belum.. abang belum sempat nak bagitahu dia tentang kita. Nanti bila-bila kita ajak dia keluar sama-sama baru kita story ya?” jelas abang Im. Aqu tahu sebenarnya antara kami masing-masing berat untuk memberitahu pada lisa. Sudah  4 bulan lebih aqu berhubung dengan abang Im tanpa pengetahuan lisa. Bukan aqu tidak mahu berterus terang, tapi aqu kurang yakin lisa sama ada lisa ada menyimpan perasaan terhadap abang Im. Namun bila aqu mengutarakan hal itu kepada abang Im dia hanya  menjawab “pilihan abang bukan lisa, tapi sofi”. 


Awalnya aqu cuba mengelak dari mendekati abang Im, tapi akhirnya sifat perihatin dan kematangan abang Im menasihati dan membimbing aqu dalam pelbagai aspek menyebabkan hatiku tanpa sengaja menerima kehadirannya. Aqu buntu. Entah salah aqu atau apa, tapi hati ini milik tuhan.. andai dia tidak membenarkannya maka perasaan kasih itu tidak akan menjelma. Kata abang Im “cinta itu milik kita, tapi jodoh itu ketentuan Nya”.  Jika aqu di anggap mengkhianati kepercayaan lisa, bagaimana pula abang Im? Adakah dia perlu mengkhianati perasaan nya pada aqu? Aduh! Makin sakit kepala aqu memikirkan nya.. 


Sofi? Sofi?” suara abang Im sedikit kuat. Lamunan ku terhenti. Huh aqu mengeluh.
Ya abang, sofi dengar.. kalau macam tu, sofi minta maaf. Sofi bukan tak nak pergi, tapi seeloknya biarlah lisa tahu tentang kita dulu. Sofi takut nanti merumitkan keadaan. Abang faham kan?” aqu seakan memujuk. Aqu tahu, abang Im bukan jenis memaksa.. dia sentiasa cuba memahami. Cuma kadang-kala aqu terasa serba salah padanya, kerana belum pernah sekalipun aqu memenuhi permintaannya untuk berjumpa.
Ok la kalau macam tu. Nanti masa dah sesuai kita jumpa ya?” balas abang Im
Terima kasih abang” lega kerana abang Im masih memahami.
Ok la Sofi, abang ada hal sikit ni. Sofi jaga diri ya, jaga makan.. jangan lambat solat ok” abang Im tidak pernah lupa. Itulah kata-kata yang tiap kali diucapnya untuk mengakhiri setiap perbualan kami. Aqu tersenyum sendiri, senang dengan tindakan rutinya itu.
Ok abang.. abang pun sama ya, jaga la apa-apa yang perlu di jaga tu.hehhehe” aqu bergurau
hehehhe Insya Allah.. assalamualaikum” abang Im mematikan perbualan
Waalaikumussalam…
-------------------------------------------------------------------------------------------
Masih terbayang di kotak fikiran ku wajah lisa yang gembira tiap kali bertemu abang Im. Huh tak sanggup aqu ingin mematikan semua itu. Tapi betulkah lisa ada hati pada abang Im? Tiap kali aqu bertanya tentang itu, lisa hanya tersenyum. Mustahil dia malu untuk memberitahu ku, aqu bersahabat dengan nya lebih 15 tahun. Atau adakah dia mempunyai pilihan hati yang lain? Ah aqu tetap rasa serbasalah padanya, lisa.. maafkan aqu!


Salam.. sombong ya sekarang? Dah lupa aqu ke?” Aqu menghantar sms kepada lisa. Perasaan serba salah meminta aqu untuk bermanja dengan nya.
Handphone bergegar, pantas aqu menyambar membuka peti mesej. “salam.. wahhh kata aqu pulak smbong ya.. kau tu yang sibuk skrg, mengalahkan jd businesswomen…  kau free x??? aqu nak ajak keluar nie.. lama la kita x keluar sama.. rindu kat kau” panjang mesej yang di balas lisa.
oh okey jum r kuar, aqu pun bosan ni. Lepas zuhur aqu dtg umah kau erk” aqu membalas cepat. Reda sedikit perasaan serba salah ku. Demi lisa, aqu ketepikan sakit kepala ini. Aqu sayang kau lisa.. aqu takut kau benci aqu satu hari nanti. Aqu harap kau sentisa hargai tiap detik kenangan kita walau apa pun terjadi! Ya Allah, Kau perliharalah ukhwah antara kami.. jangan hanya kerana nikmat sementara , terputus silaturahim kami yang pernah menghiasi lakaran luh mahfuz Mu.
bersambung...
by suana zhar

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
1 Comments

1 00 rajin nak comment:

Dylla Abas said...

yeay...bab 5-7 done!! next..hehe :)