0 penyumbang pandangan

buka hati buka minda

Al-quran??? solat??? ape semua tu... tak pernah memahami ape lagi untuk mengenal! Dunia remaja.. remaja tak perlu semua tu.. sampai masa nanti taubat la.. sampai masa nanti belajar la.. sampai masa nanti lakukan la.. hidup cuma sekali katanya..

Em ok... puaskah?? Puas kerana dunia remaja kelihatan begitu sempurna.. memiliki segalanya. Duit, couple, kawan.. Hidup dalam mewah, kesenangan..  Liar mencari dunia luar.. erm mungkin ape yang di fikir, duit tu segalanya! Hidup berguru kan dunia luar. Berjinak-jinak dengan kehidupan yang lebih sosial. Bebas! Rokok, arak, seks, pub semuanya berputar ligat dalam kehidupan harian. Mencari erti keseronokan. Itu yang di cari oleh seorang remaja.. KESERONOKAN
Couple?? Oh kemestian...wajib! Tak mahu dikata tak laku! Kekampungan! Terlebih baik, tunjuk alim! yuck bukan remaja kalau di gelar begitu! Malaysia negara merdeka... bebas! Bebas buat apa sahaja.. tak lagi di jajah komunis! Membonceng motor di usung kesana kemari oleh nya tanpa ikatan yang sah, tanpa mengira masa. Berpelukan tanpa mengira tempat. Tak ubah seperti pasangan suami isteri. Ahh semua tu kan trend! Cara menunjukan kasih sayang.. Maruah???? hahahha ade ape maruah pada zaman moden nie! Gadai mengadai tu kan ayat bercinta... 
Aurat??? ha belum sampai seru... tak nak hipokrit.. lagipun fesyen la.. mane ada orang sekarang fesyen nak jubah-jubah.. panas la.. orang yang duduk kat london tu pun still ok je pakai seksi.. relax la..muda lagi la! Lagi pun baru la HOT! baru orang pandang.. baru dapat perhatian.. Lagi penting pandangan manusia berbanding Allah ye???

:) tu la realiti remaja sekarang... Hidup bertuankan nafsu, mencari keseronokan semata-mata. Tak terfikir andainya esok ajal?... tak malukah jika usia seusia senja tapi masih merangkak mengenal al-quran? tak hinakah jika segala manusia melihat dan menyanjung kita semata-mata hanya kerana dunia? tak malukah kalau mengunakan segala nikmat Allah tapi masih tak reti bersolat? Tanya pada diri.. kemana kesudahan hidup kita nanti... kita bukan semakin merdeka, tapi semakin di jajah!



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: