16 penyumbang pandangan

cinta jarak jauh.. nikmatinya!

Assalamualaikum

"cinta dua benua", "cinta kutub selatan dan utara"... "cinta antara selat melaka dan laut cinta selatan".. "cinta KL dan Penang".. Erk... ok, cinta KL dan Penang tu tak terlibat, suke hati tenuk je kan aqu tulis~ *ouch teringat cerita lagenda budak setan!*

ohhhh~ romentiknya mereka...
Pantang mendengar cite tentang cinta jarak jauh mesti perbagai persoalan yang menghujan mahupun mentaufan atau meributkan.. jarang sekali aqu dengar persoalan ala angin sepoi-sepoi bahasa yang bertandang.. Kadang kala tu,sampai menganggu ketenteraman jiwa untuk menikmati tutti frutti sambil melayan tv..

Persoalan yang sering kita dengar, sejauh manakah jarak cinta itu??? Adekah sehingga tidak mampu di ukur mengunakan pembaris mahupun pita ukur??? Adakah 10 20 meter itu di kira jauh??? Manis percintaan begitu?? Perit kah??? Adakah setia???? Huh... pelbagai soalan jika di layan.. *ambik keputusan abaikan persoalan, kan mudah*

Aah mulut manusia, susah nak di tapis! Guna penapis soya pun belum tentu tak kedengaran suaranya. Erk... penapis soya buleh tahan bunyi ke???? ~.~ *abaikan penapis tu* Jadi apa perlu buat jika berdepan cinta jarak jauh??? Huh...mudah sangat! *ala-ala doktor cinta berpengalaman*

Em.. kata orang cinta jarak jauh perlukan kepercayaan. Hek eleh! kalau cinta jarak dekat tak perlu ke kepercayaan??? Karut! Tiap cinta perlu kepercayaan. Kata orang lagi, tiap cinta jarak jauh perlukan keikhlasan. Puiii merepek! Tiap cinta tu ade keikhlasan.. kalau tak de keikhlasan, bukan cinta nama nya.. tapi terPAKSA!.

Dan kes paling menyayat hati apabila satu hari nanti terdengar berita, seorang manusia di percayai di kerat kepada 7 bahagian mengikut timbangan yang sama hanya kerana statement panas nya "cinta jarak jauh konfem berpisah!".


Haishhh ape nak di dengar dengan kata org! Merepek! Cinta korang, korang nilai la.. tambah la apa yang perlu, kurang kan apa yang patut... korang ukir and lakar la sendiri.. kalau terlebih warna, korang jugak yang terasa pening nya.. kalau terlebih gula, korang jugak yang rasa manis nya... kalau di biar tawar, korang yang telan payau nya. Done.

Nak tips jugak???? Tak puas ati??? Tak dapat pikir camne nak harungi cinta jarak jauh tu??? Huh! Rugi nya bercinta dengan korang, bercinta dengan aqu jugak best~lallalalal *ok, stop it*
Tip mudah~ :
Ahh ok-ok, terpaksa bagi tips romentik yang aqu taw.. (tolong bayar yuran tips di pejabat bendahari)
  • time nie la perlunya korang berdua sign up semua laman sosial. Ahh tak kire la tweeter, yahoo, frienster, facebook, myspace... pastu add friends ramai-ramai, tak kisah la kenal ke tak ke korang add up je... pastu hape lagi korang post la tiap satu minit status-status ala-ala korang berdua je pernah bercinta di alam fana nie.. biar dunia tahu kau merasa derita nya cinta.
  • Buat aksi-aksi hot seperti melepak kan diri di tepi-tepi shopping mall untuk menarik perhatian orang ramai agar menyumbang secebis rasa simpati mahupun keperihatinan yang anda sangat la memerlukan kasih sayang ketika itu.. muka-muka seperti syiling 5 sen lama amat di perlukan.
=.=" ape yang nak di kisah cinta jarak jauh... sejauh mana pun jasad, jika ada rindu nya pasti terasa dekat! Cinta bukan terukur melalui dekatnya jasad, tapi hati yang merasa. Begitu juga cinta terhadap Sang Pencipta! ^__^


*p/s : pandai pulak aqu berkata-kata tentang cinta...apekah ~.~

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
16 Comments

16 00 rajin nak comment:

azuan said...

cinta yang lepas kawen jugak yang terbaik....hehee

..cik hana.. said...

hahaha..jarak bukan pengukur..kan sekarang dah canggih...ada tepon 3g ,webcam,skype,ym so x kan rasa jauh la kan :P

orang muo said...

kalau dah jodoh takkan kemana

nur said...

hehe,yup..jauh ke dekat..lau de jodoh tak ke mane juge.. ceh wah..ahaha

(aku comment ktne ni,men entam je)

Pinky Aina said...

Tasha skank brkwn ngn sorng laki ni aina duduk ganu dy duduk pnang at kpung aina,.. aina pcya dy tp sush ..jgk.. Aina tkot brpish jgk

liyana said...

semua cinta sama..tak kira jauh atau dekat..

yang penting keikhlasan & kepercayaan :)

DRceria said...

pada DRC, cinta jarak jauh nie lebih mencabar.. tak kisah la macam mana pun.... jauh mana pun..
Kalau Allah dah takdirkan ia sebagai jodoh kita... Itu urusan dan perancangan Allah...
kita merancang yang terbaik tapi sebaik perancang itu adalah ALLAH..

Act, tak minat sgt bercinta sblum nikah nie...hehehe

Che Ayu said...

mana pejabat bendahari

nak bayor yuran ni~~~ heheh

remyhazza said...

jarak bukan halanagn , yg penting kesetiaan dan juga kepercayaan....
semuanya terletak pada hati.....
bkn pada jarak....
dekat atau jauh, kalau dah takde chemistry.... tetap terpisah juga...

EmpayarUtama said...

pening, tak reti becinta

Zaza Nur Iman said...

pnh jgk..org sbh..hehe

HoneyBUZZin said...

I like this entry..tak pandai nak komen..malas nak pi bayar yuran..
(hehe)

Juliana lia said...

hahahahha..sya tak pndi nak bercinta baru 16thn jdi tak tahu apa-apa...btw,follow sya k..:)

fatin fazrina said...

bg rina .. trust each other pntg :) ..

★ aIsyaH ★ said...

0rg kata biar jauh di mata tapi dekat di hati..:)

Mumtaz Aini said...

cinta jarak jauh...give us challnges...test us to be more faithful 4 relationship.. n d important is must be trust for relationship that alredy have. but all that depends on us... :) done follow...follow me back k..nice blog..lve 2 read ur entry