0 penyumbang pandangan

istidraj itu apa?

Assalamualaikum

Apa kabar sedara sedari yang membaca, semoga dengan pembacaan kali ini dapatlah kita berkongsi ilmu bersama dan saling mengigati.. (ape hal aqu over skema malam nie =.=) Ok, abaikan kecelaruan personaliti yang aqu alami sebentar tadi, tapi aqu bermaksud dengan kata-kata tu okai.. 

Back to da topic.. apekah itu istidraj???? adekah sejenis solat ataupun apekah~ Ok let we discuss..

Istidraj nie bererti sesuatu nikmat or pemberian yang Allah beri/kurniakan kepadanya TETAPI pemberian/nikmat itu tidak diredhai Nya. Pening??? aiyak~ ok la bagi contoh maybe lebih mudah faham...

Macam yang kita tahu Allah akan sentiasa menguji hambanya untuk melihat ketaatan hambanya. So ujian Allah melalui dua cara iaitu dengan cara kesenangan(or seerti dengannya) mahupun kesusahan(or seerti dengannya). Contoh  kesenangan ialah melalui kekayaan, darjat... dan contoh kesusahan ialah kesakitan, kemiskinan..

So ape kaitan dengan istidraj???? Ok kaitan nya adalah dari segi nikmat kesenangan tu. Refer balik kat maksud yang aqu tulis tadi tu "nikmat yang tak diredhai". So maksud kat sini, apabila seseorang tu telah di kurniakan Allah dengan kekayaan, tapi dia jadi semakin lupa pada Allah.. maka Allah akan terus berterusan membiarkan dia hanyut dengan kekayaan tersebut.. itulah yang di katakan "tak diredhai".

So istidraj nie jugak la yang menyebabkan ada sesetengah manusia yang sanggup mengeluarkan kata "aqu tak solat pun tapi boleh je berjaya", "aqu tak bagi zakat pun, tapi harta aqu masih masuk mencurah-curah". Mereka menyangka yang semua nikmat itu adalah di sebabkan diri mereka sendiri, kerana itu mereka jadi lupa untuk patuh kepada Allah.

So kita refer pada ni : 
Apabila kamu melihat bahawa Allah memberikan nikmat kepada hamba Nya yang selalu membuat maksiat, ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT”(Hadis riwayat At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Refer pula pada kisah firaun di mana Allah mengurniakan segala kekayaan dan ramai manusia yang tunduk padanya. Namun kerana nikmat tersebut dia menjadi takbur dan bermegah dengan Allah, lalu Allah binasakan nya. 

Contoh lain adalah kaum saba di mana pada zaman pemerintahan ratu balqis. Negeri saba di kurniakan tanah yang subur, teknologi yang canggi dan segala bagai kemewahan.. namun mereka lupa pada Allah secara terus menerus, lalu Allah melandakan banjir besar terhadap negeri mereka.
Dari surah Al-an'am ayat 6 :"Tidakkah mereka ketahui berapa banyaknya umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, Kami senangkan mereka di bumi dengan kesenangan yang belum pernah Kami beri kepadamu dan Kami turunkan hujan yang lebat di atas mereka dan Kami adakan air sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami jadikan sesudah mereka itu umat yang lain"
So jangan la kita risau kalau kita di uji oleh kesusahan kerana ia pasti menjadikan kita sering ingat kepada Allah, tapi risau la jika kita dilimpahnya dengan kesenangan kerana mungkn itu yang membuatkan kita leka dan semakin jauh darinya.

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: