0 penyumbang pandangan

nikah - cerai - rujuk

Assalamualaikum

Hola~ cerita bab kawen =)
Ok part nikah memang ramai nak bace.. aqu confem!
Tapi part cerai, sume dah ala-ala nak klik "close" dah kat ujung tab tu..
Part rujuk, terus tak maw bace...

Aqu paham da... Maklum la, bak kata orang sape nak cerai.. semua tak nak.. orang tak siuman je yang belum kawen tapi dah ade plan nak bercerai bile (melainkan kawen kontrak!) Jadi sebab tu ramai la nak mengelak or ambik taw tentang ilmu-ilmu cerai-cerai nie... tu la sebab nya ramai di kalangan masyarakat kita sekarang bile bercerai je, ikut hukum hakam kepala sendiri! So aqu pi satu-satu secara simple..

Nikah
Erm ape ye nak cerita part nikah nie... bab nie sume orang mahir dah. Erm ok la, aqu hurai simple je bab nikah nie.. ape yang penting tuk nikah? of course kita berbalik pada rukun nikah la..rukun nikah ape??? Ok sape dah abis F5, tapi still garu-garu kepala nak jawab soalan tu maka sila hentuk kepala korang kat meja sekarang! Tapi yang belum F5 tu masih buleh di maafkan, sebab silibus belum masuk. So rukun sah nikah :  pengantin (lelaki n pempuan), wali, saksi and ijab kabul... sah la, kalau ada sume tu bereh la~ opsss lupe, satu lagi mas kawen. Ramai sangat dah yang lari dari dari pemahaman mas kawen ni.. 

contoh aqu bagi, sekarang tiap-tiap negeri dah ade had limit minimum mas kawen tersendiri. So kalau nak di ikut kan bukan wajib kita mengikut limit mas kawen tu.. limit mas kawen tu terbentuk di sebab kan konon nya  angkat siket la martabat kaum wanita supaya lebih nampak bernilai. Tu la manusia, bila hidup bertuan kan dunia semuanya duit duit duit. Ini la yang di kata islam tak membebankan tapi kita yang menyusahkan. Mas kawen nie sebenarnya tak payah duit pun tak pe, asalkan berfaedah and bermanafaat untuk isteri tu. Tapi orang sekarang mas kawen tu ertinya duit yang buleh suami bagi pada isteri. haishhhh hancur dunia kalau makin ramai yang ade fahaman camtu~ Akhir sekali kenduri kawen tu sunat, hantaran tu harus.. asal jangan terlalu berlebihan dalam setiap satu nya. Tamat.


Cerai
Cerai nie bahasa orang faham jatuh talak. Talak, macam biase ade 3. Hak pada suami (aqu tak pernah jumpe isteri jatuhkan talak -.- kalau tak memang berlipat ganda kes perceraian) Cerai nie merupakan perkara yang halal tuk dilakukan cuma tidak di sukai Allah, insya Allah sama-sama kita hindari. 

Orang pernah tanye aqu, sah ke jatuh talak time pempuan tu "period". Ok, mengikut majoriti mazhab islam talak tu tetap jatuh, cuma nya pelaku nya dikira sebagai berdosa. Kita rujuk pada riwayat bukhari.. ketika Abdullah bin umar menceraikan isterinya ketika haid, maka nabi bersabda : "suruhlah dia (abdullah bin umar) supaya rujuk kembali, kemudian jika dia mahu cerailah sedang isterinya itu dalam keadaan suci sebelum disetubuhinya. Itulah disebut mencerai pada iddah sebagaimana yang di perintah Allah dalam firman nya "Hai nabi, apabila kamu hendak menceraikan isterimu, maka ceraikan lah dia pada iddahnya yakni menghadapi iddah iaitu di dalam keadaan suci".

1 lagi soalan yang orang pernah tanya aqu, kalau talak dah jatuh macam mane?? Kalau talak dah jatuh tu, maka jatuh la talak tu.hheheh nak buat macam mane lagi, name pun dah jatuh. Ok la aqu faham soalan dia, sebenarnya apabila perempuan tu dah di jatuhkan talak maka secara automatiknya perempuan tu berada dalam iddah. Maka sepanjang tempoh iddah tu sebenarnya isteri WAJIB tetap tinggal di rumah suami nya tu sampai habis tempoh iddah. HARAM untuk keluar rumah and HARAM jugak bagi suami mengeluarkan bekas isterinya tu dari umah tu tanpa alasan dibenarkan. Tapi ingat, hanya talak pertama and kedua sahaja.

Rujuk
Ok rujuk of course refer to iddah. Pertama silap nye pemahaman manusia sekarang ialah "hak rujuk pada isteri" -.- apekah~ Sebenarnya rujuk nie sama macam talak, kedua-duanya hak lelaki/suami tu.. tidak memerlukan sebarang persetujuan dari wanita pun (mengikut pandangan ijmak ulama). Tak faham?? Okcontohnya talak, bila suami melafazkan talak, maka dengan sahnya talak itu jatuh! tak kira la isteri mahu menerima atau tidak. maka tak wujud kes "em nanti saya fikir dulu nak terima ke tak talak yang abang tu". So sama kes seperti rujuk.. tak wujud kes " saya masih berfikir untuk menerima rujuk suami saya ke tak". 

Menurut imam ibn qudamah : "rujuk adalah dengan cara seorang lelaki melafazkan 'aqu dengan ini rujuk kembali dengan isteriku', tanpa diperlukan kehadiran wali, sebarang mahar tambahan dan secara umumnya. Sesungguhnya rujuk tidak memerlukan wali, mahar juga redha isteri. Ia adalah dengan ijmak seluruh ahli ilmu". Namun di malaysia agak berbeza.. ~.~

p/s : Sekian... sebelum berkahwin faham kan ilmu-ilmu yang perlu :)

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: