0 penyumbang pandangan

wahan? what is that???

Assalamualaikum

Penah dengar perkataan wahan? Congratulation pada sesape yang penah dengar tu.. tapi setakat dengar je pun tak guna ok -.- So ape tu wahan??? Adekah sejenis pokemon baru?? Ya.. semestinya wahan itu adalah sepesis ala-ala pokemon, malah lebih teruk dari itu~ konfus??? pening??? (layan lagi aqu merepek sape suruh ~.~)
nama saya wartortle bukan wahan!!!
Wahan merupakan satu perkataan arab yang bermaksud "cintakan dunia, takutkan mati". "Sapa tak takut mati beb... kau ingat mat tu best, macam masuk syurga???" Ye.. memang mati tu bukan seperti masuk syurga, malah berdepan dengan malaikat maut pun belum tentu bagaimana keadaan kita.. Tapi ape yang perlu kau tahu, takut mati adelah manusia yang LEMAH

"Kalau kau tak takut mati, kau pergi la mati!!!". Manusia BODOH berkata sebegitu.. kita tak di suruh meminta mati, tapi di suruh bersedia untuk mati. "Kau nie , kata tak takut mati, tapi tak nak pulak mati", bukan begitu maksud aqu... 

Baik la, jika kau takut mati, apa yang dah laku kan???? Berfoya-foya dengan dunia?? Terkejar-kejar harta sementara??? Tergila-gila wanita-wanita seksi??? begitu takutkan mati???? Hentak kepala kau kat dinding!

Tak takut mati bererti bersedia menghadapi kematian tu... Bersedia menghadapi kematian itu bererti berusaha untuk sentiasa mendapat kan kasih sayang dan rahmat dari Nya. 

Cuba tanya pada diri, apa yang kita ingin kan?? Ambil kertas, list kan 10 perkara yang paling kau inginkan..
- iphone 4s + keypad touch mind
- awek/ pakwe yang hot
- kereta sport + tayar dua
- rumah teres 2 tingkat + swimming pool + escalator
- percutian makan angin di pulau hentian selama 359 hari
- wedding dress bertahta kulit kerang
- frutti tutti big cup (dibelanja oleh kekasih)
- perfume paris hilton

See.... semua yang di kejar dunia...  Tak de pun dalam list nak kan syurga yang mengalir bawahnya sungai??? Mana dia, mengiginkan bidadari-bidadari syurga??? Mana dia list-list nikmat syurga?? Tak ade! Semua nya dunia.. Manusia terlalu leka pada dunia..Nie lah penyakit yang menimpa umat islam di akhir zaman sekarang nie!

Renung-renungkan... secanggih mana pun handphone kau, di padang masyar nanti tiada siapa yang boleh kau call untuk membantu melainkan syafaat baginda dan segala amal kau! Setinggi mana pun rumah kau, belum tentu tempat kau syurga. Selaju mana pun kereta kau, belum tentu kau melepasi titian sirat dengan selaju nya.

Fikirkan~


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: