0 penyumbang pandangan

MENJADI ISTERI PESONA

Assalamualaikum


 

Ouchh gambar siket punye romentik~ Angkat tangan sapa nak jadi isteri???? Angkat kaki sapa nak isteri??? Ok tak payah nak jadi sengal sangat tetiba angkat tangan kaki depan PC, cukup sekadar senyuman gatai indah yang terukir di bibir... Sape tak nak kawen kan.. 

Tapi...sekadar isteri je tak cukup.. orang kata "alang-alang kawen sekali seumur hidup, tak dapat yang sempurna pun dapat yang ala-ala nak sempurna pun dah ok..." (opsss bagi yang tak de plan nak kawen lebih dari satu~). Cerewet???? Ohhh harus la.. kenape?? Hey hey you you kita nak hidup bersama sepanjang hayat, mesti perlu cerewet dalam memilih.. kang kalau tak bahagia, kita jugak yang tenggung bahana nye~

So isteri solehah... Ohhh yang khatam al-quran 8 kali, hafaz 30 juzuk al-quran, fasih bahasa arab... Erkkk damn! Tu bukan isteri solehah... tu muslimat sejati -.- Tapi kalau ade sume tu kat calon or isteri korang, sila bangga sekejap dengan diri sendiri sebab korang berjodoh dengan nya ^.^ 

Ok bile dengar je isteri solehah, dah cukup tuk menjadikan orang-orang sekeliling berangapan bahawa "untung suami dia, mesti bahagia!". Tapi celah pelusuk dunia mane nak cari isteri solehah pada zaman sekarang nie???? Ade lagi ke?? Ada lagi ke wanita yang terjaga auratnya dari hujung rambut ke kuku kaki?? Masih ada lagi ke wanita yang terjaga suaranya dari teralun ke gegendang para mahram nya??? Wujud lagikah wanita yang tidak mahu memperdagang kecantikan nya untuk tontonan umum??? (erm..tepuk dinding tanya la..kalau dinding tu jawab -.-)

Rasulullah saw pernah bersabda:

“Isteri-isteri kalian yang termasuk penghuni syurga ialah yang penuh kasih sayang, banyak anak, suka kepada suaminya; jika ia marah kepada suaminya, ia akan datang kepadanya sambil meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata, "Aku tidak dapat memejamkan mataku hingga engkau redha".” 
Hadith riwayat Al-Baghawi dalam As-Silsilah Ash Shahihah

Sume nak hidup bahagia berumahtangga... mane ade orang berumahtangga sebab nak cari geng tuk bertekak tiap-tiap hari kan.. Mesti nak bermanja-manja, bersayang-sayang, berkongsi-kongsi suka duka, berguling-guling.. guling-guling???? erk..abaikan~

Tapi zaman sekarang nie, kalau toleh kiri je terdengar la "abang i nak yang nie taw, abang ikut je la..abang pilih tak cantik".. tu part pilih baju, kalau part nak makan, "ish abang nie tak de cita rasa la, asyik makanan kampung je..orang kampung betul!". Buleh di kata semua keputusan kat tangan isteri je.. yang suami tukang angguk je la kuasa nya. Tu belum kes merajuk 7 hari 7 malam semata-mata suami tersalah beli kicap tamin dengan kicap jalen. -.- over merajuknye~

So makin hari makin moden, makin tinggi bangunan, makin pesat pembangunan, makin bertaraf hujung mata je la para wanita memandang tanggungjawab sebagai isteri.. Pemikiran maoden sekarang, isteri tanggungjawabnya ialah..... berpakaian cantik/seksi di khalyak ramai untuk menujukan pada orang ramai bahawa ANDA SEORANG ISTERI YANG SEKSI DAN ANGGUN~ dan tanggungjawab kedua ialah... berkerja siang malam bergaji tinggi agar orang ramai berbangga melihat anda menjadi isteri yang berkerjaya tapi hampeh hal rumahtangga. Kenape hampeh??? sebab bile tang memasak, mengemas umah, mendidik anak sume di antor + suruh orang lain... jadi bagaimanakah anda di gelar isteri yang hebat sedangkan hal rumahtangga di urus wanita lain???? bagaimana anda di gelar isteri solehah andainya anda kelihatan seksi untuk semua lelaki??

Belum kes mulut sang isteri yang macam peluru yang tak berpandu... bebelan terus menerus macam hujan yang bukan sekadar gerimis tapi siap petir sambar menyambar. Buny petir pun da cukup mengerunkan kita, ape lagi bebelan yang dah konfem-konfem mampu menaik kan kesabaran ke tahap yang amat memberangsangkan. Tahniah kepada para suami yanng mampu bertahan dengan bebelan isteri... anda lelaki HEBAT! cewahhhh~ 


Saidatina Aisyah berkata: “Wahai kaum wanita, seandainya kalian mengetahui hak-hak suami atas diri kalian, nescaya salah seorang dari kalian akan mengusap debu dari kedua kaki suaminya dengan pipinya.”

HR Ibnu Majah, Shahih At-Targhib wa At- Tarhib.


Ha cuak.... nak taw la tu camne nak jadi isteri solehah..nak insaf la tu...hahhahahha (gelak jahat) Okai la... sebenarnya kalau pikir-pikir ikut logik + ilmu-ilmu yang di ajor pak pak uztaz, banyak yang dah kita taw, cuma tak amal je.. so nie antara idea-idea yang dia (incik relzal, as my love) ciplak dari facebook.. selamat beramal~



  • TAATLAH DIRINYA DALAM PERKARA KEBAIKAN! Ok take note!! Cuma perkara kebaikan!!!! Bukan nye suami suh pakai baju ala-ala lady gaga kat tempat umum pun korang taat, semata-mata nak pegang prinsip "taat pada suami". -.- 
  • BERSABAR! Orang kata..."ahhhhh tak adil!!! Asyik isteri je kena sabar..yang laki buleh pulak asyik jadi the hulk!!!". Tu la kelebihan sang suami... dia boleh jadi the hulk, yang isteri hanya mampu menikus kan diri anda~ Tapi dalam kelebihan tu la sebenarnya menunjukan kelemahan mereka.. dan dalam kekurangan sang isteri tu la yang menunjukan kehebatan mereka. Kenape??? Kerana..walaupun suami berhak meninggi suara namun dia kelihatan kelemahan mereka kerana tak mampu bersabar. Dan untuk para isteri, walaupun hanya mampu menikuskan diri ala-ala comel gitu tapi itu lah kelebihan nya! Kesabaran itu tersimpul kasih sayang di dalam nya :) So dengan kelebihan yang Allah kurnia kan pada sang isteri, gunakanlah kelembutan kesopanan dan kesusilaan anda untuk menyabarkan si suami ;)
  • BIJAK KENDALIKAN KONFLIK! Konflik?? Sure-sure sume rumahtangga sesekali di lambung ombak.. kadang-kadang ombak sunami, kadang-kadang ombak sepoi-sepoi angin mungkin.. Tapi bukan itu persoalannya, lumrah berumahtangga la kan.. kata orang, lidahkan lagi tergigit nie pulak suami isteri..tak kan tergigit je kot..opsss over! Ok, berbalik pada isu bijak mengendali konflik.. sebenarnya macam yang semua taw, hal rumahtangga kan tak perlu la di jaja sana sini macam jual nasi lemak pulak! cukup la suami isteri yang tahu, selesaikan bersama.. buat musyawarah.. kalau perlu bentang tikar dalam bilik tu, buat kopi 3 4 teko dan bincang! Cari penyelesaian.. tak payah la sorang dok bawak diri ke utara sorang bawak diri ke selatan.. tapi last-last bertemu juga sebab bumi nie sfera.hahhahah (abaikan ayat last tu -.-")

Banyak je lagi benda sebenarnya... tapi bagi aqu simple je.. bertolak ansur, memahami dan percaya... cukup! Dalam rumahtangga ade asam garamnye..tapi kadang kadang perlu jugak gula, kicap dan peria~ ;p

 

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: