0 penyumbang pandangan

#bab 8--> inikah takdirnya...

 Bab 8
Hai busy nya ke?” satu suara menganggu tumpuan ku. Aqu menoleh ke kanan, terasa sedikit lenguh tengkuk kerana terlalu lama mengadap PC.
Eh En.Irfan.. maaf, saya tak perasan.. ada apa yang boleh saya tolong?” soal ku.
Irfan mengukir senyuman. “Tak payah la awak nak berencik-encik dengan saya.. panggil saya If..” Irfan mengenyitkan matanya.
Aduh mamat ni, kenyit-kenyit mata pulak. Kalau aqu jatuh hati nanti kan payah.. tak pasal-pasal susah aqu nak tidur malam ni.. Tapi abang Im mana pulak aqu nak campak?
Hallo cik sofi…berangan?” irfan melambai-lambai tangan nya di depan ku.
Erk..ye, saya dengar.. tapi kalau ape en.irfan?” kalut aqu di buatnya, tu la berangan tak sudah.
Ha???? Kalau apa pulak ni?” muka irfan sedikit keliru, mungkin cuba memahami apa yang aqu cuba maksud kan.
Eh..tadi kan en.irfan kata if..if apa?” tanya ku kembali. Mamat ni tak kan pelupa, muka dah hensem tapi slack pulak kat ingatan..kan tak sampai 2 minit dia cakap tadi, aqu bermonolog sendiri.
Irfan tiba-tiba ketawa dengan kuat. “Aduh awak ni sofi..” ujar nya masih sisa-sisa ketawa
Dah, tak faham aqu mamat ni.. Pe yang lawak sangat dengan soalan aqu tadi, patut aqu yang gelak kan dia.. wayar putus mamat ni. Aqu menunjukan muka blur. Masih tidak dapat mencari punca ketawa besar yang terhembur dari irfan tadi.
Eh if, you dah sampai rupanya.. kenapa tak naik atas, dato dah lama tunggu you” ujar ain yang entah muncul dari mana.
I memang nak naik, saja beramah tamah dengan staff sini dulu” ujar irfan slamba. Irfan melemparkan senyuman kepada ku. 
saya naik dulu ya, nanti saya cari awak lagi. Jangan berangan banyak sangat” irfan berlalu sambil ketawa kecil.
Amboi sofi… awal-awal you dah ayat irfan ya?” soal ain tersengeh.
Ish you ni, jangan merepek la.. kang mamat tu dengar perasan pulak dia” aqu menoleh ke ujung laluan untuk memasti irfan benar-benar sudah beredar.
Ala..kalau betul pun apa salahnya. Untung tau, dah la kaya, hensem, berpenampilan.. perfect you!” ain masih galak menyakat
Ha sebab dia perfect la I tak nak, I nak yang biasa-biasa macam jony depp ke faizal tahir ke” aqu menjelir lidah mengejek.
Ain ketawa besar. “Hello you pun dah berjangkit dengan encik irfan tu ke?” pelik aqu. Rasanya tak la lawak sangat sampai perlu ketawa macam tu, ke hari ni hari ketawa besar.
You ni sofi.. ke you dah ada pilihan?” ain cuba menjerat.
Adalah….” Serta merta ingatan ku melakar seraut wajah abang Im yang sentiasa tenang. Aqu tersenyum sendiri.
Erm kalau dah senyum-senyum tu tandanya ada lah tu…nanti you cerita dengan I tau. Tadi apa yang you sembang kan dengan If, bukan main besar ketawa dia” ain mengubah topic perbualan. Lega, mujur ain tidak terus mendesak. 
Oh pasal tadi tu sebenar nya I pun…eh,ha???? aduh! Malu aqu!” aqu menepuk dahi. Aqu menepuk-nepuk kecik pipi dengan telapak tangan. Huh satu keluhan di luah..
Eh you kenapa pulak? Are you ok?” ujar ain sedikit cemas. Ain bergerak merapatkan sedikit jarak antara kami.
irfan tu if ya?
Ye lah..kenapa
Aqu kematian kata-kata.. malu! Macam mana aqu nak jumpa dia lagi ni, minta-minta aqu tak jumpa dia lagi nanti. Patut la mamat tu ketawa besar bukan main lagi, aqu ni memalukan diri sendiri betul la. Aqu mengaru kepala. Ain masih menanti jawapan.
---------------------------------------------------------------------------------
Lampat la you ni..lapar dah I” aqu mengambil dompet yang  tersimpan di laci meja.
Sorry…. I adjust meeting dato tadi..” ain memohon maaf menyusun jari.
Ye la… kita nak lunch mana ni?” Perut semakin rancak memain kan muzik. Lapar. Kami berjalan menuju ke kereta mini cooper kepunyaan ain.
Kita makan sushi nak? Lama dah I tak makan..” ujar ain.
Ha????”  aqu sedikit terkejut. Minah ni biar betul.. aqu nie perut kampung, kalau lapar cari nasi.
 “You biar betul, I lapar ni.. tak kan nak makan sushi.. kita cari nasi la..” aqu kurang setuju dengan cadangan ain.
La..sushi tu ade yang nasi jugak.. lagi pun makan nasi banyak kolestrol la sofi
Ha sudah! Mana aqu biasa nak telan benda-benda tu time lapar kritikal ni. Ni la masalahnya bila keluar makan dengan insan yang terlalu menjaga kesihatan ni. Kalau nak harap aqu jaga kesihatan, memang tak la. Habis semua rezeki atas bumi tuhan ni aqu telan, tolak batu kayu je.  “Ala, I tak biasa la.. kita cari nasi la..” aqu masih kurang setuju.
Ok-ok.. you punya pasal, I korban diet hari ni ok?” Kita pekena nasi kak jah kat hujung jalan tu nak?” ain memberi cadangan.
Muka aqu sedikit berkerut, pantas tangan meraba dahi ain. “Tak panas pun, cuma..wayar you ada yang salah sambung ke? Ke you tension sangat kerja?” aqu menyoal ain bertubi-tubi. Pelik. Betul ke apa aqu dengar tadi?
You ni kenapa?” Ain turut meraba dahi nya, menyuluh dahi di cermin pandang belakang. Ain menoleh sekilas.
Aqu gelak kecil. “Tak kan you pun layan warung tepi jalan?”. Aqu tahu, ain bukan lah jenis bermegah dengan apa yang di miliki. Jauh sekali memandang rendah golongan bawahan, cuma tak sangka masuk juga tekak nya dengan warung sebegitu.
You perli I ya?. I ok je la makan mana-mana asalkan bersih. I dulu pun dari kampung juga, rindu masakan kampung la..” ain menerang. Aqu sekadar tersenyum, ain bukan manusia yang lupa daratan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
cik nak ikan ke ayam?” aqu menoleh. Bukan layan diri ke? Bila masa pulak ada pelayan ni?
Eh????” Ya Allah, bila En.irfan ada kat sebelah aqu ni. “erk en.irfan, buat apa kat sini?
Saja datang nak tolong basuh pinggan, awak nak tolong?” irfan ketawa kecil.
Aqu malu sendiri, dah nama pun kedai makan, mesti la nak makan. Tu la otak lambat sangat berfungsi. Aqu tersengeh.
Nasib mempunyai  satu dua meja yang masih kosong, jika tidak terpaksa la kami menunggu atau menjadi perempat teragung makan di mana-mana “port” di situ.
You selalu ke sini ke if” soal ain.
Selalu jugak, dulukan I kerja area sini. I dah sebati dengan kedai ni.. susah nak cari kedai yang sesedap ni masakan kampung nya..betul-betul asli!” irfan sedikt semangat menerangkan warung kegemarannya .
Aqu sekadar menjadi pendengar setia segala topic perbincangan mereka, dari satu topic ke satu topic. Segan aqu ingin mencelah, tambahan pula teringat peristiwa di office pagi tadi. Ahh malu.
Usai menjamah selera, kami bergegas melangkah ke kereta masing-masing. Cepat pula masa berlalu. “Lain kali kalau you all nak datang sini lagi, ajak la I sekali” ujar irfan.
Ain sekadar mengangguk. Aqu tersenyum senang. Rupanya bukan lah semua golongan elit itu mementingan darjat, layan jugak rupanya warung tepi jalan.
Sofi, I rasa kita tak sempat sampai office on time la.. kita ada lagi 10 minit je ni. Habis la dato bising nanti cari I, dah ada meeting..phon I tertinggal kat office.” Sambil membetulkan skirt nya yang sedikit terlipat.
Macam tu bak I drive” aqu menawarkan diri.
You serious?” ain memandang ku.
Hey you tak percaya kat I ke?” aqu tersengeh nakal.
Erk ok time darurat ni, I try percaya kat you. Asal you jangan pendek kan nyawa I dah” walaupun ayat ain seperti bergurau namun riak mukanya tidak mengambarkan. Mungkin dia lebih risau jika terlewat nanti.
Aqu tersenyum. Kami bertukar tempat duduk. “You jangan risau, ajal kita di tangan Tuhan” aqu sekadar mengigatkan sekilas.
Sepanjang perjalanan, ain tak sudah terkejut . Mungkin dia kurang biasa dengan kelajuan yang aqu bawa. Kami terlewat 5 minit ketika sampai di office. Ain bernasib baik kerana dato belum masuk.
You jangan buat macam tu lagi sofi, kecut perut I..bahaya taw!” ain masih tak sudah berleter.
Buat apa??” aqu pura-pura tak faham. Aqu terus melangkah ke meja. Menyambung kerja.

bersambung... 
by suana zhar

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: