0 penyumbang pandangan

kerana suami...

Assalamualaikum

Beristifar sebentar ketika mula mendapat idea untuk menulis entry nie. (izinkan aqu menjadi skema sebentar untuk topic serius ini

Wanita dan neraka... Yup, bukan semua wanita itu akan ke neraka.. dan belum pun kiamat, macam mana nak taw wanita sudah ramai di neraka???? Fine, kita refer pada beberapa hadis yang jelas menerangkan nya... :

Rasulullah bersabda : 
Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita” 
(hadis riwayat Muslim dan Ahmad)

Rasulullah bersabda : 
Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Yup, memang wanita itu hiasan tercantik dunia... wanita sangat di angkat martabatnya.. tapi jangan kita lupa antara lelaki dan wanita, syaitan lebih gemar mendampingi wanita.. Kerana wanita penuh dengan emosi nya dan wanita penuh dengan nafsu nya. 

Rasulullah bersabda :
Sesungguhnya wanita itu menghadap ke muka (datang) dalam bentuk syaitan dan ke belakang (pergi) dalam bentuk syaitan” 
(hadis riwayat Muslim)

Rasulullah juga bersabda :
Sesungguhnya dunia manis lagi hijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu khalifah di bumi, lalu Allah mengawasi bagaimana kamu berbuat. Maka jaga dirimu mengenai dunia dan jaga dirimu mengenai wanita. Sesungguhnya bencana bani Israel ialah dalam hal wanita
(hadis riwayat Muslim)

Maka ingat lah... Rasulullah pernah bersabda:
Aku tidak meninggalkan fitnah bencana yang lebih berbahaya atas kaum lelaki (selain bahaya fitnah) daripada perempuan
(hadis riwayat Muslim). 

Apa yang aqu ingin tekan kan juga... wanita itu kebanyakan nya memenuhi neraka kerana ingkarnya mereka terhadap suami..

Rasulullah bersabda:
 "Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka". Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?" Rasulullah: "Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami"
( hadis riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah :
Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi syurga” 
( hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

"Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah"
( hadis riwayat Thabrani) 

So aqu kena terang panjang lebar ke tanggungjawab isteri??? Ohh tak perlu! Kenape??? Sebab.. 
"Kalau mengalir nanah dari seluruh atas kepada sehingga ke tumit sekalipun,jilat ia akan si isteri sehingga habis nanah itu sekalipun,belum jua tertunai sepenuhnya hak suami itu"
(hadis riwayat Ahmad)

Maka..... sure pasti konfem la kalau aqu terang sume hak-hak suami tu akan berjela-jela jadi nya entry nie.. Jadi macam ne nak taw??? Sila la bace mane-mane buku plus ustaz ustazah yang lebih bertauliah dari den~ sekian wassalam~


*sekadar mengigati~

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: